Ahad, Jun 27, 2021

Tahu MAKNA ,, Solat BERMAKNA (Siri 1) oleh Ustazah Radhiah Idris


Tips menjadikan solat lebih bermakna:

  1. Ibadat yang diterima syariatnya semasa israk mikraj oleh Rasulullah SAW yang asalnya dari 50 kali diturun kepada 5 kali sehari. 
  2. Ibadat solat dilakukan berulang-ulang kali.
  3. Ibadat perlu dibuat meskipun dalam keadaan sakit.
  4. Ibadat solat akan dihisap pertama sekali setelah kematian.
  5. Ibadat solat boleh diganti hanya apabila tertidur atau dilanda 
  6. Rukun Solat ada dua jenis iaitu Qauli dan  Fiqli.
  7. Sunat Hai'ah (iaitu sunat untuk mencantikkan solat contoh Doa Iftitah) dan Sunat Ab'ah.
  8. Elemen Khusyuk- ialah memahami makna ayat atau doa yang dibacakan
  9. Kita perlu mujahadah
  10. Jangan tersalah baca doa iftitah







 

Ahad, Jun 20, 2021

Tafsir Surah Nabi Yusuf oleh Ustazah Shafawati Bt Salihan

 






Kutipan nota Tafsir  Surah Nabi Yusuf oleh Ustzh Shafawati

1. Hanya Perceritaan nabi yusuf

2. surah diturun kpd Rasulullah setelah berhijrah fasa 4- Kaum Quraisyh ingin membunuh Rasulullah SAW ketika Mekah

3. Perancangan adik-beradik Nabi Yusuf sama spt perceritaan kaum Quraisyh ingin menyingkir Rasulullah SAW dari Mekah

4. Rasulullah SAW- 2 kesedihan - Khadijah R.A & Bapa Saudara wafat pd masa yang sama 

5. ayat 23. Ancaman Wanita dgn menggoda N Yusuf  - namun baginda mohon perlindungan

6. ayat 32: Zulaikha menunjuk kecelaannya kpd kaum wanita lain dgn pertontonkan N Yusuf yang kacak sehingga wanita-wanita terpotong jarinya sendiri.

7. N. Yusof rela dipenjarakan akibat kecenderaan pada orang lain.

8. ayat 37: berdakwah dalam penjara kpd 2 org sahabatnya, dan tetap berkawan baik adik-beradiknya meskipun mereka menzalimi baginda

9. Perbezaan Surah Hud = berdakwah Rasulullah SAW pd kaumnya dan Surah Yusuf = berdakwah dgn menunjukkan ahklak yang baik kpd wanita, sahabat, adik-beradiknya- menyatukan semula keluarganya

10. Penutup Surah Yusof mengajak adik-beradiknya bertaubat 

11. Konspirasi jahat adikberadik N Yusof ditutup dgn cerita Nabi Yusuf menyediakan Konspirasi baik kepada adik-beradiknya. 

12. Teknik N. Yusuf ingin menyelamatkan adiknya Bunyamin dari duduk bersama dgn abang2 yang jahat dgn menyuruh adikberadiknya membawa adiknya kepada baginda sebelum memberi makanan kepada adikberadiknya. 

13. N. Yaakob berdukacita terhadap Yusof sehingga buta matanya kerana kehilangan anak-anaknya dan memohon anak-anaknya tidak berputus asa dari rahmat pertolongan Allah.