Posted by Surau al-Mujahidin on Ahad, Ogos 23, 2009 in kuliah | No comments
Doa Rasulullah SAW apabila memasuki bulab Rajab;اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا في رمضان
Justeru hendaklah mengambil peluang sebaik mungkin apabila hadirnya tiga bulan ini, bermula dengan Rajab, Sya’ban dan Ramadhan. Allah SWT menawarkan ganjaran yang lumayan apabila hambanya mengambil peluang dengan melakukan amal ibadah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 surah al-Baqarah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Jelaslah tiada apa yang diharapkan Allah SWT terhadap manusia kecuali satu perkara iaitu bertaqwa kepadaNya. Janji allah SWT terhadap hambanya yang bertaqwa dibuka seluas-luasnya pintu syurga pada bulan Ramadhan ini. Dalam masa yang sama pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya dan syaitan dibelenggu pada bulan ini.
Ramadhan mengajar manusia supaya menjadi baik sebelum ianya terlepas begitu sahaja. Untuk mencapainya natijahnya perlu kepada taqwa. Namun bagaimana cara mendapatkan taqwa?
Ali KW menjelaskan terdapat empat perkara yang boleh mendatangkan taqwa, ianya adalah seperti berikut;
1. al-Khauf bi al-Jalil
Iaitu takut kepada Allah SWT dengan erti kata takut, rindu, sayang dan intim.
2. al-A’mal bi al-Tanzil
Iaitu melakukan amalan sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT bukannya berdasarkan pemikiran manusia sahaja.
3. al-Qana’ah bi al-Qalil
Iaitu bersederhana dan berpuashati dengan apa yang ada dan redha kepadaNya.
4. al-Isti’dad bi al-Rahiq
Iaitu bersedia untuk bertemu Allah SWT.
Kuliah subuh Ustaz Jamir Saad 23 Ogos 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan