PEDULI AFGHANISTAN
Kenapa perlu peduli ? Afghanistan kini berdepan dengan situasi negara yang agak rumit disamping propaganda yang memburukkan kerajaan. Akibat pelbagai krisis kemanusian dan bencana akibat peperangan yang sangat panjang, kanak-kanak berdepan dengan kelaparan, kurang zat dan susu, tidak ketinggalan golongan warga emas yang terpaksa berpindah rendah bagi menyelamatkan diri.
Musim sejuk dengan suhu antara -10C -12C yang bakal menjelang menjadi ancaman kepada mereka termasuk tiada memiliki tempat berlindung yang sempurna.
Sehubungan itu IMWU Malaysia dengan kerjasama NGO tempatan akan berusaha membantu saudara seakidah kita di sana dalam menghadapi kesempitan dan kepayahan hidup yang sedang dilalui. IMWU Malaysia bersimpati di atas apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afghanistan, untuk turut bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi memberikan segaris senyuman kegembiraan di wajah mereka.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada dana kemanusiaan Afghanistan IMWU Malaysia melalui ;
🏧MAYBANK: 564191014015
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada :
📲 Dr Atikah : 0104609616
📲 Dr Safinar : 0194259251
📲 Fiz : 0192261212
Hari ini kita menghulurkan tangan membantu mereka dan tidak mustahil di masa akan datang, mereka pula yang akan bergandingan membantu kita. Sudah pastinya doa-doa mereka di langit terbuka akan bersama para dermawan.
Follow|Join kami di;
📲Facebook: IMWU Malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan