Semua hadith yang dikaitkan dengan kelebihan nisfu sya’ban adalah bertaraf dhaif. Namun bagi individu yang berhasrat menambahkan amalan sempena nisfu sya’ban adalah tidak bersalahan.
Umpamanya ada yang menyatakan kelebihan akan terhasil apabila individu membacakan Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malam tersebut. Dengan harapan dan hajat bacaan kali pertama adalah untuk panjang umur, kedua agar dimurahkan rezeki yang melimpah serta halal dan ketiga memohon ditetapkan hati dalam keimanan dan Islam serta mati didalamnya.
Permohonan seperti ini tidaklah bersalahan, bahkan sekiranya mampu bukan setakat nisfu sya’ban tetapi dilakukan setiap hari seperti tersebut. Begitu pula berkaitan Solat Sunat Nisfu Sya’ban, ianya boleh dilaksanakan walau sehingga seratus rakaat. Puasa pada hari nisfu Sya’ban juga tidak ada hadith sohih ataupun hasan.
Namun begitu diberitakan Rasulullah SAW tidak tidur pada malam Nisfu Sya’ban dan pada suatu ketika Rasulullah SAW sujud terlalu lama menyebabkan Saiyidatina ‘Aisyah memikirkan seolah Rasulullah SAW telah wafat. Lalu dicuitnya Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menggerakkan sedikit anggota badannya menandakan masih sujud kepada Allah SWT.
Kuliah Maghrib Prof Madya Ustaz Kamaruddin Salleh 5 Ogos 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan