Jumaat, Jun 12, 2020

NOTIS COVID 19 - PKPB, JUMAAT 12 JUN 2020.

Ruj Kami: SU/SAM-TDS/2020-2022(28) 12 hb Jun 2020
بِسْمِ الله اِِلرَّحْمَنِ اارَّحِيم 20 Syawal 1441H

KENYATAAN RASMI SURAU AL-MUJAHIDIN BERKAITAN PERINTAH KERAJAAN BERKENAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA PEMULIHAN SERTA PENGUATKUASAAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT, SOLAT BERJEMAAH, PROGRAM PENGIMARAHAN DAN KEMASYARAKATAN DI SEMUA MASJID, SURAU SERTA MUSOLLA DI NEGERI SELANGOR

Berikutan Kenyataan YAB Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada hari Khamis 11 Jun 2020 bersamaan 19 Syawal 1441H, yang telah membenarkan perlaksanaan Solat Jumat dan solat waktu berjamaah serta aktiviti pengimarahan dibeberapa Masjid dan surau bermula pada 12 Jun 2020. Juga dimaklumkan pihak JAIS/PAID Hulu Langat masih belum mengumumkan pendirian berkenaan perkara ini, maka pihak AJK Surau diminta meneruskan mengguna-pakai arahan yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor pada 17hb MAC 2020 bil JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.2(13), Pengurusan Surau Al-Mujahidin mengambil ketetapan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan, seperti berikut;

1) SOLAT JUMAAT, solat waktu berjamaah, aktiviti ceramah di Surau Al-Mujahidin masih DITANGGUHKAN sehingga pengumuman selanjutnya. Walau bagaimanapun Solat Jumaat ini wajib digantikan dengan Solat Zohor berjamaah di rumah masing-masing.

2) Hanya Imam, Bilal dan Siak sahaja yg dibenarkan masuk ke surau pada setiap waktu solat. Namun, para pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yg bertugas serta sebahagian kecil AJK untuk berada di surau untuk menjalankan tugas tertentu di surau. 3) Sebarang urusan jenazah akan diuruskan oleh Biro Kebajikan dan Pengurusan Jenazah Surau Al-Mujahdin mengikut arahan daripada pihak JAIS/MAIS/KKM 4) Seluruh kawasan Surau Al-Mujahidin akan tetap dibersihkan sepenuhnya menggunakan bahan yang dicadangkan oleh KKM. 5) Pihak Surau akan memaklumkan kepada para ahli kariah jika terdapat sebarang perubahan dan perkembangan terkini berkaitan isu ini.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

‘BERKHIDMAT KERANA ALLAH’

Yang benar,

………………………………………………..
(DR SABRI BIN DEWA)
SETIAUSAHA SURAU AL MUJAHIDIN, TAMAN DESA SURADA