Memaparkan catatan dengan label Lajnah Muslimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lajnah Muslimat. Papar semua catatan

Ahad, September 25, 2022

Jualan Buku As-Syifa dan Al Asma Al Husna oleh Penerbit Surau Al Mujahidin

Jualan Buku As-Syifa dan Al Asma Al Husna oleh Penerbit Surau Al Mujahidin 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam dan tuhan yang maha penyayang dan pengasihani terhadap makhluknya. Selawat dan salam atas junjungan nabi kita nabi Muhammad SAW kerana dengan usaha dan tabahnya baginda dalam menyampaikan wasilah agama Islam dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Buku kecil ini disusun untuk menyempurnakan sebahagian hidup kita yang kadang kala kita alpa dan tenggelam dengan hal-hal duniawi. Dengan disebabkan itu kita sering menjadi tidak terkawal oleh emosi dan hawa nafsu sendiri. Sebahagiannya pula akan mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi seperti darah tinggi, depresi dan sebagainya. Untuk itu buku ini disusun dengan harapan dapat membantu mencantikkan rutin harian dan supaya setiap amalan harian kita mendapat keredhaan Allah. Isi kandungan buku ini mempunyai Asmaul Husna, ayat Manzil dan doa-doa pilihan yang mana dengan izin Allah SWT ia akan dapat memberi ketenangan dalam jiwa dan makin dekat kita kepada Allah makin Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. 


[Buku Terbitan Kali Kedua]


[Kulit Buku dan Jadual Kandungan]

Kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kelemahan di dalam buku ini kerana kami insan biasa dan masih belajar dalam memperoleh keredhaan Allah SWT juga. Dengan itu kami berharap dengan buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk didunia dan akhirat. Tidak lupa kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, keluarga, sahabat dan ahli jawatan kuasa Surau al-Mujahidin yang telah mendukung bersama hingga dapat diterbitkan buku ini.

Hasil Jualan Buku RM20 senaskah ini disalurkan sepenuhnya ke Tabung Pembangunan Surau AL Mujahidin. Kami turut menyediakan jualan e-book. Kepada mereka yang ingin menempah, boleh menghubungi melalui emel masjidalmujahidin@gmail.com,  atau ajk lajnah ekonomi norhayatisulaiman3@gmail.com

Nama Penerima: Surau Al Mujahidin Surada 
Nama Bank: Bank Muamalat (Cawangan Bandar Baru Bangi) 
No akaun: 12100001120710

Perancangan Pembangunan bagi Kompleks Pendidikan Islam Surau Al Mujahidin


[Majlis Pelancaran Buku As Syifa dan Al Asma Al Husna]






[Buku Terbitan Pertama telah habis dijual]


Ahad, September 26, 2021

Kepimpinan Wanita Dalam Keluarga oleh Dr. Adawiyah bt Ismail

 🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 26/9/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#fastabiqulkhairat


Catatan penting bagi Kepimpinan Wanita Dalam Keluarga oleh  PM Dr A'dawiyah Bt Ismail:

  1. Kita semua adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
  2. Semuanya mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
  3. Apa yang kita lakukan / cuba lakukan , akan ditanya oleh Allah dan diberi ganjaran tertentu di akhirat kelak.
  4. Perlu pastikan orang di bawah tanggungan kita untuk ikut segala perintah Allah dan tinggalkan laranganNya.
  5. Ini adalah untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
  6. Kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan termasuk atas kejadian kita yang mempunyai kekuatan dan kelebihan sebagai wanita berbanding lelaki.
  7. Jika digunakan dengan cara yang baik/ untuk jalan-jalan kebaikan, Allah tidak akan sia-siakan.
  8. Isteri merupakan teman hidup/ pelengkap kehidupan suami 
  9. Fitrah dan kejadian Wanita sangat sesuai untuk mendidik dan melindungi anak-anak dan keluarga.
  10. Kita kena patuh kepada perintah Allah, baru lah kita boleh memimpin ahli keluarga kita.
  11. Cara isteri bantu suami - betulkan/ tegur kesilapan/ kesalahan suami, ingatkan hal-hal tentang agama, bantu tambah keimanan suami.
  12. Cth bantu tambah keimanan suami - ajak berbuat kebaikan/ kebajikan, lakukan apa yang Allah suka dan redha ( solat-solat sunat, puasa sunat, bersedekah, amal kebajikan).
  13. Isteri boleh pengaruhi suami melakukan perkara-perkara yang baik dari segi agama, jaga rahsia rumahtangga, tingkatkan daya juang suami (beri motivasi, sokongan). 
  14. Isteri akan dapat ganjaran dari Allah jika menyokong dan redha dengan perjuangan dan pengorbanan suami.
  15. Isteri juga perlu sentiasa melindungi dan menjaga suami dan keluarga.
  16. Sayyidina Khadija - seandainya tulang temulang ku ini masih lagi berharga untuk berjuang ke jalan Allah, maka jualkan lah Ya Rasullullah.
  17. Cara sekarang - sedekah duit, beri barangan kepada orang yang memerlukan - pakaian yang masih elok, makanan etc.
  18. Allah akan tambah rezeki mereka yang berinfaq dalam pelbagai bentuk - rezeki, kesihatan, rakan-rakan yang baik etc.
  19. Keimanan wanita solehah dahulu sangat kuat - bantu suami berjuang untuk tingkatkan martabat ummah.
  20. Orang yang sebegini - menyokong perjuangan suami, tanda-tanda penghuni syurga.
  21. Ibu perlu bentuk dan jaga akhlak anak-anak.
  22. Pantauan perlu lebih dalam keadaan sekarang yang mana gajet mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak. 
  23. Kena ingatkan kesan negatif yang banyak terdapat di luar sana.
  24. Sabda Rasullullah saw - wanita merupakan pemimpin rumahtangga suami.....
  25. Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar kepada keluarga.
  26. Perlu cari ilmu, fahami, hayati dan sampaikan kepada ahli keluarga supaya keluarga menjadi informatif dan berilmu.
  27. Ini boleh melindungi ahli keluarga dari gejala yang tidak baik/ kejahilan
  28. Orang yang jahil mudah diambil kesempatan oleh orang lain
  29. Banyakkan amalan untuk bekalan akhirat - solat, baca AlQuran.
  30. Seeloknya buat secara berjemaah bersama keluarga yang baik dalam keluarga akan melahirkan anak-anak soleh.
  31. Membimbing suami supaya menambah keimanan suami seperti mengamal solat sunat, melakukan kebajikan, dengan memberi pesanan secara konsisten.
  32. Isteri boleh mempengaruhi suami untuk melakukan kebaikan dan menyembunyikan keaiban keluarga.  










Ahad, September 05, 2021

Sumbangan RM9K Kepada Anak Yatim Mangsa Covid & Kritikal oleh Qariah Surau Al Mujahidin

 [SAM]🌺 Pelancaran dan Penyerahan Kutipan Anak2 Yatim Mangsa Covid 19 dan musibah lain. 

Laporan ringkas kutipan derma bagi anak-anak yatim mangsa COVID atau kritikal. Semenjak iklan sumbangan diumumkan, pihak surau telah menerima sambutan yang luar jangkaan dari penduduk setempat mahupun luar qariah. Sejumlah 112 orang penderma budiman telah menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan lot yang ditetapkan iaitu 1 lot bersamaan RM20. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM9000. Terima kasih  dan syabas kepada penyumbang dari muslimat Qariah Surau Al Mujahidin khasnya, sahabiah luar  serta AJK Kebajikan khususnya Pn Kasma Kasbi yg membantu mengumpul sumbangan  tersebut.  Pihak ajk telah mengenalpasti penerima-penerima dari guru-guru sekolah, ajk persatuan penduduk dan maklumat penghuni kampung tersebut dengan mendapat pengesahan dari pihak ketiga. Oleh itu, seramai 9 keluarga dikenalpasti dan ia diagihkan sama rata dengan RM1000 oleh 1 keluarga.

Jumlah terkumpul:     RM9000

Penerima                 9 Keluarga

Agihan sekeluarga:     RM1000


Berikut adalah SEMBILAN penerima sumbangan:

1) 7 org anak yatim di Sg Ramal Dlm

Balu: Siti Azimah Tajuddin (CIMB 7065548933)

2) Seorg anak (Arwah Ilias meninggal komplikasi jantung)

Balu: Akmal Nadirah bt Ali (BIMB 12207020257190)

3) 3 org anak yatim 38/12   Taman Desa Surada

Balu: Iryani 

4). 12 org anak yatim di Tmn Tenaga (ayah meninggal)

Balu: Kamisah Hassan (BSN 1013841000110484)

5). 5 org anak yatim (ayah meninggal sbb covid) diTaman Cheras Jaya

Balu: Suziana Zainun (Maybank 11202816161649)

6). 8 orang anak yatim piatu  (Kedua ibubapa meninggal mangsa Covid19)

Waris: Nur Amalina (Maybank 15211008165012)

7). Zulizawah bte Roslan (Maybank 162021398776)

8).  Anak yatim 3 orang mangsa covid 19

Balu Amyliatul Ainaa

9).  Anak yatim 6 orng berumur  6 bulan - 16 thn

Balu Fadhilah tidak bekerja.


Bukti transaksi yang telah dibuat kepada 9 keluarga boleh dirujuk di bawah:








🍀PELUANG BERINFAQ KEMBALI LAGI. AJK muslimat Al-Mujahidin (UNIT KEBAJIKAN) kali ini melancarkan TABUNG INFAQ UTK ANAK2 YATIM yg telah dikenal pasti memerlukan sumbangan. 

Cuma RM20 untuk 1 lot

Sumbangan terkumpul dalam masa 2 minggu ini akan disalurkan kpd 9 keluarga sahaja DAN sumbangan/infaq akan datang akan disalurkan pd keluarga yatim yg lain pula.

-Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kasmah atau Kak Ijan  - Semoga usaha ini berterusan insha ALLAH.

🍀🍀🍀🍀🍀

Senarai Penyumbang Qariah Surau Al Mujahidin dan sahabiah luar adalah seperti berikut.

1. Rokiah  - 1 lot✅
2. NAB - 5 lot ✅
3. Kasmah - 1 lot✅
4. Meriam -  1 lot✅
5. NS - 2 lot✅
6. Salina - 1 lot ✅
7. Sarimah 5 lot✅
8. Mariani - 1 lot✅
9.Sharifah-3 lot
10. Guru prihatin 5 lot✅
11. LA 5 lot✅
12. SM  - 1 Lot✅
13. Mus -1 lot✅
14. Anum - 3 lot ✅
15. Sue - 1✅
16. Midah - 5 lot✅
17. Nisah - 5 lot✅
18. Norzaini - 3 lot ✅
19. Ita  - 5 lot✅
20. Noi - 5 lot✅
21. Zam-3 lot✅
22. Aida - 5 lot✅
23. Ani - 3 lot✅
24. cikgu nor - 5 lot✅
25. Rozilah - 10 lot. ✅                                      
26. Saudah - 5 lot✅
27. Faridah  - 10 lot✅
28. Norsyerina -1 lot✅
29. RA...10 lot✅
30. K.ani -5 lot✅
31. Huda - 3 lot✅
32. Yati M - 3 lot✅
33. R. Noraini - 5 lot✅
34. Laila - 5 lot✅
35. Zue- 3 lot
36. Najwa - 3 lot✅
37. Zulzai - 5 lot ✅
38. HA - 3 lot ✅
39. Rohaini - 5 lot✅
40. Hayati - 3 lot
41. WM -  2 lot
42. Normala - 2 lot✅
43. Jy - 5 lot✅
44. Ks - 6 lot✅
45. Jr - 3 lot✅
46. SW - 10 lot✅
47. Keluarga Hasnah - 3 lot✅
48. Yati 5/3 - 2 lot✅
49. SRA 28/12 -  1 lot✅
50. RAB 26/11 - 1 lot ✅
51. Ib - 5 lot✅
52. JAM - 5 lot✅
53. Mama Jah - 5 lot✅
54 8/5- 2 lot
55. J/14 - 3 lot ✅
56. AMG- 5 lot✅
57. Ngaji - 8 lot✅
58. Rma - 1 lot✅
59. AA   -  3 lot ✅
60. 38/14 - 2 lot✅
61.Yati 7/4 - 5 lot✅
62.ANK - 3 lot✅
63. 16/3 - 1 lot✅
64. 4/10 - 5 lot✅
65. Ammar - 2 lot ✅
66. HA jln 11 - 10 lot✅
67. 44 jln 11 - 2lot ✅
68.kak ani 1 lot ✅
69. HA - 5 lot✅
70. Ramlah Midon 5 lot ✅
71. Masharita 5 lot ✅
72. Norizah 1 lot✅
73. Suzana 5 lot✅
74. WMWO 10 lot ✅
75. Ain 1 lot ✅
76. AN 2 lot ✅
77. Cikgu Ras 10 lot ✅
78. Cikgu 3 lot ✅
79. Ina 5 lot✅
80. Halimah 5 lot✅
81. Jamilah  6 lot✅
82. Hjh Hafizah 5 lot✅
83. KNgah  5 lot ✅
84. Cyda 5 lot ✅
85. Anak hjh S 1 lot✅
86. Hjh Aziah 3 lot✅
87. Izah  5 lot ✅
88. Hamba Allah    5 lot ✅ 
89. Amme 3 lot✅
90. RM  5 lot ✅
91. MariahN  1 lot ✅
92. Linda  - 2.5 lot✅
93. Cikgu Anum 5 lot ✅
94. Suzana  - 5 lot
95. Zuliza - 10 lot✅
96. Jun - 2 lot✅
97. Dayah - 1 lot ✅
98. Dr Naza - 1 lot✅
99. Bostariah- 3 lot ✅
100.KY-5lot✅
101. Cikgu Az - 3 lot✅
102. Zai  - 5 lot✅
103. Knoor  -5 lot✅
104. HambaAllah - 1.5 lot ✅
105. Nor  - 10 lot ✅
106. kak zai - 5 lot ✅
107. Cikgu Arpah - 2 lot ✅
108. Dina Azraf 6 lot ✅
109. Mer - 1 lot
110. Sumi -  5 lot


Terima Kasih Daun Keladi,

Bersihkan Rezeki Berbakti Lagi. 


“Ya Allah jadikanlah setiap sen yang mereka infaqkan itu, Engkau gantikan dgn rezeki yang melimpah ruah”  

Amin 


Unit kebajikan

Muslimat Al-Mujahidin

Taman Desa Surada

3 September 2021

Ahad, Ogos 29, 2021

LIVE TALKSHOW: ERA ENDEMIK COVID 19 - APA BOLEH SAYA BANTU OLEH DR LAILA MASTURA AHMAD APANDI




 🌹Assalamualaikum wbt. 🌹

🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

🔊 PROGRAM : MAJLIS BACAAN SURAH AL MULK DAN LIVE TALKSHOW 

📍PROGRAM KESIHATAN 📍

🇲🇾TAJUK: ERA ENDEMIK COVID 19 - APA BOLEH SAYA BANTU

🧕🏻 PANEL JEMPUTAN :

Dr Laila Mastura Ahmad Apandi

Pakar Perubatan Radiologi 

Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

Pakar Perubatan di Hospital UPM dan Hospital Serdang

📅 TARIKH: 29/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱 GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

🌹TENTATIF PROGRAM🌹

9.30 pagi:  Bacaan Surah Al Mulk

 (Ustaz Rosli bin Jusoh)

9.45 pagi: Ucapan Pengerusi/Wakil  PPDS dan Taklimat ringkas berkaitan  Covid 19 di Taman Desa SURADA (Tn Hj Omar) 

10.00 -11.00 pagi : Slot bersama Dr Laila Mastura

SESI SOAL JAWAB

BERSURAI

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#KITATAHUKITABANTU




Tips oleh Dr Laila :

1. Pakai 2 mask dengan ketat.
2. Pesakit Positif tidak bergejala letak di dalam bilik berasingan selama 10 hari
3. Bilik berasingan sesuai mempunyai bilik air atau paling besar, dan paling banyak tingkap dan buka dan beri servis bilik.
4. Sedia plastik sampah yang tidak koyak, diikat baju selang sehari. 
5. Jika kongsi tandas, bersihkan menggunakan sodium klorin, pakai mask & face shield. 
6. Pesakit Berisiko tinggi perlu maklum   ahli keluarga dan kejiranan supaya dapat membantu tindakan susulan.
6. Beli oksimeter, disinefect , sijil NDA mengikut piawai, simpan di surau/ppds
7. Menjangkiti covid boleh beberapa kali
8. Covid19 delta - 5 minit telah boleh berjangkit
9. Covid19 biasa - 30 minit selepas baru boleh dijangkiti
10. Sekira sekeluarga positif, masih perlu tidak boleh bergaul, virus load akan bertambah kpd pesakit lain
11. Sekiranya ingin siram pokok bunga jika kuarantin tetapi buat waktu tiada orang
12. Beli makan luar dibenarkan tetapi jaga 
13. Lap sentiasa handphone dgn alkohol 

Sarimah Yusoff
10:17
Bagaimana kena teruskan kehidupan dgn covid.
Sharif Ishar
10:22
Alamat di IC rumah lama saya tetapi saya dah pindah awal tahun ini...adakah saya kena bagi tahu pd penghuni rumah alamat lama kena qurantine juga
Zaiton Abdul
10:42
Kalau pernah kena covid 19, boleh kena lagi? Setahu saya immuniti dia orang lebih kuat selepas sembuh dari covid 19.
You
10:57
Boleh semak mysejahtera > helpdesk > kemaskini profil
OMAR KAMAL
11:02
as salam, maaf left dulu sbb ada urusan di luar
ARISSA HUMAYRAA BINTI AZRAF
11:04
kit covid
Col Abd Samat Shariff
11:17
Betulkah cengkih mencegah covic 19?
sharipah Kamis
11:20
As salam dr laila just nak tanya banyak kita dapat info amalkan minum lemon suam selalu elok ke bagi yg tidak kena covic .
OMAR KAMAL
11:22
virus covid x masuk melalui telinga ka Dr
Sharif Ishar
11:23
Baby baru lahir tetapi salah seorang keluarga kena covid-19 kena sub test jugak ke Dr.t.k
Norhayati A Manan
11:24
air kelapa campor garam dan lemon betul ke elok
Suriati Paiman
11:24
swab tu
Col Abd Samat Shariff
11:25
Kerajaan Australia dan UK dah lulus ubat Ivermatcin kenapa kerajaan Malaysia tak lulus?
Nurziana Yaya
11:25
Dr ..sy duduk rumah flat tingkat bawah sekali..waktu kuarantin boleh ke buat aktiviti siram pokok bunga di luar rumah sy?.
ARISSA HUMAYRAA BINTI AZRAF
11:26
Jika kuarantin dlm bilik. org yg nak servis bilik tsbt perlu pakai plastik putih yg jipis tu ke? cthnya nak cucii bilik air guna cecair apa yg sesuai? dettol atau sabun cuci shj dah cukup
OMAR KAMAL
11:26
covid x berjangkit melalui makanan ke Dr
ARISSA HUMAYRAA BINTI AZRAF
11:26
Oximeter ada beli dah tapi harga rm30 je mcm nak tau oximeter yg bagus
Zaiton Abdul
11:26
Kami sering letih sebab lepas kena covid. Bagaimana hendak atasi
ARISSA HUMAYRAA BINTI AZRAF
11:27
utk yg beriadah, jogging main bola mcm mana pula penjagaannya?
Nurziana Yaya
11:30
Faham..terima kasih dr..
Ruzana Abdullah
11:31
Jiran saya.. bapa dh habis kuarntin di MAEPS lbih kurang sbln..tiba2 ank positif. Adakh kmungknan dpt dri si bapa.
LAILA MASTURA BINTI AHMAD APANDI / MEDIC
11:33

Ahad, Ogos 22, 2021

Memupuk Qalbun Salmi oleh Prof. Madya Dr Salasiah Hanim Hamjah, UKM


 🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 22/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#fastabiqulkhairat

Slaid penuh kuliah Dhuha dalam bentuk video
















Tips dan catatan penting dari kuliah hari ini:

1. Cara marah yang sihat pada orang ketika waktu, kadar, dan kesalahan yang tepat.
2. Cara mengatasi kesedihan dengan mencariAllah dan melihat nikmat Allah.
3. Sikap mengeluh kekadang berlaku tanpa diduga dengan menenang diri kita dengan beristighfar.
4.  Lupa bahawa ujian hanya pada pedihnya luka, bahkan ADA gelak ketawa.
5. Sesuatu yang kita hendak tetapi Allah tidak menunaikan kerana ada hikmahnya. 
6. Redha dengan kematian covid kerana mereka syahid akhirat. 
7. Semoga kematiannya itu dapat mengakhiri penderitaan dan kesakitannya.
8. Cara membentuk hati yang lembut: 
  • Bangun malam, qiamulail, mengadu depan Allah dimana TUJUH Golongan mendapat naungan Allah termasuk mereka hidup malam hari dengan mengingatkan Allah.
  • Membaca Al-Quran dengan menangis
  • Banyak Zikir
  • Mengingat kematian
9. Jiwa Tenang dengan bersyukur
10. Cinta sahabat dengan mencari sahabat kita membuat ketaatan kepada Allah, pegang erat orang-orang begini. Kena mereka mempunyai syafaat untuk membantu kita di akhirat/syurga nanti.
11. Pesanan Imam Shafie: ciri-ciri yang tawadhu' iaitu:
12. Cuba melihat unsur-unsur lain seperti gangguan, buat baca zikir dan buat penawar untuk diri kita

13. Baca selawat adrikiyah/adrikiah






















Ahad, Ogos 15, 2021

JALAN PINTAS MERAIH CINTA AGUNG OLEH USTAZAH ROSE ALIZA

🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 15/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama 

#salammaalhijrah

                                             




Tips bagi Istighfar & Taubat : Jalan Pintas Meraih Cinta Agung:
  1. Meminta maaf sejurus apabila merasa gusar dan tidak meneruskan perbuatan keji
  2. Dosa besar (Allah menyebut dalam hukuman hudud spt zina, syirik, sihir, tidak taat kepada suami, menukar jantina, fitnah, berjudi, menipu timbangan, makan harta anak yatim, meramal nasib. tabarruj berlebihan, tinggal solat jumaat tanpa alasan) akan mendapat kemurkaan Allah.
  3. Dosa kecil (Contoh  melihat lelaki dan wanita bukan mahram, bermain sesuatu yang melalaikan, berpuasa pd hari terlarang, bertengkar kerana menegakkan pendapat ).
  4. Teknik memohon keampunan kepada Allah iaitu Bertaubat Nasuha dan beristigfar serta tidak rasa berputus asa serta yakin Allah akan mengampunkan dosa kita, bersedekah dijadikan tabung di akhirat, berbuat kepada kedua ibubapa kita jika anak-anak kita tidak menghormati kita kerana tabiat adalah bersifat resiprokal.
  5. Hikmat taubat & istighfar akan meningkatkan keimanan kita. Allah akan menggantikan dosa kita sebagai pahala. Kita juga dapat mengalahkan syaitan yang suka menghasut manusia spt melengah-lengahkan buat kebaikan. Allah memurahkan rezeki orang yang bertaubat, mendapat cinta agung dari Allah. Allah akan memberi ilham dan mendorong sesuatu kebaikan kepada kita. Allah lebih gembira apbila kita bertaubat.  
  6. Lafaz penghulu istghfar  seperti amalan Al-Mathurat. 
  7. Maafkanlah kesalahan orang lain untuk memasuki syurga walaupun sebesar mana dosanya. Jika pilih untuk memberi  kemaafan, maka syurga milik kita. Elak dengan emosi ego, dendam, bongkak, menegak benang yang basah, emosi-emosi ini boleh menyebabkan stress atau tekanan perasaan akan meningkatkan aderanilin menyebabkan kita mudah mendapat penyakit, seperti kanser, menyebabkan sistem imunisasi semakin rendah, 
  8. Bersedekah adalah satu amalan yang boleh meningkat tabung akhirat.

Doa penenang jiwa dikongsi oleh Ustazah Rose Aliza seperti berikut:

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Artinya :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penderitaan, daripada takdir yang buruk & daripada keberhasilan musuh (gembira atas kejatuhanku)

 

 

 

 

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Artinya :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”

 

 

 

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ  

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMu daripada sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang”