Selasa, Oktober 25, 2011

Selasa, April 19, 2011

Khamis, Mac 31, 2011

Isnin, Mac 07, 2011

Jumaat, Februari 18, 2011

Majlis Perasmian Bulan Solawat

Berbagai pendekatan dilakukan bagi menyambut Maulid Ar-Rasul sempena kedatangan 12 Rabiul Awwal. Ada yang menyambutnya secara berarak, berceramah, berzanji dan sebagainya. Temanya juga berlainan misalnya Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Sekalian Alam, Maulid Ar-Rasul Membawa Cahaya Hidayah dan sebagainya. Begitulah Desa Surada yang mengadakan sambutan Maulid Ar-Rasul mengambil tema yang agak unik dan berlainan dengan yang lain. Tema bagi sambutan Maulid Ar-Rasul ialah:


`Bulan Salawat Desa Surada`.

Sambutan berlangsung dari 15-2.2011 hingga 26 Februari 2011. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sambutan ialah Qiyamullail, Kuliah Subuh, Salawat dan Pelepasan Muslimat Yang Mengikuti Program Lawatan Ke Rumah Warga Mas dan Anak-Anak Yatim, Ziarah Rumah Ke Rumah Di Taman Desa Surada, Forum Maulid Ar-Rasul S.A.W. Vs. Valentine`s Day, Tazkirah, Bacaan Yasin, Tahlil, Salawat Dan Jamuan (Malam Jumaat), Perarakan Serta Salawat Beramai-Ramai Sekitar Desa Surada, Persembahan Murid Pasti, Permataku, Al-Hikmah & Tadika ABC, Persembahan Burdah, Acara Cepat Sifir, Program Diskusi Tanyalah Ustaz, Senamrobik, Aktiviti Sukan, Aktiviti Memasak Untuk Kenduri Aqiqah, Barzanji dan Bersalawat, Majlis Pembukaan dan Acara Penutup, Penyampaian Hadiah dan Cenderahati. Demikianlah banyaknya acara dan meriahnya sambutan serta kreatifnya AJK yang menyusun program dan kegiatan.


ADUN Hadir pada malam ini adalah bagi menyertai Majlis dan Pembukaan. ADUN mengucap syukur kepada Allah dan mengucap `Barakallahu Lakum` kepada AJK Surau Al-Mujahidin, Surada yang berjaya menyusun dan mengadakan program yang begitu unik dan menarik bagi Sambutan Maulid Ar-Rasul 1432/2011. Kata ADUN,


``Program yang diadakan ini merupakan satu wadah bagi setiap muslim untuk bersama-sama mengingat kembali perjuangan Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan dan memperkembangkan Islam ke seluruh alam. Program Bulan Salawat ini ternyata menjadi satu medan dakwah dalam menyatupadukan hubungan silaturrahim di antara sesama muslim dan juga bersama-sama mempraktikkan Sunnah Rasulullah S.A.W. sama ada pada diri, keluarga dan masyarakat. Semoga usaha murni ini diberkati Allah.``


ADUN melahirkan rasa syukur berkat dari kesedaran Islam dan ramai dari keluarga menyedari kepentingan pendidikan Islam, maka ramai dari kalangan anak muda kita dihantar belajar ke pengajian-pengajian tinggi Islam dalam dan luar negara. Hasilnya melahirkan ramai tokoh ilmuan muda Islam yang berwibawa. Sebagai contoh pada malam ini hadirin mengikuti Forum yang ahli panelnya dari kalangan ulama muda. Iaitu Ustaz Syed Norhisyam yang sering keluar di kaca tv dengan program-program keagamaan dan juga Ustaz Harryanto yang gaya pengucapan seperti Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus. Sama-sama kita ikuti Forum yang akan disampaikan yang dimoderator oleh Saudara Rusli.


Sebelum itu Saudara Shukor Atan selaku Pengerusi Surau, mengalu-ngalukan hadirin dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Bulan Salawat yang menurutnya terilham dari kegiatan di Kelantan yang mengadakan Bulan Salat dan sebagainya.


Bulan Salawat Desa Surada akan ditutup dengan rasminya oleh Penasihat Surau Al-Mujahidin, iaitu Dato` Dr. Sidek Fadhil.


Isnin, Februari 14, 2011

Jumaat, Februari 11, 2011

Khamis, Februari 10, 2011

Selasa, Februari 08, 2011

Rabu, Februari 02, 2011

Isnin, Januari 31, 2011

Tentatif Sambutan Bulan Solawat

Program Bulan Selawat Sempena Maulidur Rasul 1432H, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

Aturcara Majlis

15 Februari 2011 (Selasa)

4:30 pagi - Qiamullail

6:30 pagi - Kuliah Subuh

Jamuan Minum Pagi

7:30 pagi - Selawat dan pelepasan mislimin yang mengikuti program lawatan ke rumah warga emas dan dan anak-anak Yatim

10:00 – 12:00 - Aktiviti ziarah rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada

5:00 petang - Aktiviti ziarah dan selawat rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada

9:15 malam - Pelancaran Program Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato’ Dr. Sidik Fadhil

- Forum Maulidur Rasul

17 Febuari 2011 (Khamis)

9:00 malam - Program Solawat Jalan 13

- Bacaan Yasin, tahlil, solawat, doa dan jamuan

20 Februari 2011 (Ahad)

4:30 pagi - Qiamullail

6:30 pagi - Kuliah Subuh

Jamuan Minum Pagi

8:00 pagi - Perarakan serta selawat beramai-ramai sekitar Desa Surada

9:00 pagi - Majlis Perasmian oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi

- Persembahan oleh Tadika (3 Tadika)

- Persembahan Burdhah daripada kumpulan Ust. Kushairi, Negeri Sembilan

12:00 - rehat

2:00 petang - Acara Cepat Sifir

5:00 petang - Aktiviti ziarah dan selawat rumah ke rumah dalam Taman Desa Surada

9:15 malam - Program Diskusi/Tanyalah Ustaz

Panel oleh Ust. Azhar Idrus

- Jamuan makan malam


24 Febuari 2011 (Khamis)

9:00 malam - Program Solawat Jalan 3

- Bacaan Yasin, tahlil, solawat, doa dan jamuan

26 Februari 2011 (Sabtu)

7:00 pagi - Senaman Aerobik

8:00 pagi - Kejohanan Futsal

12:00 tengahari - Aktiviti memasak untuk kenduri Aqiqah

9:00 malam - Kenduri Aqiqah

- Berzanji, Selawat, Jamuan Makan malam

- Majlis Penutup

Majlis Penyampaian hadiah dan cenderahati.

Jawatankuasa Bulan Solawat 1432

Urusetia Jawatankuasa

Sambutan Bulan Solawat 1432H

Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

a) Ustaz Muhammad Gaddafi Ibrahim - Pengarah

b) Ustaz Rosli Jusoh - Timbalan Pengarah

c) Tn Hj Shukeri Affandi Alias - Bendahari

d) Encik Idris Johari - Setiausaha

Bil.

Nama

Urusetia

1.

Ustaz Fadhli

Qiamullail

2.

Ustaz Muhammad Gaddafi Ibrahim

Kuliah

3.

Ustaz Rosli Jusoh

Penceramah Jemputan

4.

Ustaz Muhamad Kassim

Selawat

5.

Dr. Siti Nurul Huda

Ziarah Warga Emas dan Anak-anak Yatim

6.

Hj Omar Kamal

Ziarah

7.

Hj Shukeri Affandi Alias

Program selawat bergerak

8.

Encik Zamri bin Pahharudin

Jamuan

9.

Encik Mohd Ekhram Musa

Publisiti/Banner/Risalah

10.

Encik Ahmad Man

Peralatan dan teknikal

11.

Encik M. Lazim Sulaiman

Hadiah dan Cenderamata

12.

Hj Esa Baruji

Sukaneka

13.

Encik Mohd Azam Hamzah

Perarakan

14.

Encik Daud Osman

Persembahan

15.

Hj Majron Hj Johan

Aqiqah

16.

Pengerusi Surau dan muslimat

Penyambut Tetamu

17.

YM Raja Raimi Raja Lazeman

Buku program dan sumbangan

18.

Dr. Siti Nurul Huda

Kuiz Cepat sifir

19.

Ustaz Irwan

Dokumentasi

Jumaat, Januari 21, 2011

Rabu, Januari 12, 2011

Rabu, Januari 05, 2011