Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

7. Kesan buruk kepada orang dicela akan mencari keburukan pihak lawannya.
8. Orang suka cela mencela ditempatkan ke neraka wail.
9. Contoh Rasulullah SAW mengeru Abu Zar yang menggelar Bilal sebagai anak orang hitam.
10.Rasulullah SAW menggelar dengan gelaran baik Umar Al Khatab sebagai Al Faruq, Abu Bakar digelar As Sidiq, Khalid Al Walid dipanggil Saifullah, isteri baginda Aishah Humairah.
11. Kita perlu menjauhkan diri dari sangkaan buruk terhadap orang lain serta elak mengintip (Tajassus) atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan mengumpat (Al Ghibah) saudaramu.
12. Dalil Al Hujurat -12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
13. Seorang yang suka mengintip orang lain kerana tandanya ada sifat cemburu kepada orang lain.
14. Sesuatu seorang yang baik akan mengenepi sesuatu yang bermanfaat.
15. Orang yang mengumpat seolah-olah memakan dagingnya sendiri.
16. Pengecualian mengumpat hanya dibenarkan apabila:
a. bila dizalimi
b. mengelakkan sesuatu perbuatan mungkar @ mahu mengembalikan seseorang ke jalan yang benar contoh rumah judi
c. bertanya pendapat contohnya Rasululllah SAW menerima aduan wanita bahawa suaminya kedekut kepada isteri dan anak-anaknya. Rasulullah SAW membenarkan wanita mengambil bahagian yang diperlukan secara senyap-senyap.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
18. Cubit peha kiri, peha kana teras jua.
Orang-orang mukmin dalam hal saling mencitai, menyayandi dan mengasihi bagaikan satu tubuh.

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
0 ulasan:
Catat Ulasan