Ahad, Oktober 16, 2022

KUPASAN BUKU DISEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH OLEH USTAZAH BUSHRA TALIB

 


🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN dan KULIAH DHUHA

Tafsir Surah Al Fatihah

🧕🏻 YANG BERBAHAGIA

       USTAZAH BUSHRA BINTI TALIB

📅 TARIKH: 16 OKTOBER 2022 (AHAD)

⏰ MASA: 9.30 pagi -11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/wrm-tgmi-jvf

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#fastabiqulkhairat







Perarakan Maulidur Rasul Sabtu 15 Oktober 2022 18 Rabiul Awal 1444H 8-11am

 





Video Klip Perarakan Maulidur Rasul


Majlis berjalan lancar dengan kehadiran ratusan ahli qariah Surau Almujahin, Taman Desa Surada, Taman Melati, Taman Sri Mutiara, Taman Sri Wirani, Surada Residence, Tadika Pasti, Tadika Cendekia Suria, RPWP, Surau Ar Rahim, Surau Al Ukhuwan, Wadil Barakat












Ahad, Oktober 09, 2022

MAJLIS MAULID & PERSEMBAHAN QASIDAH

 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

*⭕ASSALAMUALAIKUM WBT WARGA QARIAH DAN KEJIRANAN SURAU AL MUJAHIDIN ⭕*






*MAJLIS MAULID & PERSEMBAHAN QASIDAH*

Merujuk kepada perkara diatas.

 2. Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan bulan Maulidurrasul (Rabiul Awwal) 1444 H, pada malam ini Surau Al Mujahidin akan mengadakan Majlis Maulid & Persembahan Qasidah pada ketetapan berikut : 

Tarikh : *9 Oktober 2022 (Ahad)*

Masa : *7.45 malam*

Tempat : *Ruang solat utama Surau Al Mujahidin*

3. Sehubungan itu, pihak surau berbesar hati untuk menjemput sama ada ahli qariah atau penduduk sekitar yang berdekatan untuk hadir bersama-sama dan memeriahkan majlis pada malam tersebut demi menyemai benih cinta kepada Junjungan Besar Rasulullah saw.

4. Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta menguatkan ukhuwwah bersama. 

5. Boleh juga mengikuti secara online melalui link Google meet yang akan dibuka mulai pukul 7.30pm insyaallah. 

http://meet.google.com/aio-rfku-ajp

Sambutan Maulidur Rasul Surau Al Mujahidin Desa Surada  https://fb.watch/g2uhiHpPuT/

Sekian terima kasih. 

*BIRO DAKWAH SURAU ALMUJAHIDIN DESA SURADA SEKSYEN 8 BANDAR BARU BANGI*

Ahad, September 25, 2022

Kursus Pengurusan Jenazah oleh Pengurusan Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

 Kursus Pengurusan Jenazah

🌸🌙🌸🌙🌸🌙🌸🌙🌸

📅 : 27 hb Ogos 2022 (Sabtu)

🕌 : Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada, Seksyen 8.

Kehadiran: 25 orang terdiri dari AJK Surau Al Mujahidin, Surau Al Umm, Surau Ar Rahman, Surau Ar Rahim, Surau Al Ibrah,  Masjid Hasanah danTaman Ramal Suria.

Video 🎬: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=809229690252118&id=100000816464482&sfnsn=mo

Tentatif:

7.30 pagi - Pendaftaran Peserta

                   Sarapan Pagi

8.00 pagi - Ucapan Pembukaan Majlis

                 - Ucapan Ketua Muslimat 

8.15 pagi - Sesi 1 (Teori)

10.00 pagi - Rehat

10.15 pagi - Sesi Kedua (Praktikal)

12.45 tengahari - Majlis bersurai


 








Jualan Buku As-Syifa dan Al Asma Al Husna oleh Penerbit Surau Al Mujahidin

Jualan Buku As-Syifa dan Al Asma Al Husna oleh Penerbit Surau Al Mujahidin 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam dan tuhan yang maha penyayang dan pengasihani terhadap makhluknya. Selawat dan salam atas junjungan nabi kita nabi Muhammad SAW kerana dengan usaha dan tabahnya baginda dalam menyampaikan wasilah agama Islam dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Buku kecil ini disusun untuk menyempurnakan sebahagian hidup kita yang kadang kala kita alpa dan tenggelam dengan hal-hal duniawi. Dengan disebabkan itu kita sering menjadi tidak terkawal oleh emosi dan hawa nafsu sendiri. Sebahagiannya pula akan mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi seperti darah tinggi, depresi dan sebagainya. Untuk itu buku ini disusun dengan harapan dapat membantu mencantikkan rutin harian dan supaya setiap amalan harian kita mendapat keredhaan Allah. Isi kandungan buku ini mempunyai Asmaul Husna, ayat Manzil dan doa-doa pilihan yang mana dengan izin Allah SWT ia akan dapat memberi ketenangan dalam jiwa dan makin dekat kita kepada Allah makin Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. 


[Buku Terbitan Kali Kedua]


[Kulit Buku dan Jadual Kandungan]

Kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kelemahan di dalam buku ini kerana kami insan biasa dan masih belajar dalam memperoleh keredhaan Allah SWT juga. Dengan itu kami berharap dengan buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk didunia dan akhirat. Tidak lupa kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, keluarga, sahabat dan ahli jawatan kuasa Surau al-Mujahidin yang telah mendukung bersama hingga dapat diterbitkan buku ini.

Hasil Jualan Buku RM20 senaskah ini disalurkan sepenuhnya ke Tabung Pembangunan Surau AL Mujahidin. Kami turut menyediakan jualan e-book. Kepada mereka yang ingin menempah, boleh menghubungi melalui emel masjidalmujahidin@gmail.com,  atau ajk lajnah ekonomi norhayatisulaiman3@gmail.com

Nama Penerima: Surau Al Mujahidin Surada 
Nama Bank: Bank Muamalat (Cawangan Bandar Baru Bangi) 
No akaun: 12100001120710

Perancangan Pembangunan bagi Kompleks Pendidikan Islam Surau Al Mujahidin


[Majlis Pelancaran Buku As Syifa dan Al Asma Al Husna]






[Buku Terbitan Pertama telah habis dijual]


Majlis Bacaan As-Syifa dan Al Asma Al Husna oleh Ustazah Busra Talib

 






🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌


📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN AL-ASMA AL HUSNA

🧕🏻 YANG BERBAHAGIA
       USTAZAH BUSRA TALIB
📅 TARIKH: 25/9/2022 (Ahad)
⏰ MASA: 9.30pagi -11.00 pagi
📱GOOGLEMEET 
Klik untuk join🔽
 https://meet.google.com/wrm-tgmi-jvf

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Kita mendoakan beberapa orang qariah Surau Al Mujahidin sembuh dari ujian kesihatan yang ditimpa olehnya. Senarai adalah seperti berikut:

1.Pn Rohaya

2. Pn Hidayah

3. Pn Nik 

4. En Ahmad 

5.Hj Majron 

6. En Shahdi

Bagi yang berminat untuk memiliki buku As Syifa dan Al Asma' Al Husna berharga RM20 yang ditulis oleh Ustazah Busra Talib dan Ain Balkis Mohd Azam, boleh hubungi Pn Hj Norhayati dan  Pn Hjh Norizan seperti maklumat pada poster tersebut. 

Ahad, Mac 13, 2022

Hubungan antara Manusia dan Manusia oleh Ustazah Rose Aliza Sutrisno

 

🕌🤍🕌🤍🕌🤍🕌🤍🕌
Assalamualaikum wbt. Makluman Program Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada
🕌🤍🕌🤍🕌🤲🏻🕌🤍🕌
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA MUSLIMAT

🗓: 13 Mac 2022 {Ahad}
🕰: 9.30 - 11.00 PAGI
🏘: Kediaman masing²
📕: USTAZAH ROSE ALIZA
👪: Muslimat
📡: Google Meet
https://meet.google.com/scz-mrkv-uab



Tajuk: Hubungan antara Manusia dan Manusia
Catatan ringkas:
1. Kita masih belum benar beriman kasih saudara kita seperti kita mengasihi diri sendiri. 
2. Dalil Surah Al Hujurat 10

A011

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


3. Konsep Persaudaraan
-Persaudaraan berasaskan iman
-Saling berkasih sayang dan bantu membantu
Sebagai contoh Kaum Ansar menyedekahkan kepada para mujahidin

4. Persahabatan umpama susunan batu bata yang dapat mengukuhkan satu bangunan.
5. Seorang sahabat akan mendamai saudara bergaduh.

6. Kita tidak dibenarkan mencemuh/mengejek dan merendah-rendahkan orang lain serta jangan memberi gelaran yang buruk (al Tanabuz) atau mencela (Al-Lamzu).

Dalil Surah Al Hujurat 11

A011

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


7. Kesan buruk kepada orang dicela akan mencari keburukan pihak lawannya.


8. Orang suka cela mencela ditempatkan ke neraka wail. 


9. Contoh Rasulullah SAW mengeru Abu Zar yang menggelar Bilal sebagai anak orang hitam.


10.Rasulullah SAW menggelar dengan gelaran baik Umar Al Khatab sebagai Al Faruq, Abu Bakar digelar As Sidiq, Khalid Al Walid dipanggil Saifullah, isteri baginda  Aishah Humairah.


11. Kita perlu menjauhkan diri dari sangkaan buruk terhadap orang lain serta elak mengintip (Tajassus) atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan mengumpat (Al Ghibah) saudaramu.


12. Dalil Al Hujurat -12


A012

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


13. Seorang yang suka mengintip orang lain kerana tandanya ada sifat cemburu kepada orang lain. 


14. Sesuatu seorang yang baik akan mengenepi sesuatu yang bermanfaat. 


15. Orang yang mengumpat seolah-olah memakan dagingnya sendiri. 


16. Pengecualian mengumpat hanya dibenarkan apabila:

a. bila dizalimi

b. mengelakkan sesuatu perbuatan mungkar @ mahu mengembalikan seseorang ke jalan yang benar contoh rumah judi

c. bertanya pendapat contohnya Rasululllah SAW menerima aduan wanita bahawa suaminya kedekut kepada isteri dan anak-anaknya. Rasulullah SAW membenarkan wanita mengambil bahagian yang diperlukan secara senyap-senyap.





17. Kita perlu mengamal perpaduan kerana kekuatan ummah dan ummah merupakan satu bentuk nikmat malah, Allah yang mempersatukan hati manusia. 

A103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


18. Cubit peha kiri, peha kana teras jua. 

Orang-orang mukmin dalam hal saling mencitai, menyayandi dan mengasihi bagaikan satu tubuh. 





19. Sentiasa mendoakan kepada orang lain. Barangsiapa menyampaikan hajat saudaranya, nescaya akan menyampaikan hajatnya. Barangsiapa menutup aib orang lain, maka Allah akan menutupkan aibnya. 

20.  Doa untuk mendamaikan orang sedang bergaduh:

A047

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.



21. Sesungguhnya Kasih Sayang Ku mengalah Kemurkaan Ku.- Hadith Al Bukhari.




Isnin, Januari 03, 2022

Kutipan Banjir terkini meningkat ke RM16,850 buat Mangsa di Selangor dan Pahang.

Ahad 2 Jan 2022.     Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan sekumpulan sukarelawan dari Qariah Surau Al Mujahidin yang diketuai oleh Naib Pengerusi, Hj Mat Man apabila menjejaki  kawasan banjir di sekitar Kampung Sg Lui, Hulu Langat. Sebelum bergelut dengan lumpur kesan peninggalan banjir lalu, para sukarelawan Surau Al Mujahiddin perlu melepasi ujian swab COVID19 dengan keputusan negatif terlebih dahulu. Inisiatif ini dijalankan oleh KKM bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID19 yang dibawa oleh sukarelawan kepada masyarakat setempat. 

    Selut hitam yang menebal pada permukaan bumi Kampung Sg Lui lalu, kini ia telah semakin menipis apabila beberapa kali melakukan proses pembersihan hasil daripada muafakat membawa berkat. Peristiwa banjir yang ngeri dijadikan sebagai sempadan malah meniupkan semangat baru untuk terus menyemarakkan syiar Islam di sekitar tersebut.   Pihak AJK Surau turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan sumbangan alatan PA System kepada Setiausaha Masjid Al Ehsan. Sebelum ini AJK Surau telah menyerahkan melalui transaksi bank sebanyak RM2000 kepada akaun masjid tersebut. Ia merupakan sebahagian dari jumlah kutipan banjir sebanyak RM16,850 sehingga 2 Januari 2022. Syabas dan sekalung penghargaan diucapkan kepada dermawan Surau Al Mujahidin oleh pihak AJK surau dan mangsa banjir sekitar Selangor dan Pahang. Jika ada dermawan lain yang ingin menyumbang, bolehlah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Hj Mat Man, Timbalan Pengerusi atau  Dr Sabri, Setiausaha Surau Al Mujahidin. 

     Jumlah kutipan sehingga 2 Jan 2022 ialah RM16850 dengan agihan seperti berikut:

Perbelanjaan:

Selangor : RM8000

Pahang : RM8050

Peralatan : RM800




Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah serta dapat meningkatkan silaturrahim Qariah Surau Al Mujahidin dengan penduduk luar Bangi. Sila saksikan misi kembara banjir Surau Al Mujahidin yang akan datang ke Negeri Pahang. Bagi mereka yang ingin menderma baju terpakai yang masih dalam keadaan baik, mohon serahkan kepada Pn Norizan No 7 Jalan 8 sebelum 4 Januari 2022 nanti.