Sabtu, Mac 11, 2023

Hiking Mujahiddin GenZ di Eco-Park Tekala pada 14&15 Mac 2023

 



Terbuka kepada Remaja Lelaki dan Perempuan berumur 9 tahun ke atas. 



Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Idris berkongsi ilmu dalam Daurah Istiqbal Ramadan



Catatan: 
  1. Tujuan bulan Ramadhan diadakan ialah bulan untuk menghampus dosa manusia.
  2. Jadikan Syaaban sebagai bulan persiapan dan persediaan untuk Ramadan
  3. Merancang membuat kebaikan dalam bulan Ramadhan.
  4. Memperbetulkan bacaan dengan mengulangkaji belajar tajwid supaya kita dapat membaca dengan sangat baik pada bulan Ramadhan.
  5. Muhasabah dengan meningkatkan bacaan Al Quran secara tadarus, bilangan khatam Al-Quran, menghadiri masjid yang lebih lama solatnya, meningkatkan sedekah dan  mengejar Lailatul Qadar dalam Ramadhan. 
  6. Memberi makan kepada orang berbuka puasa dengan makanan yang lebih baik daripada tahun lepas. 
  7. Matlamat kita pada bulan puasa untuk membebaskan diri kita dari neraka dengan meningkatkan taqwa.
  8. Halangan orang bertaqwa adalah nafsu.
  9. Maka Allah jadikan bulan puasa untuk mendidik nafsu.
  10. Didikan Nafsu Praktikal iaitu ibadat qiamulail, tadarus, sedekah, terawikh dan memberi orang membuka puasa. 
  11. Jika kita merancang, kita mungkin akan capai 80% dari keseluruhan amalan praktikal mendidik nafsu. 
  12. Dua kategori iaitu siam dan qiam, baru lahir taqwa.  
  13. Siam adalah menahan, Qiam adalah bangun buat.
  14. Amalan mesti berasaskan ilmu dan iman. 
  15. Basir - orang yang sangat tajam penglihatan tak perlu pakai cermin mata. 
  16. Tengok masalah, cakap masalah, bertindak untuk selesaikan masalah.
  17. Konsep Ilmu dan taubat- diamalkan pada tika beramal Didikan Nafsu Praktikal.
  18. Al Quran 30 Juzuk tiada pada zaman Nabi. 
  19. Alquran dipecah mengikut surah pada zaman sahabat Rasulullah SAW.
  20. Membaca AlQuran dengan memahami terjemahannya.

🌹السلام عليكم ورحمة الله 🌹

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ ، امين

MasyaAllah bertuahnya bila Allah menjemput kita untuk berada di bulan Ramadan.

Tapi, adakah kita benar-benar bersedia untuk merebut keistimewaan bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan pembebasan api neraka ini?

Dijemput Muslimin & Muslimat ke Program Daurah Istiqbal Ramadan

Forum Muhasabah RamadanDimana Diriku, Semasa dan Selepas Ramadan.

📅 : 11 Mac 2023, 18 Syaaban 1444H , (Sabtu)

⏰ :  8.30 - 11.30 pagi

🕌 :  Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada  Seksyen 8,  Bandar Baru Bangi

👳‍♀️👳‍♀️Panel : Ustaz Zul Ramli M  Razali dan Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan amalan menjelang Ramadan.

Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat & FB live disediakan  https://www.facebook.com/100063543790336/posts/pfbid02AUqwrXeEZPwVBdavFArvco5SbEe6jm24UPmUhQWzLjbaZzR9g9wHBFvQGacpuCZl/

Anjuran : Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)

Kerjasama: Surau Al Mujahidin Desa Surada Bangi & Persatuan Kebajikan Wanita Selangor *( BAKEWANIS )

In Syaa Allah 

Jumpa di sana.. 🤗