Ahad, Februari 21, 2021

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN KHAS PELAJAR SPM 2020

Hari : Khamis mlm Jumaat
Tarikh : 18 Feb 2021
Masa : 8.00 mlm

Majlis akan diadakan selepas Solat Maghrib malam ini secara online di Surau AlMujahidin. Para ibubapa dan ahli kariah boleh mengikutinya bersama2 di talian LIVE FB Surau AlMujahidin

Mohon sama2 kita doakan agar pelajar2 ini diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan dan seterusnya berjaya menjawab dengan cemerlang:

1.Nur Hanani
2.Muhamad Amir Haziq
3.Muhammad Imanuddin
4.Muhamad Aiman
5.Majdah
6.Muhammad Danish Akmal
7.Hajar Ruzainah
8.Awatif
9.Nurdianalillah
10.Husna Hadierah
11.Muhammad Arif Fahmi
12.Muhammad Ramiz
13.Muhammad Adam
14.Nurul Jannah
15.Nurul 'Izzah
16.Balqis Safiah
17.Maimunah
18. Nabil Zafran
19. Muhammad Hafidz
20. A D Syafiq
21. Ubayd bin Luqman
22. Nur Aliah
23. Nur fatini
24. Inas Bambang Eirman
25. Fadlan Hadari

Link Live  FB akan dihantar ke grup WhatAps Surau sebelum majlis bermula

Ikhlas Daripada
AJK Surau AlMujahidin


Sedikit ole2 dari pihak surau buat para pelajar.
Terima kasih pada yang menghulurkan sumbangan.







Majlis Bacaan Yassin dan Program Kesedaran Penyakit Wanita oleh Dr Anita Rina Ali, Pakar Wanita & Perbidanan, Hospital Kajang 21 Feb 2021, 9-11am



Tips kesihatan Wanita

Dr Anita menyarankan kita buat pap smear at least 3 tahun sekali atau setiap tahun.

Wanita boleh memohon untuk membuat ujian HPV supaya penyakit ini dapat dikesan awal sekiranya ada risiko kanser.

Doktor juga sarankan supaya kita mencatat kitaran haid untuk sendiri dan anak-anak.

Antara masalah haid yg sering berlaku:
1. Amenorrhoe (haid tak datang)
2. Menorrhagia (haid yang panjang dan banyak)
3. Aasalah haid tak menentu
4. Turun darah antara pusingan haid
5. Senggugut

Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah di atas berlaku. Sentiasa tanya anak-anak juga jika ada masalah ini.

Ada beberapa penyakit wanita yang perlu diketahui iaitu:

1. PCOS- (Polycystic Ovarian Syndrome) biasanya doktor sebut P. C.O.S bukan pikos
- terjadi bila telur tidak membesar dan tak pecah juga menyebabkan sukar pregnant

2. Fibroid
- biasanya 10% wanita mengalami fibroid
- boleh dikesan melalui scan (biasanya dikesan semasa mengandung semasa dr buat scan)
- boleh menyebabkan period heavy jika fibroid di dinding rahim atas
- bila terlalu besar baru perasan juga boleh menyebabkan sukar mengandung
- byk disebabkan faktor keturunan

3. Polyp
- terjadi kulit terlebih atau tisu terlebih
- tak bahaya
- boleh menyebabkan period tak menentu dan banyak

4. Kanser
- Ada kanser servik pintu rahim, kanser rahim dan kanser ovari
- Kanser rahim boleh dikesan awal
- Kanser ovari biasa dapat dikesan lambat
- Kanser servik pula biasanya disebabkan virus HPV (Human papillome Virus) paling bahaya antara punca penyebab kanser servik
- Kita boleh mohon untuk melakukan ujian pap smear dan test HPV  dan biasanya anggaran kos sebanyak RM100++.
- Warts- mcm bintik-bintik kutil dan merbahaya sekiranya mengandung kerana boleh memberi kesan kepada bayi.

Kanser ni ambik masa bertahun2 baru dia jadi. jarang berlaku jika kita dah check tahun ini pap smear negatif tetapi tahun depan terus kanser kecuali kanser itu tahap aggresif

Oleh itu, pencegahan awal boleh dilakukan seperti mengambil vaksin HPV pun ada seeloknya untuk yg belum berkahwin lagi sebelum berkahwin. Jika dah kahwin, HPV kurang berkesan. 

Cara Pencegahan dan pengesanan awal adalah seperti berikut:

(a) Kanser rahim
- boleh dikesan diperingkat awal melalui papsmear
-sintom period banyak, bleeding
-risiko pd org yg ada obesiti, yg berusia, ada keturunan, period lebih awal usia

(b) Kanser ovari
- tiada sintom
- boleh dikesan melalui scan atau ujian darah
- risiko kpd yg berusia, ada keturunan, period awal 

(c) Fibroid
- 10% drpd wanita 
- saiz fibroid boleh kecil, saiz besar atau ada pula berkuantiti banyak
-boleh menyebabkan period heavy atau datang banyak
-biasanya dikesan bila saiz membesar dan sewaktu scan semasa mengandung

(d) Endometriosis
- sukar bagi doktor untuk merawat walaupun ia tidak bahaya.
-boleh menyebabkan cyst
-period pain (senggugut)
- sukar mengandung

(e) PCOS
- ada pesakit yg mempunyai hormon lelaki tinggi sikit
- ada bulu2 cth misai dan janggut 
- sering gugur rambut ( tak semesti semua gugur rambut disbbkan pcos ye)
- rasa sakit
- risiko bagi orag yang gemuk
- period tak teratur

💗💗💓💝
- Infeksi dinding rahim
- tiub folopio besar (mcm bengkak)
- selalu kena pada yg umur 20 an
-kena bedah untuk memecahkan nanah
- tiub folopia adalah laluan utk sperma berjumpa dgn telur. Jika rosak, tak boleh mengandung

Apa yang perlu kita buat?
- check kitaran haid 
- jaga kebersihan, jgn douche (tak perlu membersihkan faraj atau kemaluan dgn feminine wash)
- kawal pengambilan gula, yang obesiti perlu turunkan berat badan dan bersenam
- lakukan pap smear atau ujian HPV
- Garam galian yg cukup (magnesium, kalsium) bila tak cukup boleh menyebabkan keletihan, kemurungan
- latihan keegle atau kemut seperti tahan kencing dengna kekerapan 10 kali ketika rehat, duduk, baring dan lain-lain. Semasa terkencing cuba tahan supaya kencing keluar sedikit demi sedikit sehingga habis
- Elak wanita mengangkat barang yang berat untuk menjaga kesihatan rahim.
- Elak duduk dalam tandas terlalu lama