Posted by Surau al-Mujahidin on Selasa, April 14, 2009 in kuliah | No comments
Para sahabat Rasulullah SAW apabila tertinggal satu waktu dari mengerjakan solat secara berjamaah dirasakan seolah-olah ditimpa satu musibah dan akan menyesal di sepanjang hari tersebut. Perasaan ini timbul disebabkan mereka sentiasa mengerjakan solat secara berjamaah.
Tuntutan dalam mengerjakan solat berjamaah ada banyak antaranya ialah;
1. Rasulullah SAW akan merapatkan bahu para sahabat apabila hendak mengerjakan solat berjamaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “samaratakan saf-saf kamu dan jangan kamu merenggankan saf, sesiapa yang merenggankan saf akan merenggankan hati di antara mereka. Manakala kedudukan saf yang paling utama ialah orang yang matang iaitu baligh, saf kedua ialah yang mumayyiz (tahu bersih dan kotor) dan saf yang ketiga ialah kanak-kanak.
2. Dari Abdullah bin ‘Umar menjelaskan Rasulullah SAW menjelaskan yang bermaksud dengan membuat saf adalah menyamakan antara kedua-dua bahu bersebelahan, memenuhi ruangan saf, bersopan, jangan biarkan ruang kosong. Dengan memenuhkan saf akan disambung rahmat padanya, apabila terputus saf maka terputuslah rahmat.
Selain itu dengan megerjakan solat berjamaah akan dijanjikan 25 dan 27 pahala. Ini adalah gambaran yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada hambanya di akhirat kelak.
Kuliah Subuh Ustaz Jamir Saad 12 April 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan