Posted by Surau al-Mujahidin on Khamis, Ogos 20, 2009 in suntingan | No comments
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيـْنِ لَنْ تَضِلُّوا بِمَا أَنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ الرَّسُولِRasulullah SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh kepadanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul.
Antara perkara utama yang perlu direalisasikan bagi memenuhi tuntutan al-Quran dan hadith ialah:
1. Menunaikan solat
2. Menjaga aurat
3. Saling hormat menghormati
Menunaikan Solat
i. Wajib menunaikan solat (solat fardhu) walau apa keadaan sekalipun.
ii. Tuntutan mengerjakan solat seawal kanak-kanak. Suruh solat pada usia 7 tahun, pukul menggunakan rotan jika tidak solat apabila berumur 10 tahun.
iii. Kaedah mengerjakan solat sebagaimana hadith nabi yang bermaksud: solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat (menunaikan solat mesti belajar secara berguru).
iv. Pengecualian dari mengerjakan solat; kanak-kanak yang belum baligh, mabuk, gila, tidak sedarkan diri dan mati.
Menjaga Aurat
i. Aurat ialah anggota yang mesti dijaga/ditutup ketika berada bersama orang lain.
ii. Aurat bersama ahli keluarga terdekat (ayah, ibu, adik-beradik dan anak-anak): bermula dari pusat hingga lutut (sama bagi lelaki & perempuan)
iii. Aurat bersama selain ahli keluarga terdekat (sepupu, biras dan lain-lain): seluruh anggota badan kecuali muka & tangan.
iv. Tatacara berpakaian a. Tidak ketat
b. Tidak nipis (telus cahaya)
c. Tidak menyerupai jantina lain
d. Tidak singkat
e. Tidak labuh sampai terseret ke tanah
f. Tidak bersolek sehingga menarik perhatian orang lain.
v. Kewajipan menjaga aurat merupakan antara tuntutan yang amat besar dalam Islam.
vi. Melalui penjagaan aurat dapat menghindarkan diri dari fitnah.
vii. Walau sebaik mana perangai & kelakuan tetapi tidak menutup aurat tetap tidak memberi nilai dalam agama.
Saling Hormat Menghormati
رِضَى اللهُ فِي رِضَى اْلوَالِدَيْنِ وَسَخَطَ اللهُ فِي سَخْطِ اْلوَالِدَينِ
Rasulullah SAW bersabda: keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.
i. Orang yang mesti dihormati di atas dunia ini selepas Allah & RasulNya ialah kedua ibu bapa.
ii. Jika kedua ibu bapa tidak meredhai anak-anaknya ianya tidak akan masuk syurga.
iii. Hendaklah sentiasa mengelak dari dimurkai ibu dan bapa.
iv. Namun bagi anak perempuan, apabila sudah berkahwin keutamaan ibu bapa berpindah kepada suaminya.
v. Bagi anak lelaki, keutamaan kepada ibu bapa adalah bila-bila.
لاَ يُوءْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
vi. Begitu juga hububungan persaudaraan, hadith di atas menjelaskan tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seumpama mengasihi dirinya sendiri.
vii. Hubungan persaudaraan tidak akan putus di antara adik-beradik.
viii. Hendaklah sentiasa hormat menghormati sesama ahli keluarga.
Oleh prihatin09@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan