Jumaat, Disember 31, 2021

Sumbangan RM15K dari Qariah Surau Al Mujahidin Buat Mangsa Banjir Selangor dan Pahang

Jumaat 31 Dis 2021, pihak AJK Surau Al Mujahidin telah berjaya mengumpul duit sumbangan banjir sebanyak RM15,100 sepanjang minggu lalu dan hari ini. Bagai aur dan tebing, ribuan terima kasih diucapkan kepada dermawan dari Qariah Surau Al Mujahidin yang sungguh prihatin terhadap musibah yang menimpa oleh rakyat Malaysia pada 18 sehingga 20 Disember 2021 lalu.   Duit sumbangan tersebut telah dipersetujui oleh AJK Surau untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri Selangor dan Pahang yang amat terkesan akibat kehilangan harta benda secara menyeluruh. Mohon rujuk Lampiran Minit Mesyuarat Agihan Bantuan Banjir bertarikh 28 Disember 2021. Lawatan tapak oleh AJK Surau Al Mujahidin telah dibuat pada  22 Disember 2021 di sekitar Hulu Langat. Rata-rata menunjukkan penduduk setempat dan beberapa kumpulan insan atau sukarelawan dari pelbagai NGO, persatuan, universiti, pemerintah setempat dan penguatkuasa bertungkus membersihkan timbunan pasir dan selut yang masih menyelubungi harta-benda penduduk di situ. Keresahan penduduk setempat kelihatan semakin pudar apabila bantuan duit dan tenaga pembersihan dilaksanakan secara gotong-royong. Qariah Surau Al Mujahidin mendoakan penduduk yang terkesan akibat banjir akan terus dipermudahkan segala urusan pembersihan. Di samping itu, semoga peristiwa ini dapat memberi titik motivasi kepada kita untuk terus berusaha meningkatkan keimanan kita.  

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah: 5-6)

Banjir Masjid Al Ehsan Kg Serai, Ulu Langat 
https://m.facebook.com/masjidalehsankgsgserai/videos/598311251519430/

Susulan pihak AJK telah menghantar wakil bagi meninjau beberapa kawasan banjir di sekitar Ulu Langat, Selangor dan  Pahang.  Beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian musibah turut dirakamkan oleh wakil pihak AJK Surau. 


 Laporan agihan  duit sumbangan sehingga 31 Dis 2021  adalah seperti berikut:

1.Surau Al Munir Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor  (RM2000) RHB 2620 9000 0097 65 SURAU AL MUNIR TSN

                           



Penduduk Taman Sri Nanding di sini yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/178714/BERITA/Semasa/Banjir-100-penduduk-bermalam-atas-bumbung-surau-lebih-12-jam © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Suasana Surau Al Munir Sri Nanding yang masih dalam proses baikpulih yang menghadapi kerosakan menyeluruh akibat banjir. Atap surau ini turut menyaksikan hampir seratus penduduk menyelamatkan diri di atasnya. Peristiwa gempar ini menjadi sebutan penduduk sekitar dunia.

2. Masjid Al Ehsan,  Kampung Sg Serai, Hulu Langat, Selangor (RM2000) Bank Muamalat 1207 000527 4712