Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan
Selasa, Oktober 20, 2015
Khamis, Oktober 07, 2010
Jumaat, September 24, 2010
Khamis, April 01, 2010
Bebalisme
Firman allah SWT dalam al-Quran surah Thaha ayat 124:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
Maksudnya: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Merujuk kepada ayat di atas jelas Allah SWT mempertegaskan sesiapa yang tidak mengikut perintah Allah SWT pasti kehidupannya menjadi sempit. Perkara ini dapat dilihat di dalam kehidupan kita seharian. Kadar jenayah semakin menjadi-jadi dan perbuatan tidak bermoral sudah melata dari institusi yang paling ataz sehinggalah akar umbi di bawahnya.
Sebagaimana yang dilaporkan kadar jenayah di Negara kita dari tahun 2008 hingga 2009 puratanya 200,000 kes. Secara khusus pada 2009 sahaja mencecah 209,000 kes. Ini adalah suatu angka yang membimbangkan, namun dipihak pemerintah perkara ini tetap diteruskan dengan perlaksanaan undang-undang sedia ada bahkan tidak mahu mengguna pakai pun sistemperundangan Islam yang diperuntukkan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 110:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Tiada pengecualian lagi untuk menjadi sebaik-baik ummah mesti melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan dalam masa yang sama mesti beriman kepada Allah SWT. Penyelesaian segala perkara di dunia ini telah dinyatakan al-Quran, tiada yang lain sesempurna al-Quran. Janganlah disebabkan penolakan kita terhadap al-Quran menyebabkan pandangan non-Muslim terhadap hokum al-Quran hanyalah sebagai hukum potong tangan dan kaki. Hakikatnya Utusan Agung Nabi Muhammad SAW sentiasa menyeru kearah kebaikan dan menghalang benda jahat melalui syariat Allah SWT.
Para ulama’ menjelaskan yang dimaksudkan dengan menyeru ke arah kebaikan adalah merujuk kepada pembuat polisi sesuatu negara. Setiap tindakan yang dilakukan mestilah berlandaskan maslahah umat Islam. Bukan hanya merujuk maslahah ekonomi atau keduniaan semata-mata.
Diumpamakan terdapat di dalam negara kita maslahah yang buruk (mulghah) iaitu penggunaan arak di Malaysia adalah 10 tertinggi di dunia apabila dinisbahkan dengan penduduk semasa. Dari segi zahirnya tetap ada kebaikan iaitu dengan penjualan arak kerajaan akan memperolehi hasil yang lumayan tetapi pada masa yang sama arak adalah perkara yang diharamkan bagi umat Islam. Begitu juga dengan hasil judi yang diperolehi, pada 2008 cukai judi yang dipungut kerajaan mencecah RM 2,370 juta, ini adalah suatu angka yang cukup besar.
Begitu juga perkara yang cukup mengecewakan apabila Laporan Ketua Audit Negara 2008 mensasarkan negara mengalami ketirisan sejumlah RM 28 ribu juta. Bayangkanlah betapa banyaknya hasil mahsul yang disalahgunakan dalam menangani suasana politik yang rakus yang boleh diistilahkan sebagai ‘Bebalisme’.
Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Rum ayat 41:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Demikianlah setiap perkara yang dilontarkan mestilah mempunyai hujah dan maslahahnya. Dalam masa yang sama hendaklah berpegang kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebaik mungkin.
Ceramah Semasa YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria 31 Mac 2010
Rabu, September 09, 2009
Ceramah Nuzul al-Quran
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, rentetan dari itu barangsiapa yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan yang mana dia merupakan seorang yang sentiasa berbuat ketaatan kepada Allah SWT maka matinya merupakan suatu kemuliaan. Sebaliknya jika seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tetapi perangainya yang sentiasa mengingkari Allah SWT tetap keadaannya sama seperti matinya orang yang kufur kepada Allah SWT. Tiada kemuliaan padanya sama ada bulan Ramadhan atau selainnya.
Bagi menjadikan seseorang yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah SWT perlulah berperang dengan hawa nafsu. Inaya sentiasa menghalang manusia setiap detik dan saat bagi melaksanakan perintah Allah SWT. Walau di bulan ramadhan, syaitan telah dibelenggu tetapi hawa nafsu di dalam diri manusia tetap bermaharajalela.
Jika diteliti ramai manusia hanya mengingati Allah SWT tatkala di dalam kesusahan dan ditimpa musibah. Jika tidak kerana musibah pasti dari hari ke hari semakin jauh dari mengingati Allah SWT. Sepatutnya hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT walau ketika senang kerana Allah SWT akan mengingati hambanya ketika hambanya ditimpa kesusahan. Umat yang soleh akan sentiasa mengingati Allah SWT dan mengharapkan setiap tahun dengan adanya bulan Ramadhan akan memberikan kerahmatan dan kemuliaan kepada mereka.
Diriwayatkan seseorang yang membaca al-Quran akan dimuliakan ibu bapa mereka dengan disarungkan mahkota di atas kepala mereka, apatah lagi di bulan Ramadhan ini kelebihan yang diberikan Allah adalah berlipat ganda. Namun manusia tetap lupa apa yang telah dijanjikan Allah SWT.
Hal ini selaras dengan sumpahan syaitan di hadapan Allah SWT bahawa akan menyesatkan manusia selama-lamanya di dunia ini. Tatkala tiba di hari akhirat syaitan yang sasma akan memberikan tazkirah kepada manusia kerana di atas kealpaan manusia telah rela mengikut hasutan syaitan.
Ingatlah sebenarnya di bulan Ramadhan ini Allah SWT memberikan tiga perkara kepada manusia;
1. Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya2. Pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya
3. Syaitan akan dirantai dari menghasut manusia
Justeru Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar melaksanakan tiga perkara di bulan Ramadhan terutama di akhir-akhirnya ;
1. Menghidupkan malam dengan ibadah2. Mengejutkan ahli keluarga bersama-sama beribadah malam
3. Meninggalkan dari melakukan persetubuhan.
Ceramah Nuzul al-Quran Ustaz Kusyairi 18 Ramadhan 1430
Isnin, Julai 06, 2009
Renungan Akal
Akal merupakan anugerah yang paling besar Allah SWT menganugerahkan kepada makhluk bergelar manusia. Apabila berfikir pasti menggunakan akal, ini menjadikan akal dalam bentuk fizikalnya otak istimewa bagi setiap manusia. Namun jika otak yang ada pada manusia tidak digunakan untuk berfikir ke arah rasional dan ke arah perkara kebaikan, tarafnya sama dengan otak yang ada pada makhluk lain terutamanya binatang. Bahkan otak lembu lebih baik dari otak manusia jika manusia tidak menggunakan fungsi otak yang dinamakan ‘akal’. Otak lembu boleh dijadikan makanan tetapi otak manusia tidak.
Justeru gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya dengan berfikir perkara-perkara yang dituntut Allah SWT. Antara keperluan akal ialah;
1. Merenung Penciptaan Allah SWT
Jika direnungi ciptaan Allah SWT terhadap binatang telah cukup untuk menginsafkan kita. Nyamuk yang kecil kejadiannya ditakdirkan Allah SWT hidup dalam hidung Namrud selama 400 tahun. Akibat dari gangguan dari nyamuk, Namrud terpaksa mengupah seseorang untuk mengetuk kepalanya apabila nyamuk tersebut mengganggunya.
Begitu jua lebah yang mengambil madu, tidak pernah sesekali merosakkan bunga-bunga dan tanaman malahan tanaman yang dihinggapinya semakin subur. Semut pun sama, apabila semut hitam yang menjumpai gula pasti kawanan semut hitam yang akan mengerumuni gula tersebut. Tidak pernah sesekali semut hitam berebut kawasan yang sama dengan semut merah atau sebaliknya.
Penciptaan unta untuk kegunaan di padang pasir sememangnya besar fungsinya. Ia merupakan binatang utama perjalanan manusia merentasi padang pasir siang mahupun malam. Jika tersesat unta akan berhenti sehingga tuannya memperbetulkan perjalanan. Bahkan dalam keadaan tertentu unta akan disembelih bagi mendapatkan simpanan air yang ada di belakangnya.
2. Merenung Nikmat Allah SWT
Nikmat Allah SWT anugerahkan kepada manusia amat banyak bermula bangun tidur di pagi hari hingga tidur semula di malam hari. Justeru hendaklah kita sentiasa bertaubat, bermuhasabah dan bermuraqabah kepada Allah SWT.
Dari itu dalam mensyukuri nikmat Allah SWT hendaklah sentiasa mengamalkan setiap amalan yang disampaikan Rasulullah SAW. Ia bukan setakat amalan wajib yang menjadi prasyarat utama umat Islam tetapi merangkumi amalan sunat kerana perkara sunat yang banyak memberikan kelebihan kepada manusia di akhirat kelak. Jangan menganggap perkara sunat sebagai ‘sunat jer’.
3. Merenung Syurga Allah SWT
Merujuk kepada syurga semua orang hendak memasukinya. Tetapi amalan yang dilakukannya seharian tidak melambangkan akan membawa kepada syurga Allah SWT. Sepatutnya setiap manusia merebut peluang untuk memasukinya, Allah SWT telah menjanjikan barangsiapa melakukan kebaikan pasti akan dibalas syurga.
Di syurga pelbagai kenikmatan disediakan. Antara yang menjadi dorongan kepada manusia ialah wujudnya bidadari di syurga. Keadaannya cantik rupawan yang akan memikat siapa sahaja yang melihatnya. Namun wujud lagi spesis lain yang lebih hebat dari bidadari iaitu seorang perempuan yang sentiasa beramal, natijahnya ia lebih hebat dari seluruh bidadari.
Di zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang baru berkahwin tetapi tidak sempat bersama dengan isterinya disebabkan mengutamakan seruan ‘jihad fi sabilillah’. Dalam peperangan tersebut beliau syahid, Rasulullah SAW melihat sahabat tersebut syahid lantas tersenyum. Selepas itu Rasulullah SAW memalingkan muka dari melihat mayat sahabat tersebut. Sahabat yang berada di sekitar Rasulullah SAW bertanyakan baginda kenapa memalingkan muka. Rasulullah SAW menjawab “aku malu melihat para bidadari berlari dan terselak kainnya untuk mendapatkan sahabat tersebut”.
4. Merenung Neraka Allah SWT
Allah SWT menjanjikan setiap amalan hamba akan diberi pembalasan sama ada baik atau buruk. Jika dihitung seharian hidup kita, apakah kita yakin kita banyak melakukan kebaikan atau kejahatan. Tempat bagi setiap kejahatan yang dilakukan adalah neraka.
Hendaklah sentiasa berdoa dan ampun dari Allah SWT dari segala kesilapan yang telah dilakukan. Antara doa yang perlu diamalkan ialah:
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة

Ceramah Bulanan al-Fadhil Dato’ Ismail Kamus 30 Jun 2009
Isnin, Mei 25, 2009
Umat Islam Gaza
Peperangan yang berlaku di Gaza akibat serangan laknatullah Yahudi ke atas penduduk melibat 500 orang syahid pada hari pertama. Para syuhada’ bukan sahaja terdiri dari kalangan orang dewasa, bahkan kanak-kanak yang hanya baru mengenal ibu pun dibunuh sama. Alasan yang diberikan Israel amat mudah iaitu bayi-bayi yang ada ketika inilah suatu masa nanti sepuluh atau 15 tahun lagi akan memusnahkan Israel.
Ini merupakan suatu perkara yang jelas melanggar etika bukan sahaja dari aspek keagamaan tetapi kemanusiaan sejagat. Namun masih ramai umat Islam tidak sensitif dengan perkara ini bahkan menyokong Israel secara berterusan. Sokongan yang dimaksudkan adalah penggunaan dan pembelian produk-produk Israel tanpa henti. Antara perkara yang ketara adalah pembelian rokok, sedangkan semua maklum rokok merupakan industri utama Israel mengaut keuntungan di seluruh dunia.
Sedarlah umat Islam sekelian, bantulah saudara kita di Gaza. Umat Islam adalah bersaudara, jika mereka susah kita patut merasa susah bersama. Mereka berjuang habis-habisan menentang Israel, sokonglah mereka, bantulah mereka, doakanlah mereka. InsyaAllah Islam pasti mencapai kemenangan.

Kuliah Subuh Khas Dr Jamnul Azhar Mulkan 24 Mei 2009
Isnin, April 20, 2009
Kewafatan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Peristiwa kewafatan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, khalifah Islam pertama berlaku pada bulan Rabi’ al-Akhir. Beliau merupakan seorang sahabat yang paling ulung dan paling dikasihi Rasulullah SAW. Beliau merupakan orang yang awal memeluk Islam, bersama Rasulullah SAW tatkala senang mahupun susah, orang yang menemani Rasulullah SAW semasa berhijrah, orang yang rela kehabisan harta benda demi Rasulullah SAW dan yang paling besar ialah orang yang diminta Rasulullah SAW mengimani solat ketika Rasulullah SAW sakit.
Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengekang fitnah yang pertama setelah kewafatan Rasulullah SAW iaitu terdapat orang yang mengaku menjadi nabi dan rasul. Ketika mana Rasulullah SAW sedang hampir wafat, di Thaqifat Bani Sa’ad kaum ‘Aus dan Khazraj berkumpul dan berbincang tentang pengganti Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar terus pergi ke sana dan menyelesaikan masalah dan perkara yang dibincangkan mereka.
Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu jualah Rasulullah SAW wafat pada tarikh sama dengan kelahiran baginda 12 Rabi’ al-Awwal. Keadaan sahabat yang berhadapat kewafatan Rasulullah SAW boleh dikategorikan kepada tiga golongan.
a. Para sahabat kelu, terpinga-pinga, bingung, tidak mempercayai kewafatan Rasulullah SAW dan masing-masing tidak memberi apa-apa komen kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
b. Berkeadaan emosional, sahabat yang paling nyata ialah Omar al-Khattab. Beliau tidak dapat menerima tentang kewafatan Rasulullah SAW disebabkan terlalu kasihkan Rasulullah SAW. Beliau mengatakan sesiapa yang mengatakan Rasulullah SAW telah wafat akan dipenggal kepala orang tersebut.
c. Menerima dengan keadaan yang redha dan dapat mengawal situasi serta berdepan dengan apa yang berlaku. Saidina Abu Bakar al-Siddiq dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW. Beliau mengucup dahi Rasulullah SAW dan berkata kepada Omar al-Khattab, “wahai sekalian manusia, sesiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad SAW sesungguhnya baginda wafat, barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT kekal dan hidup selama-lamanya. Semua nabi terdahulu wafat, termasuklah Nabi Muhammad SAW.”
Para sahabat setelah mendengar ucapan Saidina Abu Bakar al-Siddiq memahami dua maksud;
i. Kita hanyalah hamba Allah SWT, hanya mengabdikan diri kepadaNya.
ii. Rasulullah SAW adalah utusan yang datang dari Allah SWT, setiap apa yang disampaikan Rasulullah SAW hendaklah dipatuhi dan dituruti.Omar al-Khattab apabila mendengar kata-kata Saidina Abu Bakar al-Siddiq mengakui kesilapan yang telah dilakukannya yang menganggap Rasulullah SAW tidak wafat.
Inilah antara kelebihan Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang diketahui umum orang yang paling rapat dengan Rasulullah SAW.
Ceramah Umum YB Ustaz Mohd Noor Hamzah 18 April 2009
Gejala Sosial Dalam Masyarakat
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud; dan tidaklah sekali-kali akan merehdai engkau oleh orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan mereka.
Hari ini kita dihebohkan dengan pelbagai masalah sosial terutamanya melibatkan golongan muda dan remaja. Bermula dari tidak mendengar cakap ibu dan bapa, ponteng sekolah, hisap rokok, hidu gam, bohsia, punk, mat rempit, minum arak, hisap dadah, berzina, pelacuran, sumbang mahram, murtad dan pelbagai lagi perkara yang tidak terkawal dalam masyarakat.
Apa yang parah dan menakutkan, 99 peratus dari golongan yang terlibat adalah anak-anak Melayu yang mengaku beragama Islam. Di US duatu ketika dahulu terdapat seorang Melayu yang pintar, Maznah binti Abu Bakar tidak dapat mengelak dari terlibat dengan perkara yang tidak diingini. Dia telah murtad dari Islam dan memeluk Kristian. Tidak cukup setakat itu dia turut terlibat sebagai misionari Kristian.
Satu kes di Kedah, beberapa tahun yang lalu seorang pelajar 13 tahun bernama Osman menghadapi masalah keluarga. Bapanya yang bekerja sebagai penarik beca telah bercerai dengan ibunya, menyebabkannya terbiar tanpa kasih sayang. Suatu hari semasa menunggu bas berulang alik dari sekolah ke rumah, datang seorang pemuda yang baik dan peramah menegur Osman dan bertanya khabar Osman. Pemuda tersebut cukup prihatin dan ambil berat tentangnya. Akibat dari kelakuan pemuda tersebut yang baik hingga Osman senang dan rela hati mengikut kemana sahaja pelawakan pemuda tersebut hingga bertemu paderi di gereja. Akhirnya Osman kini dikhabarkan telah berpindah ke Singapura di atas kerelaan diri dan terlibat secara langsung dengan misionari Kristian.
Bagi mengetahui maklumat lanjut dan terkini berkaitan masalah sosial masyarakat kini, ikuti blog http://urusetialandas.blogspot.com
Ceramah Khas Gejala Sosial Ustaz Kamaruddin Kassim 17 April 2009
Isnin, April 06, 2009
Masyarakat Masa Kini
Sedar mahupun tidak kita semakin ke hadapan, banyak perkara yang perlu ditempuhi. Namun kadang-kadang kita lupa ke mana arah tuju yang sebenarnya. Kita sebenarnya lupa dan alpa dengan dunia kita sendiri. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan kita di dunia ini mahupun di akhirat kelak.
Michael Jackson, seorang penyanyi terkenal dunia dikatakan telah memeluk Islam. Berita tersebut benar atau tidak tidak dapat dipastikan, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Pengislaman Michael Jackson ada yang mengaitkannya setelah berlakunya zaman kejatuhan beliau dan ada juga yang mengatakan beliau dalam keadaan yang tidak stabil hingga tidak boleh melelapkan mata. Bahkan ada yang mengatakan beliau terpaksa tidur dalam alat khas barulah dapat melelapkan mata. Dari itu dia cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya dengan memeluk Islam. Untuk itu kita yang sudah lama berada di dalam Islam perlu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Tidak perlu tinggal dalam alat khas untuk tidur, memadai dengan menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan duduk di penjuru tiang, pasti akan lena.
Usahkan majlis ilmu seperti kuliah maghrib, khutbah yang diperdengarkan khatib setiap hari Juma’at pun menjadi alat mengulit kita tidur. Tidak cukup dengan itu, khatib pula lebih gemar membaca khutbah dari berkhutbah, itulah antara penyebab utama makmum yang dengar khutbah terus lena. Sedangkan sunnah Rasulullah SAW apabila berkhutbah tangan kiri memegang pedang atau tongkat dan tangan kanan memegang bahagian ‘kanan mimbar’. Akibat dari amalan membaca khutbah sunnah ini tidak dapat dilaksanakan sebab tangan memegang teks khutbah.
Apabila berada dalam masjid hendaklah berada dengan penuh beradab. Ini kerana masjid adalah Rumah Allah SWT, mana mungkin kita samakan rumah kita dengan Rumah Allah SWT. Oleh itu duduklah dengan penuh tertib dan sebaik-baik duduk bagi menuntut ilmu adalah duduk iftirash iaitu duduk seperti duduk tahyiat pertama. Rasulullah SAW mengambil wahyu dari malaikat Jibril secara berdepan dan bersentuhan lutut antara keduanya. Keadaan duduknya adalah duduk iftirash. Namun kita usahkan duduk iftirash, tetapi jika boleh semua yang hadir di masjid ingin mencari tiang atau dinding untuk menyandar.
Diberitakan seorang tabi’in Said bin Musaiyad selama 40 tahun datang ke masjid sebelum takbir al-uula dan sebelum masuk waktu solat fardhu. Berbeza dengan kita pada hari ini, selagi tidak kedengaran azan selagi itu tidak pergi ke masjid bahkan ada tidak pergi langsung ke masjid walau dengar dengan jelas azan dilaungkan.
Seorang ulama’ silam bertembung dengan khalifah yang mengagungkan ulama’. Semasa berada di dalam masjid khalifah datang bertemu ulamak tersebut dan memberikan hadiah kebendaan kepadanya. Ulamak tersebut menolak dengan mengatakan dia malu untuk menerima habuan dunia di tempat yang mulia ini. Maka beredarlah khalifah tersebut dan menunggu ulamak tersebut di luar masjid. Tatkala ulama’ tersebut keluar masjid, khalifah mengejar ulama’ tadi dan mengulangi sekali lagi hajatnya untuk memberi hadiah kepada ulama’ tersebut. Lantas ulama’ tersebut menjawab, jika di dalam masjid tempat yang paling mulia aku malu untuk menerima habuan dunia dari makhluk inikan pula di luar masjid. Maka berlalulah khalifah tersebut tanpa dapat memberikan apa-apa kepada ulama’ tersebut.
Ibn Abbas RA mengatakan tiga sebab manusia lupa dan asyik kepada dunia iaitu habuan dunia, hawa nafsu dan syaitan. Hadith Rasulullah SAW menjelaskan ; “dunia merupakan tempat untuk bercucuk tanam bagi akhirat”. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengutamakan akhirat berbanding dunia yang sementara ini.
Selain itu banyak lagi perkara lain yang mesti kita perhatikan dan ubahnya agar selaras dengan al-Quran dan sunnah. Ianya meliputi aurat terutamanya aurat anak perempuan dan isteri. Rasulullah SAW semasa mi’raj melihat di dalam syurga ramai di kalangan fakir miskin dan di dalam neraka ramai dari golongan perempuan.
Sama-sama kita kita berusaha menjalankan perkara sunnah walau kecil. Suatu ketika seorang sahabat yang miskin mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia miskin. Rasulullah SAW mengajarkan kepadanya apabila pulang ke rumah amalkan memberi salam dan membaca sekali surah al-Ikhlas jika ada orang dalam rumah tersebut. Manakala jika tidak ada orang di dalamnya, hendaklah memberi salam disusuli dengan solawat ke atas Rasulullah SAW dan bacaan surah al-Ikhlas. Insya Allah rezeki semua penghuni dalam rumah tersebut dimurahi.
Ceramah Bulanan Ustaz Kushairi 4 April 2009
Ahad, Mac 15, 2009
Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ merupakan slogan Sambutan Maulid Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun 1430/2009. Ini memberi gambaran penekanan terhadap kesatuan dalam ummah mesti dititik beratkan. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang memberi maksud supaya adanya kesatuan dan kesepakatan sesama manusia.
Al-Quran menjelaskan “sesungguhnya setiap mukmin adalah bersaudara”. Selain itu turut dinyatakan “sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia lelaki mahupun wanita, turut diciptakan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak tidak lain dan tidak bukan hanya untuk berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah yang paling bertaqwa”.
Merujuk kepada dua petikan ayat di atas jelas kepada kita bahawa kesatuan yang dikehendaki di dalam Islam adalah berlandaskan tauhid. Apabila semua manusia mentauhidkan Allah SWT mereka adalah mukmin dan semestinya akan bersatu. Di sisi Allah SWT yang paling mulia seseorang hamba adalah yang paling bertaqwa kepadaNya. Untuk itu perlu diperjelaskan perkara yang dimaksudkan dengan bertaqwa.
Taqwa yang merupakan perkataan yang mudah disebut adalah bermaksud secara ringkasnya adalah membuat apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Allah SWT. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud “bertolong-tolonglah kamu ke atas jalan kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan ke atas perkara dosa dan tegahan”.
Manakala khaira ummah bukanlah mempunyai maksud ummah yang termaju dan termoden, tetapi ianya merujuk kepada ummah yang berprinsip. Prinsip-prinsip tersebut mestilah berpaksi kepada atas dasar Islam dan aqidah iaitu menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar.
Ibn Kathir menjelaskan perinsip utama bagi umat Islam adalah mesti berteraskan kepada tiga perkara; menyeru membuat kebaikan, mencegah melakukan kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT. Perkara ini amat penting kerana Rasulullah SAW bersabda “kita kaum yang ditinggikan Allah SWT apabila menegakkan Islam”.
Kandungan Ceramah Maulid Rasul al-Fadhil Ustaz al-Kauthar 14 Mac 2009
Kandungan Ceramah Maulid Rasul al-Fadhil Ustaz al-Kauthar 14 Mac 2009
Isnin, Mac 09, 2009
Memperingati Maulid Rasul
Setiap tahun sejumlah 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Rasulullah diputerakan pada Subuh hari Isnin 12 Rabic al-Awwal pada tahun yang dikenali sebagai Tahun Gajah. Kehadiran Rasulullah SAW ke alam ini membawa limpahan rahmat kepada umat manusia sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran surah al-Anbiya’ ayat 107;
Tidak dapat dinafikan kedatangan Rasullah SAW sebagai pembawa rahmat adalah besar maknanya. Antara sekalian banyak rahmat yang dibawa Rasulullah SAW paling utama merujuk kepada rahmat Islam dan Iman. Pengorbanan Rasulullah SAW selama 12 tahun dua bulan dan 22 hari di Kota Mekah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarat di sana. Hanya dengan kalimah Tauhid لا إله إلا الله manusia akan selamat dan berjaya di dunia dan akhirat.
Kedatangan wahyu pertama dalam surah al-cAlalaq ayat satu hingga lima bukan secara khususnya menyeru Rasulullah SAW menjalankan kerja dakwah. Namun setahun setengah kemudian turunnya wahyu yang kedua di dalam surah al-Mudaththir jelas menyuruh Rasulullah SAW menjalankan kerja-kerja dakwah.
Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, orang yang paling utama yang mesti diseru adalah golongan kaum keluarga terdekat. Saidatina Khadijah isteri Rasulullah SAW merupakan orang pertama memeluk Islam. Di kalangan para sahabat Saidina Abu Bakar dan di kalangan kanak-kanak adalah Saidina Ali Karram Allah Wajhahu.
Setelah tersebarnya Islam dengan lebih menyeluruh, Rasulullah SAW diperintahkan berhijrah ke Kota Madinah. Di kala perjalanan ke Madinah yang ditemani Saidina Abu Bakar dan seorang penunjuk jalan, Rasulullah singgah di Quba’. Di sana terus Rasulullah SAW membina masjid yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu dengan memacakkan empat penjuru masjid dengan pelepah tamar. Di masjid inilah merupakan masjid solat berjemaah pertama diadakan. Kemudian setelah sampai di Madinah sebagaimana hal yang berlaku di Quba’ Rasulullah SAW membina masjid yang diberi nama Masjid Nabawi.
Di Madinah Rasulullah SAW membentuk Kerajaan Islam Pertama di atas muka bumi ini. Di sana dibentuk perlembagaan yang dikenali sabagai Piagam Madinah. Berlandaskan piagam inilah masyarakat majmuk yang terdiri dari kaum Yahudi (Qainuqac, Quraizah dan Nadhir) dan lain-lain di Madinah bersatu padu dan homat menghormati.
Kandungan Ceramah Maulid Rasul al-Fadhil Ustaz Farhan al-Hafiz 08 Mac 2009
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Maksudnya: Tidaklah Kami (Allah SWT) utuskan kamu (Rasulullah SAW) melainkan untuk memberi rahmat ke seluruh alam.Tidak dapat dinafikan kedatangan Rasullah SAW sebagai pembawa rahmat adalah besar maknanya. Antara sekalian banyak rahmat yang dibawa Rasulullah SAW paling utama merujuk kepada rahmat Islam dan Iman. Pengorbanan Rasulullah SAW selama 12 tahun dua bulan dan 22 hari di Kota Mekah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarat di sana. Hanya dengan kalimah Tauhid لا إله إلا الله manusia akan selamat dan berjaya di dunia dan akhirat.
Kedatangan wahyu pertama dalam surah al-cAlalaq ayat satu hingga lima bukan secara khususnya menyeru Rasulullah SAW menjalankan kerja dakwah. Namun setahun setengah kemudian turunnya wahyu yang kedua di dalam surah al-Mudaththir jelas menyuruh Rasulullah SAW menjalankan kerja-kerja dakwah.
Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, orang yang paling utama yang mesti diseru adalah golongan kaum keluarga terdekat. Saidatina Khadijah isteri Rasulullah SAW merupakan orang pertama memeluk Islam. Di kalangan para sahabat Saidina Abu Bakar dan di kalangan kanak-kanak adalah Saidina Ali Karram Allah Wajhahu.
Setelah tersebarnya Islam dengan lebih menyeluruh, Rasulullah SAW diperintahkan berhijrah ke Kota Madinah. Di kala perjalanan ke Madinah yang ditemani Saidina Abu Bakar dan seorang penunjuk jalan, Rasulullah singgah di Quba’. Di sana terus Rasulullah SAW membina masjid yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu dengan memacakkan empat penjuru masjid dengan pelepah tamar. Di masjid inilah merupakan masjid solat berjemaah pertama diadakan. Kemudian setelah sampai di Madinah sebagaimana hal yang berlaku di Quba’ Rasulullah SAW membina masjid yang diberi nama Masjid Nabawi.
Di Madinah Rasulullah SAW membentuk Kerajaan Islam Pertama di atas muka bumi ini. Di sana dibentuk perlembagaan yang dikenali sabagai Piagam Madinah. Berlandaskan piagam inilah masyarakat majmuk yang terdiri dari kaum Yahudi (Qainuqac, Quraizah dan Nadhir) dan lain-lain di Madinah bersatu padu dan homat menghormati.
Kandungan Ceramah Maulid Rasul al-Fadhil Ustaz Farhan al-Hafiz 08 Mac 2009
Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
LinkedIn
RSS
Pengunjung
Post Popular
-
Juraish yang merupakan seorang abid yang terkenal dalam kaum Bani Israel sentiasa mendirikan ibadah di tempat peribadatan yang diterimanya. ...
-
SEMBANG REMAJA & LATIHAN BOJA Jom main bola jaring. Latihan diteruskan untuk anak anda yang berminat. Anak tak pandai main? 🤔 Jangan...
-
Sabda Rasulullah SAW: الدنيا مزرعة الأخرة Maksudnya: dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam bagi akhirat. Dunia perkataan asalnya diambil ...
Kategori
- AGM
- album
- Belajar Jawi
- Bubur Lambuk
- ceramah
- Ceramah Perdana
- covid 19
- Gotong Royong
- hebahan
- israk mikraj
- Kem Tahfiz
- Kembara Dakwah
- khatam
- khatib
- khutbah
- korban
- kuliah
- Kursus Bilal
- Lajnah Muslimat
- Lajnah Pemuda
- Maulid Rasul
- Outdoor
- Pekeliling
- Pembangunan Surau
- program
- PT3
- Remaja
- semasa
- solat gerhana bulan
- solat hajat
- SPM
- suntingan
- tadarus
- Tahlil
- tazkirah
- Yasin
Blog Arkib
-
2024
(20)
- Disember (3)
- Oktober (2)
- September (3)
- Ogos (1)
- Mei (1)
- April (1)
- Mac (3)
- Februari (2)
- Januari (4)
-
2021
(31)
- Disember (1)
- November (3)
- Oktober (7)
- September (4)
- Ogos (6)
- Julai (2)
- Jun (2)
- Mei (1)
- April (2)
- Mac (1)
- Februari (2)
-
2018
(22)
- Disember (2)
- November (1)
- September (3)
- Julai (1)
- Jun (1)
- Mei (3)
- Mac (4)
- Februari (5)
- Januari (2)