Ahad, Januari 07, 2024

Bersediakan Aku? Pengurusan Jenazah

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Ahad, Januari 07, 2024 | No comments



Kehadiran enam orang peserta Surau Al Mujahidin ke program Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Hasanah pada 7 Januari 8.30am - 12.00pm. Ketua Siak Jenazah Muslimat Surau Al Mujahidin, Pn Mariani Zulkapli serta Ketua Muslimat, Dr Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, mengambil peluang untuk mengajak empat orang qariah menjadi pelapis Siak Jenazah Surau Al Mujahidin iaitu

Nama Peserta Menerima Tajaan Surau Al Mujahidin RM10 seorang ke Kursus Pengurusan Jenazah 7 Januari 2024 7am- 12pm Masjid Hasanah:
1.Roslinah jln 7 
2.Pauzi othman jln 3 
3.Huda jln 3
4.Mariani Jln 15
5.Rozanni Talib jln 13
6. Nur Nadia Maarop Jln 10



Rekabentuk cawat jenazah yang paling mudah untuk melindungi bendalir keluar dari tempat sulit. 

Tips pengurusan jenazah:

Perspektif bakal jenazah yang akan menghadapi kematian:

  1. Melunaskan hutang
  2. Memohon maaf  jika bersalah
  3. Menghadiri majlis ilmu
  4. Sentiasa bersedekah
  5. Sentiasa bersugi
Cara mendapatkan Khusnul Khatimah 
    1. Sentiasa menjaga solat fardhu dan solat di awal waktu.
    2.Menunaikan solat fardhu secara berjemaah. 
    3.Sentiasa baca Al Quran dan juga tadabbur Al Quran. 
    4.Menunaikan solat tahajud dan solat sunat lain. 
    5.Sentiasa berzikir dan sentiasa mengingati Allah. 
    6.Sentiasa hadir ke majlis ilmu. (tgk hadisnya) 
    7.Sentiasa berpesan dlm perkara kebenaran. 
    8.Bersabar dan redha. Semua org ada ujian masing2.

Setelah berlaku kematian:
  1.  Sahkan kematian & tidak membersihkan jenazah jika kematian mengejut.
  2. Alaskan sehelai kain lapik  supaya org lelaki boleh angkat jenazah.
  3. Lap jenazah dengan kain basah. Letak losyen pada jenazah untuk melembutkan sendi.
  4. Ikat dagu (bawah bibir) dan tangan jenazah dalam kedudukan qiam. Lutut & kaki jenazah diikat supaya sentiasa lurus. Tutup kain batik spy tidak telus
  5. Waris utk mandikan jenazah 3-4 orang.
  6.  Rambut jenazah dikumpulkan dan letak dlm kain putih. 
  7. Pengurus jenazah perlu merahsiakan sebarang aib jenazah.
  8.  Jika jenazah berdarah berterusan, balut dgn kapas, plastik dan kain baru supaya darah tidak mengalir keluar dan merahsiakan sebarang aib jenazah.
  9. Meletakkan cawat pada kemaluan untuk memastikan bendalir terhenti.





0 ulasan:

Catat Ulasan