Ahad, Mei 27, 2018

Program Ikatan Mesra Al Hikmah

Pada 15 hb. April 2018 (Ahad) yang lepas, telah diadakan suatu program yang dijayakan bersama dengan Kolej Dar AlHikmah. Persatuan Mahasiswa kolej tersebut telah mengadakan program bersama dengan Persatuan Penduduk Taman Desa Surada yang bertajuk "Ikatan Mesra Al Hikmah".

Program ini merupakan program ukhuwah antara kolej berkenaan dengan pihak penduduk taman ini yang diuruskan bersama dengan Jawatankuasa Muslimat Surau Al Mujahidin. Ianya melibatkan program gotong royong membersihkan kawasan luar dan mengecat tembok surau dan program-program bersifat Kesenian Islam bersama dengan penduduk taman ini.

Ianya bermula seawal 8.00 pagi dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan luar surau dan mengecat tembok surau. Dalam masa yang sama, aktiviti-aktiviti pertandingan yang melibatkan penduduk taman ini juga dimulakan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Tilawah AlQuran untuk kategori kanak-kanak dan remaja, dan kategori dewasa
2. Pertandingan hafazan untuk kanak-kanak dan remaja
3. Pertandingan Melaungkan Azan untuk kanak-kanak dan Remaja
4. Program Motivasi untuk kanak-kanak dan remaja
5. Program Eksplorace untuk kanak-kanak dan remaja
6. Pertandingan Mendeklimasikan Sajak berunsurkan Islam

Pemenang untuk setiap aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

A. Tilawah (Bawah 18 tahun)
     1. Auni Syadiah
     2. Muhammad Ayub
     3. Muhammad Asif  

B. Tilawah (Dewasa)
     1. Aniza Rasunan
     2. Dr. Nazariah
     3. Nor Mariah

C. Hafazan
     1. Auni Syadiah
      2. Amir Syakirin
     3. Muhammad

D. Sajak (Bawah 18 tahun)
    1. Nur Fasehah
    2. Nur Izyani Saafia

E. Sajak (Dewasa)
    1. Pn. Syarifah Norazlin
    2. Dr. Nazariah
    3. Pn. Rahimah

F. Azan
  1. Mujahid
   2.Ammar
   3. Muhammad Iskandar

Setiap peserta mendapat hadiah yang lumayan.Manakala bagi yang tidak berjaya mereka telah diberikan hadiah saguhati

Program berlangsung dari waktu pagi sehinggalah malam. Di mana selepas Isyak, telah diadakan majlis penyampaian hadiah dan jamuan ringan

Diharapkan selepas ini akan ada lagi program yang seumpama ini dijalankan..















Jamuan Berbuka Puasa bersama Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah

Pada 20 hb. Mei 2018 (Ahad ), bersamaan 4 Ramadhan 1439H, pihak Ahli Jawatankuasa Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan jamuan berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Ruqaiyah, Sungai Merab Luar.

Program ini telah diadakan bermula pada pukul 6.20 petang dengan ketibaan anak-anak yatim ini beserta dengan guru-guru pengiring di Surau Al Mujahidin. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Al Mujahidin, Ustaz Shukor Mohd. Atan.

Dalam program tersebut juga, sumbangan telah disampaikan kepada anak-anak yatim ini dan juga kepada pengurusan sekolah melalui kutipan sumbangan yang telah dilakukan.  Kutipan sumbangan ini pada awalnya berjumlah hampir Rm2500.00. Walau bagaimanapun, ia meningkat menjadi lebih kurang RM3,000.00 pada malam hari program tersebut berlangsung.

Selepas penyampaian sumbangan dilakukan, semua hadirin telah diminta untuk membaca Al-Mathurat. Kemudian, sesi beramah mesra mengambil tempat, sementara menunggu azan Maghrib berkumandang. Jamuan berbuka puasa pada hari tersebut adalah ditaja oleh pihak AJK Muslimat Surau AlMujahidin.Solat Maghrib berjemaah dan jamuan makan bersama dilakukan selepas itu. Program ini berakhir pada pukul 8.00 malam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pusat pengurusan Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Ruqaiyah ini yang sudi menerima jemputan kami. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pemberi-pemberi sumbangan yang bermurah hati menyumbang untuk program ini dan juga untuk penghuni pusat jagaan ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya....








Jumaat, Mei 25, 2018