Ahad, Januari 07, 2024

Bersediakan Aku? Pengurusan Jenazah



Kehadiran enam orang peserta Surau Al Mujahidin ke program Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Hasanah pada 7 Januari 8.30am - 12.00pm. Ketua Siak Jenazah Muslimat Surau Al Mujahidin, Pn Mariani Zulkapli serta Ketua Muslimat, Dr Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, mengambil peluang untuk mengajak empat orang qariah menjadi pelapis Siak Jenazah Surau Al Mujahidin iaitu

Nama Peserta Menerima Tajaan Surau Al Mujahidin RM10 seorang ke Kursus Pengurusan Jenazah 7 Januari 2024 7am- 12pm Masjid Hasanah:
1.Roslinah jln 7 
2.Pauzi othman jln 3 
3.Huda jln 3
4.Mariani Jln 15
5.Rozanni Talib jln 13
6. Nur Nadia Maarop Jln 10



Rekabentuk cawat jenazah yang paling mudah untuk melindungi bendalir keluar dari tempat sulit. 

Tips pengurusan jenazah:

Perspektif bakal jenazah yang akan menghadapi kematian:

  1. Melunaskan hutang
  2. Memohon maaf  jika bersalah
  3. Menghadiri majlis ilmu
  4. Sentiasa bersedekah
  5. Sentiasa bersugi
Cara mendapatkan Khusnul Khatimah 
    1. Sentiasa menjaga solat fardhu dan solat di awal waktu.
    2.Menunaikan solat fardhu secara berjemaah. 
    3.Sentiasa baca Al Quran dan juga tadabbur Al Quran. 
    4.Menunaikan solat tahajud dan solat sunat lain. 
    5.Sentiasa berzikir dan sentiasa mengingati Allah. 
    6.Sentiasa hadir ke majlis ilmu. (tgk hadisnya) 
    7.Sentiasa berpesan dlm perkara kebenaran. 
    8.Bersabar dan redha. Semua org ada ujian masing2.

Setelah berlaku kematian:
  1.  Sahkan kematian & tidak membersihkan jenazah jika kematian mengejut.
  2. Alaskan sehelai kain lapik  supaya org lelaki boleh angkat jenazah.
  3. Lap jenazah dengan kain basah. Letak losyen pada jenazah untuk melembutkan sendi.
  4. Ikat dagu (bawah bibir) dan tangan jenazah dalam kedudukan qiam. Lutut & kaki jenazah diikat supaya sentiasa lurus. Tutup kain batik spy tidak telus
  5. Waris utk mandikan jenazah 3-4 orang.
  6.  Rambut jenazah dikumpulkan dan letak dlm kain putih. 
  7. Pengurus jenazah perlu merahsiakan sebarang aib jenazah.
  8.  Jika jenazah berdarah berterusan, balut dgn kapas, plastik dan kain baru supaya darah tidak mengalir keluar dan merahsiakan sebarang aib jenazah.
  9. Meletakkan cawat pada kemaluan untuk memastikan bendalir terhenti.





Ahad, September 24, 2023

Solat Tasbih & Kuliah Dhuha Bersama Dr Saharizah Mohd Saleh


Catatan Kuliah Ad Dhuha oleh Dr Saharizah Mohd Salleh

1. Cinta dan Rindu pada Rasulullah SAW
2. Sentiasa berselawat yang diucapkan 80 kali pada hari jumaat, dosa kita akan diampunkan.
3. Lafazkan rindu pada Rasulullah SAW.
4. Bercakaplah pada Rasulullah SAW sebagai bukti tanda rindu pada baginda.
5. Bumi dan langit melaknatkan manusia yang tidak berselawat. 
6. Saad bin Waqas wafat, para penghuni arash bergembira, seorang munafik mengangkat jenazah Saad dan menyatakan jenazahnya ringan lalu bertanya pada Rasulullah SAW, 70 ribu malaikat mengiringnya kerana Saad sentiasa berselawat pada Rasulullah SAW.
7. Janji Allah itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah Al amin. 
8. Ya Rasulullah SAW memohon umatnya sentiasa berselawat sepanjang hari.
9. Jika kita rindu pd Rasulullah SAW, secara automatik kita akan berselawat pada Rasulullah SAW.
10. Bilal rindu pd Rasulullah SAW sehingga tidak dapat mengazan. 
11. Saidina Omar rindu pd Rasulullah Saw meminta izin pd Aishah RA ingin meletakkan jenazah sebelah Rasulullah SAW.



Lawatan Ke Pusat Jagaan Al Mahmudah, Semenyih

 




Lawatan Ke Pusat Jagaan Orang Tua-tua di Mahmudah Semenyih.
Anjuran Muslimat Surau Al Mujahidin
Tentatif Program pada 16/9/2023( Sabtu)
8.00am   Berkumpul di ruangan Parking Surau
8.30am   Ketibaan Bas dan Anak-anak menaiki Bas agihan Breakfast.
8.30am- 9.00amKetibaan di Pusat Jagaan Mahmudah
9.00am- 9.30amRamah mesra dengan penghuni di sana.
9.30am -10.00amBacaan Yassin dan Doa Selamat Oleh Imam Syurkor
10.00am-11.00amNyanyian Busker
11.00am -11.30ambusker Rehat
11.30am -12.00pmBusker meneruskan kembali nyanyianya
12pmMakan tengahari







Sabtu, September 02, 2023

Ahad, Ogos 20, 2023

Amalan Sedekah dalam Hadis oleh Ustazah Roseliza Sutrisno - Kuliah Dhuha

 



🕌 Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

🕌 Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَتُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ (رواه البخاري ومسلم)

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” ( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

https://edakwah.kelantan.gov.my/portal/books/%F0%9F%94%96-siri-26%E2%98%82%EF%B8%8F-setiap-anggota-tubuh-badan-manusia-adalah-sedekah%E2%98%82%EF%B8%8F/

Intipati program:

Tajuk: Amalan Sedekah dalam Hadis oleh Ustazah Roseliza Sutrisno
  1. Perkataan yang baik adalah pahala sedekah. 
  2. Berzikir SubhanAllah
  3. Berkata Yang Baik atau Diam
  4. Setiap langkah kaki yang engkau hayunkan untuk menunaikan solat 
  5. Menghilangkan sesuatu bahaya adalah sedekah
  6. Memberi pengajaran kepada orang buta dan pekak mendapat pahala 
  7. Membantu bersungguh-sungguh orang berhajat.
  8. Meminta maaf apabila kita tersedar terkasar bahasa.
  9. "Hatred bridges hatred" akan menghapuskan pahala sedekah menegur.
  10. Istighfar jika terasa riak.

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)

MAKSUD

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Menurut Dr. Ustaz Zahazan, boleh juga dibaca “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)”

Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat.

KETERANGAN

Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenali sebagai Ibnu Abbas.

Kalau anak perempuan..(tukar kpd ha)

Allahumma faqqihha fiddin wa’allimhattakwil

Rujukan https://adalaff.wordpress.com/2016/02/08/doa-nabi-muhammad-pada-ibnu-abbas-r-a/




🕌Makluman Program Muslimat Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒 PROGRAM: MAJLIS BACAAN YAASIN dan KULIAH DHUHA MUSLIMAT

🧕🏻 YANG BERBAHAGIA
       USTAZAH ROSE ALIZA BT SUTRISNO
📅 TARIKH: 20 OGOS 2023 (AHAD)
⏰ MASA: 9.30 pagi -11.00 pagi
📱GOOGLEMEET 
Klik untuk join🔽
 https://meet.google.com/wrm-tgmi-jvf

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#fastabiqulkhairat







Rabu, Julai 19, 2023

Kuliah Dhuha Sempurnakah Solat Kita ? oleh Ustazah Ros Izanuri Bt Jamaludin

 


Allah berfirman maksudnya;

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.[Surah al-‘Ankabuut 29: 45]






Kuliah Dhuha 
Sempurnakah Solat Kita ? oleh Ustazah Ros Izanuri Bt Jamaludin
Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada
9.30-11pagi

Pautan Siaran Langsung

https://www.facebook.com/suraualmujahidin.desasurada/videos/601114225482481/?mibextid=Nif5oz


Catatan 

-Baiki Solat iaitu hubungan dengan Allah Taala.

-Penyakit bagi orang-orang yang solat:
1. Dengki 
2. Ujud
3. Sombong/Bongkak
4. Sub'ah - orang yang suka memati percakapan orang lain atau  suka memperdengarkan katan-katanya.

-Penyakit berpunca dari gangguan syaitan. Syaitan tidak pernah penat atau lelah untuk ganggu manusia. 
-Jika kita rasa tidak kusyuk, eloklah kita membaiki kualiti solat.
-Iman kita perlu sentiasa bertambah untuk memperingati mati.
-Kita perlu jaga wudhuk, kusyuk, rukuk, sujud. Jika tak, umpama malaikat akan pulangkan balik ke mukanya. 
-Bila kita rukuk, tangan perlu memegang lutut. 
-Tunduk sehingga mampu.
-Anggota sujud ada 7 tempat  iaitu  telapak tangan kanan & kiri; lutut kanan & kiri; ujung telapak kaki kanan & kiri; serta kening & hidung yang keseluruhannya menempel pada bumi / tempat sujud. 
-Hidung,dahi dan tapak tangan perlu tidak berlapik. 
-Pencuri dalam sembahyang selalunya berlaku waktu rukuk dan sujud. 

Hal ini disebut berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri R.A, beliau berkata; Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا؟ قَالَ: لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya.” Para Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab: “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” 

[Riwayat Ahmad (11106)]

-Untuk buat kebaikan, laksanakan terus dan jangan tangguh.
-Pastikan setiap hari, amalkan sekali mesti berjemaah.
-Rasakan solat itu solat terakhir. 
-Rukun Qauli
-Solat Jahar - boleh memperdengarkan bacaan solat

-Solat Sir -boleh dikuatkan sedikit ketika menyendiri ketika melakukan solat Zohor dan Asar.




Sabtu, Mac 11, 2023

Hiking Mujahiddin GenZ di Eco-Park Tekala pada 14&15 Mac 2023

 



Terbuka kepada Remaja Lelaki dan Perempuan berumur 9 tahun ke atas.