Ahad, Oktober 31, 2021

Majlis Khatam AL-Quran

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua jemaah yang terlibat.
Majlis khatam ini adalah khas untuk bacaan satu muka setiap selepas solat subuh dan solat asar.





















Jazakallah khair.


Mencari Sakinah dan Mawwadah dalam keluarga oleh Prof Madya Dr Adawiyah Ismail

 


🕌Makluman Program Muslimat Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

MAJLIS BACAAN YASSIN & KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 31/10/2021 AHAD 

24 RABIULAWAL 1443H

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#fastabiqulkhairat





QS. Ar-Rum Ayat 21

  • وَمِنْ اٰيٰتِهٖٓ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْٓا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

    21. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.


Tips keluarga mawwadah dan sakinah:

1. Menyembunyikan rahsia keluarga

2. Tanggungjawab ibubapa dan anak2 dengan mengucapkan dengan bicara yang baik dan tidak kasar.

3. Memanggil ahli keluarga dengan panggilan yang disukai kerana ia diiringi dengan doa.  Sebagai contoh nama Sabariah, jadilah seorang menyabar. Isteri memanggil Rasulullah SAW, dengan  ucapan Y Habibi. 

4, Agama dan akhlaknya perlu diutamakan dalam keluarga dan akan memelihara kehidupan keluarga sakinahh dan mawaddah.

5.  Imam eloklah ayah dan makmum adalah isteri dan anak-anaknya.

6. Sentuhan manja antara keluarga boleh meredhakan keadaan yang tegang.

7. Rasulillah SAW insan agong di kalangan umatmya, bagina telah memberi contoh baik, hubungan manusia dan binatang dan alam seperti memberi pertolongan kerja rumah, menjahit baju sendiri, lipat kain kepada isterinya.

8. Sifat ringan tulang ini akan melahirkan keluarga mawwadah. 

9. Ketua bukan sahaja memberi arahan tapi turut membantu untuk ketenangan dan kebahagian dalam keluarga supaya saling membantu dan lengkap melengkapi.

10. Bapa memberi hak kepada anaknya seperti pendidikan yang baik seperti Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Abdullah

11.  Setiap kamu adalah ketua kepada keluarga sebagai bapa, isteri, anak2 mengikut peranan dan fungsi yang di dalam keluaga. 

12. Rasulullah SAW menjaga kebajikan, menyemai kasih sayang, berlaku jujur, pergaulan yang baik dengan ahli keluarga. 

QS. At-Tahrim Ayat 6

  • يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰۤىِٕكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَآ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

    6. Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang


    diperintahkan.





Khamis, Oktober 21, 2021

Majlis Maulidur Rasul 1443H pembuka lembaran aktiviti muslimat di Surau Mujahidin

 Assalamualaikum..

🕌Makluman Program Muslimat Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

*PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - SEMARAK CINTA RASULULLAH*💚

📅 TARIKH: 19/10/2021 *SELASA* 

*12 RABIULAWAL 1443H*

⏰ MASA: 6.45-8.00 pagi







📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

*MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR*

#fastabiqulkhairat

#salammaulidurrasul

Sollu ala Nabiyyuna Muhammad!


Salam MaulidurRasul buat semua. Bersempena dengan kedatangan tarikh kelahiran baginda ini,  kami  mencadangkan agar kelas pertama alquran bermula  pada hari Rabu 20/10/2021 dibuat di surau. 

Pada hari itu juga kami akan  Berselawat  Mengingati Nabi serta Majlis Khatam AlQuran  yang tertangguh.


1. Majlis Khatam Quran

2. Majlis Maulid Nabi

3. Majlis Ukhuwwah(Silaturrahim)

4. Kelas bersemuka pertama setelah setahun kita tak bersua

* Kelas terakhir  di surau ialah pada 30.9.2020. Kelas online bermula pd 5.10.2020. 

Seramai 15 orang muslimat yg dapat hadir majlis khatam.ini. sebanyak 200.00 dapat dihadiahkan kepada Ustazah Masrahah atas sumbangan sahabat Alquran.



 Bi iznillah.

Ahad, Oktober 10, 2021

Tiga Bukti Keimanan Kepada Allah SWT oleh Ustazah Rose Aliza

 



🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN KULIAH DHUHA
📅 TARIKH: 10/10/2021 AHAD
⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi
📱GOOGLEMEET 
Klik untuk join🔽
 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama
#fastabiqulkhairat






















Isnin, Oktober 04, 2021

Sumbangan Afghanistan RM2500 dari Qariah Surau al Mujahidin

 


PEDULI AFGHANISTAN

Kenapa perlu peduli ? Afghanistan kini berdepan dengan situasi negara yang agak rumit disamping propaganda yang memburukkan kerajaan. Akibat pelbagai krisis kemanusian dan bencana akibat peperangan yang sangat panjang,  kanak-kanak berdepan dengan kelaparan, kurang zat dan susu, tidak ketinggalan golongan warga emas yang terpaksa berpindah rendah bagi menyelamatkan diri.

Musim sejuk dengan suhu antara -10C -12C yang bakal menjelang menjadi ancaman kepada mereka termasuk tiada  memiliki tempat berlindung yang sempurna. 

Sehubungan itu IMWU Malaysia dengan kerjasama NGO tempatan akan berusaha membantu saudara seakidah kita di sana dalam menghadapi kesempitan dan kepayahan hidup yang sedang dilalui. IMWU Malaysia bersimpati  di atas apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afghanistan, untuk turut bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi memberikan segaris senyuman kegembiraan di wajah mereka. 

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada dana kemanusiaan Afghanistan IMWU Malaysia melalui ;

🏧MAYBANK: 564191014015

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada :

📲 Dr Atikah : 0104609616

📲 Dr Safinar : 0194259251

📲 Fiz : 0192261212  


Hari ini kita menghulurkan tangan membantu mereka dan tidak mustahil di masa akan datang, mereka pula yang akan bergandingan membantu kita. Sudah pastinya doa-doa mereka di langit terbuka akan bersama para dermawan.


Follow|Join kami di;

📲Facebook: IMWU Malaysia



Assalamualaikum wbt. ☘️☘️☘️Buat semua warga surada, saya bagi pihak AJK muslimat ingin memohon simpati untuk Tabung kemanusiaan Afghanistan seperti diatas.
Sila hubungi saya: 
Sharifah Kamis
No telefon:XXXX                      
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan masukan nama anda dibawah:-

1)Sharifah-11/12✅
2)Cikgu Anum-15/4✅
3)Kasmah -53/14✅
4)kak Sam✅
5)38/14✅
6) 10/3 Sima✅
7) 21/4 ani✅
8) rahimah 26/11✅
9)Rohaya 14/13✅
10)Nordiah-23/15✅
11)Noor Saadah 20/9✅
12)Rohani 30/13 ✅
13)wan maznah✅
14) 8/5.Rosnani✅
15) hamba allah jln 11✅
16)laila 50/14.✅
17) Zarina 30/13 ✅
18) Roslinah 10/7 ✅
19) Rodhiah 4/11 ✅
20) Zaharah 36/2 ✅
21) Rohani 28/12✅
22)Rozilah-21/8✅
23) ani 13/9 ✅
24) midah 48/13 ✅
25) kak sarimah✅
26)yati s✅
27)yati m✅
28) Ani 20/13✅
29) Limah 4/6✅
30)Anum jln 3✅
31)Huda jln 3✅
32)Zaini jln 12✅

Semoga sumbangan (SEDEKAH) kita ALLAH SWT terima, menjadi asbab kebaikan utk dunia dan akhirat kita.



Ahad, Oktober 03, 2021

Kuliah Dhuha Muslimat Surau Al Mujahidin - Ustazah Shafawati Salihan

 Tadabbur Surah An Naba'








Pendahuluan
 

Iman adalah keyakinan dan kepercayaan. Ianya dibuktikan melalui perilaku/akhlak. 

Perilaku menunjukkan keyakinan kita kepada sesuatu (Tuhan).

Kerangka/ asas Islam yang utama adalah - aqidah, ibadah, akhlak.

Aqidah adalah keyakinan kepada Allah. Ia juga merupakan manifestasi kepada syahadah yang pertama (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah).

Ibadah pula adalah melakukan apa sahaja perbuatan yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW berpandukan kepada Al Quran .

Aqidah pula adalah menifestasi terhadap aqidah dan kesan dari ibadah.

Cara hidup yang betul adalah daripada apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan manifestasi syahadah yang kedua (Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah).

Akhlak merupakan hasil kepada aqidah dan ibadah. Ia juga merupakan hasil daripada niat yang betul - niat yang betul akan membawa kepada akhlak yang baik/elok.


Kepercayaan kepada Hari Kiamat adalah salah satu daripada Rukun Iman.

Rukun Iman adalah tatacara beriman kepada Allah. 

Cara dan kaedah untuk beriman kepada Alalh:

1. kenal sifat-sifat Allah

2. kenal malaikat-malaikat (tentera Allah)

3. belajar AlQuran (kitabullah) untuk faham dan aplikasikan dalam kehidupan

4. belajar dan fahami perjuangan para Nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW

5. baca dan fahami surah-surah tentang Kiamat untuk menambahkan keyakinan pada hari Kiamat.


Salah satu cara untuk kenal Allah adalah dengan mengenali hari Kiamat. Ini adalah kerana bila kita "kenal" hari Kiamat, kita akan ingat tentang balasan yang Allah sediakan untuk setiap perbuatan kita iaitu nikmat syurga atau azab neraka.


Latar Belakang Surah An Naba'








Ia merupakah salah satu surah Makkiyah, di mana ketika ini usaha dakwah Nabi Muhammad SAW adalah secara rahsia.

Ia merupakan aspek keyakinan yang asas - hidup di dunia ini adalah sementara dan yang kekal hanyalah akhirat..

Cara kita hidup di dunia ini akan menentukan kehidupan kita di akhirat kelak.

Lantaran itu, tema utama surah ini adalah penegasan tentang Hari Kiamat.

Temanya konsisten dengan surah-surah selepasnya iaitu Surah An Naziat dan Surah Abasa.

An Naziat bercerita tentang bukti-bukti (sejarah) tentang mereka yang tidak percaya/ ragu-ragu tentang Hari Pembalasan.

Manakala Surah Abasa menerangkan tentang peribadi mereka di akhirat kelak.

Terdapat satu hadis yang menyatakan bahawa pernah suatu hari seorang sahabat menegur Nabi Muhammad SAW yang telah beruban rambutnya. Jawab Nabi . "yang membuatkan ku beruban adalah, (surah) Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, Ammayatasaaalun, dan 'Abasawatawalla."

Surah An Naba' mempunyai berita yang besar,benar dan mesti disebarkan untuk menambah keyakinan kepada hari Kiamat dan berhati-hati dari segi tingkah laku (akhlak).

Kaitannya dengan surah sebelum itu , iaitu Surah Al Mursalat - keadaan di dalam neraka dan syurga, azab bagi mereka yang tidak mempercayai Hari Kiamat (Hari Pembalasan) dan juga sindiran buat mereka yang meragui tentang Hari Pembalasan.

Dalam Surah Al Mursalat, ayat 1-11 diceritakan tentang keadaan di neraka dan syurga dan

ayat ke-13, cerita tentang hari keputusan (Kiamat).

Dalam Surah An Naba', ayat 17-30, diperincikan tentang Hari Kiamat.

Surah Al Mursalat, ayat 15-17. diceritakan azab buat mereka yang tidak percaya pada hari Kiamat iaitu kaum-kaum yang mendapat azab Allah seperti  Aad dan Tsamud. Manakala bagi kaum yang terkemudian adalah Kaum Musyrikin. Ini adalah peringatan buat mereka yang sering bertanya bilakah Hari Kiamat itu.

Surah Al Mursalat di akhiri dengan sindiran buta mereka yang tidak percayakan Hari Kiamat - jika bukan pada Al Quran, pada apa mereka mahu percaya?

Manakala dalam awal Surah An Naba', ia menyindir mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat  


Segmentasi Surah   




1. Ayat 1-5

- jangan tidak percaya kepada Hari Kebangkitan

- kaum Musyrikin sangat tidak percaya/ragu-ragu tentang Hari Kiamat


2. Ayat 4-5

- cerita tentang orang yang menyesal  (tidak percaya kepada Hari Kiamat)

- penyesalan dan pengakuan mereka tentang Hari Kiamat


3. Ayat 6-16

- bukti kebesaran dan kebijaksanaan Allah (Al Mulk, ayat 15 cerita tentang bumi)

- bumi yang berpusing, gunung sebagai pasak, pasangan hidup, waktu siang dan malam, kejadian langit, matahari, hujan dan sebagainya adalah tanda kekuasaan Allah.

- Ini juga menunjukkan bahawa kehidupan manusia di dunia ini sangat singkat.

- Surah An Naziat, ayat 40, hidup di dunia ini sangat sekejap.


4. Ayat 17-20

- cerita tentang hari keputusan

- keadaan muka bumi ketika berlaku kiamat - langit terbelah, gunung ganang hancur seperti debu 


5. Ayat 21-30

- akibat buruk bagi mereka yang ingkar dan melampaui batas (diberi peringatan tetapi tidak mahu mendengar).

- mereka kekal di dalamnya - Allah berkuasa menghidup dan mematikan makhluk. Tetapi di akhirat kelak, Allah tidak akan mematikan makhluk. Maka kekallah mereka di syurga/neraka.

- Di dalam neraka, ia sangat panas, penghuninya diberikan air yang mendidih dan dari nanah yang jijik.

- Balasan ini semua untuk mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat dan ayat-ayat Al Quran.


6. Ayat 31-37

- bercerita tentang ganjaran bagi mereka yanag bertaqwa - kebun anggur, bidadari yang cantik, gelas-gelas minuman

- bagi kebaikan yanag dibuat, balasanya adalah berlipat kali ganda

- bagi setiap kejahatan yang dibuat, balasannya adalah yang setimpal.


7. Ayat 38-40

- Allah berkuasa menolak segala pembelaan dan pertimbangan, semuanya dengan keizinanNya.

- Allah ingatkan bahawa peringatan telah diberikan, maka pilihan kita untuk mahu menuju ke syurga atau ke neraka.


Kesimpulan


Tanda-tanda kekuasaan Allah sangat jelas - gunung, kejadian siang dan malam, pasangan hidup, tumbuh-tumbuhan.

Ia perlu dlihat dengan matahati.

Adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita mempercayai hari Kiamat di mana azab Allah adalah sangat berat.

Jadikan syurga itu suatu motivasi untuk beramal dan berakhlak dengan sebaiknya.

Yakin pada Allah, takuti balasan Allah dan taat pada Allah.

Sabtu, Oktober 02, 2021

Tafsir Surah An Naba' oleh Ustazah Syafawati Bt Salihan

 

🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 2/10/2021 SABTU

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#fastabiqulkhairat