Rabu, Julai 19, 2023

Kuliah Dhuha Sempurnakah Solat Kita ? oleh Ustazah Ros Izanuri Bt Jamaludin

 


Allah berfirman maksudnya;

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.[Surah al-‘Ankabuut 29: 45]






Kuliah Dhuha 
Sempurnakah Solat Kita ? oleh Ustazah Ros Izanuri Bt Jamaludin
Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada
9.30-11pagi

Pautan Siaran Langsung

https://www.facebook.com/suraualmujahidin.desasurada/videos/601114225482481/?mibextid=Nif5oz


Catatan 

-Baiki Solat iaitu hubungan dengan Allah Taala.

-Penyakit bagi orang-orang yang solat:
1. Dengki 
2. Ujud
3. Sombong/Bongkak
4. Sub'ah - orang yang suka memati percakapan orang lain atau  suka memperdengarkan katan-katanya.

-Penyakit berpunca dari gangguan syaitan. Syaitan tidak pernah penat atau lelah untuk ganggu manusia. 
-Jika kita rasa tidak kusyuk, eloklah kita membaiki kualiti solat.
-Iman kita perlu sentiasa bertambah untuk memperingati mati.
-Kita perlu jaga wudhuk, kusyuk, rukuk, sujud. Jika tak, umpama malaikat akan pulangkan balik ke mukanya. 
-Bila kita rukuk, tangan perlu memegang lutut. 
-Tunduk sehingga mampu.
-Anggota sujud ada 7 tempat  iaitu  telapak tangan kanan & kiri; lutut kanan & kiri; ujung telapak kaki kanan & kiri; serta kening & hidung yang keseluruhannya menempel pada bumi / tempat sujud. 
-Hidung,dahi dan tapak tangan perlu tidak berlapik. 
-Pencuri dalam sembahyang selalunya berlaku waktu rukuk dan sujud. 

Hal ini disebut berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri R.A, beliau berkata; Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا؟ قَالَ: لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya.” Para Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab: “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” 

[Riwayat Ahmad (11106)]

-Untuk buat kebaikan, laksanakan terus dan jangan tangguh.
-Pastikan setiap hari, amalkan sekali mesti berjemaah.
-Rasakan solat itu solat terakhir. 
-Rukun Qauli
-Solat Jahar - boleh memperdengarkan bacaan solat

-Solat Sir -boleh dikuatkan sedikit ketika menyendiri ketika melakukan solat Zohor dan Asar.