Ahad, Julai 05, 2020

Merisik Lembu Korban - Olak Lempit Banting

Alhamdulillah 6 ekor telah ditempah untuk acara korban bagi raya haji pada tahun ini. Walaupun dalam suasana dan syarat yang ketat, insyaAllah kita akan cuba sebaik mungkin bagi memenuhi hajat para jemaah yang ingin menjalankan ibadah korban pada tahun ini.

Minum dulu...



dah marking... S @surada



Majlis Tilawah dan Khatam Perdana Kali ke 45

Alhamdulillah, sekali lagi Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada telah diberi kesempatan untuk menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah dan Khatam Perdana anjuran Halaqah Al Quran Muslimat Bandar Baru Bangi (HAM).

Anjuran kali ini yang ke -45 di adakan pada 1 Februari 2020. Ianya bermula pada pukul 12.30 tengahari hinggalah pada pukul 4.30 petang

Seramai hampir 180 orang peserta dari pelbagai surau dan masjid sekitar Bandar Baru Bangi telah menyertai program ini.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Muslimat Surau Al Mujahidin, Prof Madya Dr. Siti Norul Huda Sheikh Abdullah dan seterusnya ucapan oleh Pn Mastura selaku Pengerusi  HAM.

Majlis diteruskan dengan pembacaan doa pembukaan oleh Pn Zaridah.  Seterusnya majlis Khatam AlQuran diteruskan dengan setiap kumpulan membaca satu juzuk yang diketuai oleh seorang atau dua orang Pembimbing Juzuk.

Dalam pukul 3.30 petang, sesi pembacaan AlQuran telah tamat dan doa Khatam AlQuran dibaca oleh Puan Zaridah. Majlis diteruskan dengan penyerahan banner untuk tuan rumah Majlis Khatam Perdana yang berikutnya. Ia nya diikuti pula dengan penyampaian sijil buat surau kita, Surau Al Mujahidin selaku tuan rumah

Majlis ditutupi dengan bacaan selawat ke atas Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad saw. Para hadirin seterusnya dijemput untuk menjamu selera dengan jamuan ringan yang telah disediakan.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada para petugas yang membantu memudahkan kelancaran program ini. Juga tidak ketinggalan buat para penyumbang yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka dengan rezeki yang melimpah ruah.

Jumaat, Julai 03, 2020

Solat Jumaat & Subuh Pertama Kali Selepas PKP

Alhamdullillah, jemaah muslimin Surau Al-Mujahidin dibenarkan kembali ke surau untuk menunaikan ibadah solat fardhu 5 waktu dan solat fardhu jumaat. Selepas solat subuh pertama pada 3 Julai 2020, imam meminta semua makmum untuk sama-sama sujud syukur kerana telah diberi kesempatan oleh Allah SWT dapat kembali ke surau walaupun pada peringkat awal ini hanya 40 jemaah dibenarkan pada satu-satu masa. Sama-sama kita berdoa semoga wabak Covid19 diangkat sepenuhnya dan segala aktiviti dapat kembali seperti sediakala. Ameen.

Solat Subuh 3/7/2020



Solat Jumaat 3/7/2020
Khatib: Ust Syibree
Bilal : Tn Hj Rosmandi














Pekeliling dari JAIS