Ahad, September 24, 2023

Solat Tasbih & Kuliah Dhuha Bersama Dr Saharizah Mohd Saleh

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Ahad, September 24, 2023 | No comments

Catatan Kuliah Ad Dhuha oleh Dr Saharizah Mohd Salleh

1. Cinta dan Rindu pada Rasulullah SAW
2. Sentiasa berselawat yang diucapkan 80 kali pada hari jumaat, dosa kita akan diampunkan.
3. Lafazkan rindu pada Rasulullah SAW.
4. Bercakaplah pada Rasulullah SAW sebagai bukti tanda rindu pada baginda.
5. Bumi dan langit melaknatkan manusia yang tidak berselawat. 
6. Saad bin Waqas wafat, para penghuni arash bergembira, seorang munafik mengangkat jenazah Saad dan menyatakan jenazahnya ringan lalu bertanya pada Rasulullah SAW, 70 ribu malaikat mengiringnya kerana Saad sentiasa berselawat pada Rasulullah SAW.
7. Janji Allah itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah Al amin. 
8. Ya Rasulullah SAW memohon umatnya sentiasa berselawat sepanjang hari.
9. Jika kita rindu pd Rasulullah SAW, secara automatik kita akan berselawat pada Rasulullah SAW.
10. Bilal rindu pd Rasulullah SAW sehingga tidak dapat mengazan. 
11. Saidina Omar rindu pd Rasulullah Saw meminta izin pd Aishah RA ingin meletakkan jenazah sebelah Rasulullah SAW.



0 ulasan:

Catat Ulasan