[SAM]πΊ Pelancaran dan Penyerahan Kutipan Anak2 Yatim Mangsa Covid 19 dan musibah lain.
Laporan ringkas kutipan derma bagi anak-anak yatim mangsa COVID atau kritikal. Semenjak iklan sumbangan diumumkan, pihak surau telah menerima sambutan yang luar jangkaan dari penduduk setempat mahupun luar qariah. Sejumlah 112 orang penderma budiman telah menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan lot yang ditetapkan iaitu 1 lot bersamaan RM20. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM9000. Terima kasih dan syabas kepada penyumbang dari muslimat Qariah Surau Al Mujahidin khasnya, sahabiah luar serta AJK Kebajikan khususnya Pn Kasma Kasbi yg membantu mengumpul sumbangan tersebut. Pihak ajk telah mengenalpasti penerima-penerima dari guru-guru sekolah, ajk persatuan penduduk dan maklumat penghuni kampung tersebut dengan mendapat pengesahan dari pihak ketiga. Oleh itu, seramai 9 keluarga dikenalpasti dan ia diagihkan sama rata dengan RM1000 oleh 1 keluarga.
Jumlah terkumpul: RM9000
Penerima : 9 Keluarga
Agihan sekeluarga: RM1000
Berikut adalah SEMBILAN penerima sumbangan:
1) 7 org anak yatim di Sg Ramal Dlm
Balu: Siti Azimah Tajuddin (CIMB 7065548933)
2) Seorg anak (Arwah Ilias meninggal komplikasi jantung)
Balu: Akmal Nadirah bt Ali (BIMB 12207020257190)
3) 3 org anak yatim 38/12 Taman Desa Surada
Balu: Iryani
4). 12 org anak yatim di Tmn Tenaga (ayah meninggal)
Balu: Kamisah Hassan (BSN 1013841000110484)
5). 5 org anak yatim (ayah meninggal sbb covid) diTaman Cheras Jaya
Balu: Suziana Zainun (Maybank 11202816161649)
6). 8 orang anak yatim piatu (Kedua ibubapa meninggal mangsa Covid19)
Waris: Nur Amalina (Maybank 15211008165012)
7). Zulizawah bte Roslan (Maybank 162021398776)
8). Anak yatim 3 orang mangsa covid 19
Balu Amyliatul Ainaa
9). Anak yatim 6 orng berumur 6 bulan - 16 thn
Balu Fadhilah tidak bekerja.
Bukti transaksi yang telah dibuat kepada 9 keluarga boleh dirujuk di bawah:

πPELUANG BERINFAQ KEMBALI LAGI. AJK muslimat Al-Mujahidin (UNIT KEBAJIKAN) kali ini melancarkan TABUNG INFAQ UTK ANAK2 YATIM yg telah dikenal pasti memerlukan sumbangan.
Cuma RM20 untuk 1 lot
Sumbangan terkumpul dalam masa 2 minggu ini akan disalurkan kpd 9 keluarga sahaja DAN sumbangan/infaq akan datang akan disalurkan pd keluarga yatim yg lain pula.
-Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kasmah atau Kak Ijan - Semoga usaha ini berterusan insha ALLAH.
πππππ
Terima Kasih Daun Keladi,
Bersihkan Rezeki Berbakti Lagi.
“Ya Allah jadikanlah setiap sen yang mereka infaqkan itu, Engkau gantikan dgn rezeki yang melimpah ruah”
Amin
Unit kebajikan
Muslimat Al-Mujahidin
Taman Desa Surada
3 September 2021
0 ulasan:
Catat Ulasan