Ahad, September 26, 2021

Kepimpinan Wanita Dalam Keluarga oleh Dr. Adawiyah bt Ismail

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Ahad, September 26, 2021 in , | No comments

 ๐Ÿ•ŒMakluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“’PROGRAM: MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN KULIAH DHUHA

๐Ÿ“… TARIKH: 26/9/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

๐Ÿ“ฑGOOGLEMEET 

Klik untuk join๐Ÿ”ฝ

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#fastabiqulkhairat


Catatan penting bagi Kepimpinan Wanita Dalam Keluarga oleh  PM Dr A'dawiyah Bt Ismail:

  1. Kita semua adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
  2. Semuanya mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
  3. Apa yang kita lakukan / cuba lakukan , akan ditanya oleh Allah dan diberi ganjaran tertentu di akhirat kelak.
  4. Perlu pastikan orang di bawah tanggungan kita untuk ikut segala perintah Allah dan tinggalkan laranganNya.
  5. Ini adalah untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
  6. Kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan termasuk atas kejadian kita yang mempunyai kekuatan dan kelebihan sebagai wanita berbanding lelaki.
  7. Jika digunakan dengan cara yang baik/ untuk jalan-jalan kebaikan, Allah tidak akan sia-siakan.
  8. Isteri merupakan teman hidup/ pelengkap kehidupan suami 
  9. Fitrah dan kejadian Wanita sangat sesuai untuk mendidik dan melindungi anak-anak dan keluarga.
  10. Kita kena patuh kepada perintah Allah, baru lah kita boleh memimpin ahli keluarga kita.
  11. Cara isteri bantu suami - betulkan/ tegur kesilapan/ kesalahan suami, ingatkan hal-hal tentang agama, bantu tambah keimanan suami.
  12. Cth bantu tambah keimanan suami - ajak berbuat kebaikan/ kebajikan, lakukan apa yang Allah suka dan redha ( solat-solat sunat, puasa sunat, bersedekah, amal kebajikan).
  13. Isteri boleh pengaruhi suami melakukan perkara-perkara yang baik dari segi agama, jaga rahsia rumahtangga, tingkatkan daya juang suami (beri motivasi, sokongan). 
  14. Isteri akan dapat ganjaran dari Allah jika menyokong dan redha dengan perjuangan dan pengorbanan suami.
  15. Isteri juga perlu sentiasa melindungi dan menjaga suami dan keluarga.
  16. Sayyidina Khadija - seandainya tulang temulang ku ini masih lagi berharga untuk berjuang ke jalan Allah, maka jualkan lah Ya Rasullullah.
  17. Cara sekarang - sedekah duit, beri barangan kepada orang yang memerlukan - pakaian yang masih elok, makanan etc.
  18. Allah akan tambah rezeki mereka yang berinfaq dalam pelbagai bentuk - rezeki, kesihatan, rakan-rakan yang baik etc.
  19. Keimanan wanita solehah dahulu sangat kuat - bantu suami berjuang untuk tingkatkan martabat ummah.
  20. Orang yang sebegini - menyokong perjuangan suami, tanda-tanda penghuni syurga.
  21. Ibu perlu bentuk dan jaga akhlak anak-anak.
  22. Pantauan perlu lebih dalam keadaan sekarang yang mana gajet mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak. 
  23. Kena ingatkan kesan negatif yang banyak terdapat di luar sana.
  24. Sabda Rasullullah saw - wanita merupakan pemimpin rumahtangga suami.....
  25. Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar kepada keluarga.
  26. Perlu cari ilmu, fahami, hayati dan sampaikan kepada ahli keluarga supaya keluarga menjadi informatif dan berilmu.
  27. Ini boleh melindungi ahli keluarga dari gejala yang tidak baik/ kejahilan
  28. Orang yang jahil mudah diambil kesempatan oleh orang lain
  29. Banyakkan amalan untuk bekalan akhirat - solat, baca AlQuran.
  30. Seeloknya buat secara berjemaah bersama keluarga yang baik dalam keluarga akan melahirkan anak-anak soleh.
  31. Membimbing suami supaya menambah keimanan suami seperti mengamal solat sunat, melakukan kebajikan, dengan memberi pesanan secara konsisten.
  32. Isteri boleh mempengaruhi suami untuk melakukan kebaikan dan menyembunyikan keaiban keluarga.  










0 ulasan:

Catat Ulasan