Selasa, Mei 26, 2020

Jualan Buku As-Syifa dan Al- Asmaul Al-Husna Penerbit Surau Al Mujahidin

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam dan tuhan yang maha penyayang dan pengasihani terhadap makhluknya. Selawat dan salam atas junjungan nabi kita nabi Muhammad SAW kerana dengan usaha dan tabahnya baginda dalam menyampaikan wasilah agama Islam dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Buku kecil ini disusun untuk menyempurnakan sebahagian hidup kita yang kadang kala kita alpa dan tenggelam dengan hal-hal duniawi. Dengan disebabkan itu kita sering menjadi tidak terkawal oleh emosi dan hawa nafsu sendiri. Sebahagiannya pula akan mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi seperti darah tinggi, depresi dan sebagainya. Untuk itu buku ini disusun dengan harapan dapat membantu mencantikkan rutin harian dan supaya setiap amalan harian kita mendapat keredhaan Allah. Isi kandungan buku ini mempunyai Asmaul Husna, ayat Manzil dan doa-doa pilihan yang mana dengan izin Allah SWT ia akan dapat memberi ketenangan dalam jiwa dan makin dekat kita kepada Allah makin Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. 

Kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kelemahan di dalam buku ini kerana kami insan biasa dan masih belajar dalam memperoleh keredhaan Allah SWT juga. Dengan itu kami berharap dengan buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk didunia dan akhirat. Tidak lupa kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, keluarga, sahabat dan ahli jawatan kuasa Surau al-Mujahidin yang telah mendukung bersama hingga dapat diterbitkan buku ini.





Buku Terbitan Kali Kedua

Hasil Jualan Buku RM20 senaskah ini disalurkan sepenuhnya ke Tabung Pembangunan Surau AL Mujahidin. 


Nama Penerima: Surau Al Mujahidin Surada 
Nama Bank: Bank Muamalat (Cawangan Bandar Baru Bangi) 
No akaun: 12100000238717

Kami turut menyediakan jualan e-book. Kepada mereka yang ingin menempah, boleh menghubungi melalui emel masjidalmujahidin@gmail.com,  atau ajk lajnah ekonomi norhayatisulaiman3@gmail.com


[Buku Terbitan Pertama telah habis dijual]







Laporan Kewangan Lajnah Muslimat 2019 dan Unjuran 2020

Lajnah Muslimat mensasarkan peningkatan aktiviti berbentuk tarbiyah dan kebajikan seiring dengan musim COVID19 yang mana masyarakat menghadapi tekanan kehidupan akibat ketiadaan pekerjaan serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pihak AJK Muslimat turut menyusun strategi untuk mengenengahkan aktiviti secara atas talian supaya kedua-dua dapat dijalankan secara berterusan.  

Berikut adalah laporan kewangan Lajnah Muslimat bagi Tahun 2019 dan Unjuran Perbelanjaan Bagi 2020. 

AJK Lajnah Muslimat mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh qariah setempat mahupun luar qariah kepada Surau Al Mujahidin untuk mengimarahkan aktiviti-aktiviti berkaitan muslimat dan remaja. AJK Lajnah Muslimat turut merasa bangga kepada kariah Al Mujahidin yang sentiasa memberi kerjasama dan menyokong usaha-usaha eknomi Islam iaitu Jualan Wakaf dan Kiosk. AJK Lajnah Muslimat tetap teguh menyokong dan mendokong usahawan muslim supaya kerja-kerja syiar Islam terus segar berkembang di kalangan masyarakat.  Kami akan terus tekad melaksanakan amanah bagi menjayakan maqasid syariah di kalangan penduduk Islam setempat. Berikut adalah laporan kewangan Tabung Muslimat Sehingga Disember 2019. 


Sumbangan COVID19 dan Ramadhan kepada luar qariah bersama NGO Malaysia

Pihak Lajnah Muslimat Surau Al Mujahidin turut berkerjasama dengan beberapa NGO iaitu RM300 kepada IMWU Malaysia,RM300 kepada Staf Frontliners HUKM,  RM500 kepada PERTUBUHAN DARULKHAIR MALAYSIA, dan RM300 kepada PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA DI TURKI  menggunakan sumbangan individu, peruntukan bulanan dan Tabung Lajnah Muslimat Al Mujahiddin.  

Diharap sumbangan itu dapat  membantu mengurangkan beban kepada masyarakat diluar qariah seperti berikut:

  • Sumbangan Tabung Ramadhan Tawau Sabah 
  • Sumbangan Tudung COVID19 untuk staf-staf HUKM.
  • Sumbangan COVID19 Pelajar-pelajar Malaysia di Turki


Senarai AJK Lajnah Muslimat Surau Al-Mujahidin Sesi 2020-2022



Seramai  tiga orang AJK muslimat telah dilantik sebagai AJK Surau Al Mujahidin  bagi sesi 2020-2022 iaitu Dr Siti Norul Huda Sheikh Abdullah selaku Ketua Lajnah Muslimat, Pn Mariani H. Zulkiply selaku Siak Jenazah Wanita dan Pn Norhayati Sulaiman selaku Ketua Lajnah Ekonomi.  Selain itu, seramai 9 orang lagi merupakan AJK Lajnah Muslimat yang merangkumi penasihat, naib ketua, setiausaha, bendahari dan ketua-ketua unit. Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti dibawah tanggungjawab unit-unit di bawah Lajnah Muslimat. 

SENARAI AKTIVITI LAJNAH MUSLIMAT MENGIKUT UNIT-UNIT

Unit Pendidikan & Dakwah
  • Pengajian AlQuran Asas, Isnin-Khamis, 9-11am
  • Pengajian AlQuran Lanjutan(Tafsir), Rabu & Jumaat, 8-10pm
  • Kuliah Dhuha, Ahad, 1-3 kali sebulan, 9-11am
  • Ceramah Perdana/Daurah Wanita/Majlis Khatam Perdana, 2-4 kali setahun 
Unit Remaja & Riadah
  • Kelas Bimbingan Kerja Sekolah, Selasa-Jumaat, 9-10pm
  • Pengajian AlQuran Remaja Selasa-Jumaat 7.30-9pm
  • Aktiviti Cuti Sekolah (Tamrin/Chit-Chat/Bengkel/Riadah), 2-4 kali setahun
  • Aktiviti Fun Run
Unit Kebajikan
  • Majlis Asmaul Husna
  • Majlis Bacaan Yassin
  • Ziarah Sakit, 
  • Ziarah Kelahiran,
  • Ziarah Perkahwinan
  • Ziarah Kecemasan
Lajnah Ekonomi
  • KIOSK
  • Jualan Sarapan Pagi
  • Jualan petang
  • Jualan sampul raya
  • Jualan buku
  • Jualan pakaian seragam
Unit Penerangan
  • Hebahan/Iklan/Banner/Poster semua aktiviti muslimat
  • Mengurus Laman Web
  • Pengurusan Harta/Family Parenting/Kewangan/Kemahiran Khusus
Unit Pengurusan Jenazah
  • Mengurus jenazah sebelum, semasa dan selepas program jenazah
  • Urusan makan minum keluarga waris
  • Kursus Pengurusan Jenazah Wanita/Remaja/Kanak-kanak setahun sekali
Unit Dapur
  • Keraian untuk mesyuarat/aktiviti muslimat mengikut keperluan
  • Kekemasan Dapur
  • Aktiviti Memasak Perdana-Bubur Lambuk, Asyura, Hari Raya Aidilfitri dan Korban
Unit Selawat & Kebersihan
  • Aktiviti Selawat Surada untuk majlis kelahiran bayi & Majlis Kesyukuran
  • Kekemasan ruang solat muslimat
  • Kekemasan tandas muslimat
  • Mengurus kekemasan pada waktu aktiviti muslimat berjalan

Program Jejak Asnaf Al-Mujahidin Sempena Sambutan Aidulfitri 1441

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera. 
AJK Unit Kebajikan Surau AL-Mujahidin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang tempatan.  Jumlah wang terkumpul adalah sebanyak RM3150.00 dari 10 orang ahli qariah. Manakala  jumlah penerima sumbangan adalah 15 orang yang terdiri dari 10 orang asnaf dari ahli qariah Surau Al Mujahidin dan 5 orang asnaf luar qariah.Untuk makluman semua, sebahagian dari asnaf-asnaf ini hanya mampu berbuka puasa dengan minuman air kosong dan roti sahaja.  

Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban yang  ditanggung oleh keluarga asnaf ketika mengharungi musim Covid19 menjelang sambutan perayaan Aidulfitri.  

Berikut adalah laporan kewangan hasil daripada program Jejak Asnaf Al-Mujahidin.

 NoPerkara  Perincian Sub-jumlah
1.Jumlah penerimaan dari penyumbang-penyumbang10 orangRM3150
 2.
 Pembelian Makanan RM100.00 x 15 orang RM1500
 3. Pemberian tunai kepada Pn Kamisah 12 orang anak   RM600
4. Pemberian tunai  RM70.00 x 15 orang  RM1050
  Jumlah perbelanjaan kepada asnaf-asnaf  RM3150

Perincian pembelian makanan yang berharga RM100++ adalah seperti berikut: 
a. Ayam 
b. Biskut Raya
c. Beras Nasi input
d. Sardin

Sekiranya ada kariah yang ingin menyampaikan sumbangan kepada golong asnaf di sekitar Bandar Baru Bangi, bolehlah menghubungi Unit Kebajikan, Lajnah Muslimat untuk tindakan selanjutnya.

AJK Unit Kebajikan Lajnah Muslimat
Surau Almujahidin Surada.


Jumaat, Mei 22, 2020