Posted by Surau al-Mujahidin on Selasa, April 14, 2009 in kuliah | No comments
Antara kelebihan solawat adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud ;1. “ sesiapa yang bersolawat ke atas aku satu solawat, Allah SWT bersolawat ke atasnya 10 solawat”.
2. “sesiapa yang bersolawat ke atas aku seribu solawat, tidak akan mati orang tersebut sehingga diperlihatkannya syurga”.
3. “sesiapa yang bersolawat ke atas aku pada setiap hari Jumaat sebanyak 40 solawat, Allah SWT mencegahnya dari dosanya”.
4. “sesiapa yang bersolawat ke atas aku100 solawat setiap hari. Allah SWT akan memperkenankan 100 hajatnya. 70 dari hajatnya akan diperkenankan di akhirat dan 30 dariya akan diperkenankan di dunia”.
Kita juga sepatutnya mengelak dari rutin harian sebaik sahaja bangun tidur sibuk dengan keaiban orang lain, bukannya menjaga diri dan keaiban sendiri ini akan menyebabkan doa ditolak dan tiada rahmat padanya. Sepatutnya setiap orang Islam memberikan hak sesame muslim sebagaimana berikut;
1. Apabila bertemu hendaklah memberi salam.
2. Apabila diminta memberi nasihat, hendaklah memberi nasihat.
3. Apabila ada orang bersin hendaklah menjawabnya.
4. Apabila sakit hendaklah menziarah
5. Apabila ada orang meninggal dunia hendaklah mengiringi jenazah sampai ke kubur.
6. Apabila ada jemputan hendaklah menghadiri jemputan tersebut.
Kuliah Maghrib Ustaz Ibrahim 11 April 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan