Ahad, September 27, 2020

PROGRAM DAURAH PERDANA FIQH WANITA

 PROGRAM DAURAH PERDANA FIQH WANITA




Program daurah yang telah dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari muslimat Taman Desa Surada dan juga kariah sekitar. Program yang julung kali diadakan ini memberikan manfaat yang sangat besar kepada semua peserta kerana dapat menjawab segala persolan yang berkaitan dengan darah wanita. Perkongsian dari Yang Berbahagia Ustaz Hazim Haznan sangat mudah dan terperinci. Program  dijalankan mengikut SOP norma baharu.  Sekalung tahniah dan terima kasih kepada  peserta, AJK program dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jazakallahu khairan khathira.


Sabtu, September 05, 2020

🌸Majlis Bacaan Yasin Muslimat-5 Sept 2020🌸


AJK Muslimat Surau Al Mujahidin telah  mengadakan program di atas, mengikut ketetapan berikut:

πŸ—“️ : 5 September 2020 ( Sabtu)

πŸ•°️ : 3.00 petang

πŸ§•πŸ» : Pn. Zaridah bt Dolmat

πŸ•Œ : Surau Al Mujahidin

Program ini telah menyediakan air mineral dan keraian mengikut kaedah norma baharu. Program ini juga hanya dihadiri muslimat berumur 15 tahun ke atas seiring dengan seruan kerajaan seramai 40 orang yang dibimbing oleh Pn Zaridah Dolmat. Ini adalah program pertama yang dibuat secara kelompok yang bersemuka setelah 5 bulan program muslimat dibekukan oleh pihak kerajaan kerana pandemik COVID19.  Semoga aktiviti ini dapat diteruskan meskipun dengan konsep norma baharu.




Disediakan oleh Ketua Muslimat Surau Al-Mujahidin.