Ahad, Oktober 03, 2021

Kuliah Dhuha Muslimat Surau Al Mujahidin - Ustazah Shafawati Salihan

Posted by Norhayati Sulaiman on Ahad, Oktober 03, 2021 | No comments

 Tadabbur Surah An Naba'








Pendahuluan
 

Iman adalah keyakinan dan kepercayaan. Ianya dibuktikan melalui perilaku/akhlak. 

Perilaku menunjukkan keyakinan kita kepada sesuatu (Tuhan).

Kerangka/ asas Islam yang utama adalah - aqidah, ibadah, akhlak.

Aqidah adalah keyakinan kepada Allah. Ia juga merupakan manifestasi kepada syahadah yang pertama (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah).

Ibadah pula adalah melakukan apa sahaja perbuatan yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW berpandukan kepada Al Quran .

Aqidah pula adalah menifestasi terhadap aqidah dan kesan dari ibadah.

Cara hidup yang betul adalah daripada apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan manifestasi syahadah yang kedua (Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah).

Akhlak merupakan hasil kepada aqidah dan ibadah. Ia juga merupakan hasil daripada niat yang betul - niat yang betul akan membawa kepada akhlak yang baik/elok.


Kepercayaan kepada Hari Kiamat adalah salah satu daripada Rukun Iman.

Rukun Iman adalah tatacara beriman kepada Allah. 

Cara dan kaedah untuk beriman kepada Alalh:

1. kenal sifat-sifat Allah

2. kenal malaikat-malaikat (tentera Allah)

3. belajar AlQuran (kitabullah) untuk faham dan aplikasikan dalam kehidupan

4. belajar dan fahami perjuangan para Nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW

5. baca dan fahami surah-surah tentang Kiamat untuk menambahkan keyakinan pada hari Kiamat.


Salah satu cara untuk kenal Allah adalah dengan mengenali hari Kiamat. Ini adalah kerana bila kita "kenal" hari Kiamat, kita akan ingat tentang balasan yang Allah sediakan untuk setiap perbuatan kita iaitu nikmat syurga atau azab neraka.


Latar Belakang Surah An Naba'








Ia merupakah salah satu surah Makkiyah, di mana ketika ini usaha dakwah Nabi Muhammad SAW adalah secara rahsia.

Ia merupakan aspek keyakinan yang asas - hidup di dunia ini adalah sementara dan yang kekal hanyalah akhirat..

Cara kita hidup di dunia ini akan menentukan kehidupan kita di akhirat kelak.

Lantaran itu, tema utama surah ini adalah penegasan tentang Hari Kiamat.

Temanya konsisten dengan surah-surah selepasnya iaitu Surah An Naziat dan Surah Abasa.

An Naziat bercerita tentang bukti-bukti (sejarah) tentang mereka yang tidak percaya/ ragu-ragu tentang Hari Pembalasan.

Manakala Surah Abasa menerangkan tentang peribadi mereka di akhirat kelak.

Terdapat satu hadis yang menyatakan bahawa pernah suatu hari seorang sahabat menegur Nabi Muhammad SAW yang telah beruban rambutnya. Jawab Nabi . "yang membuatkan ku beruban adalah, (surah) Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, Ammayatasaaalun, dan 'Abasawatawalla."

Surah An Naba' mempunyai berita yang besar,benar dan mesti disebarkan untuk menambah keyakinan kepada hari Kiamat dan berhati-hati dari segi tingkah laku (akhlak).

Kaitannya dengan surah sebelum itu , iaitu Surah Al Mursalat - keadaan di dalam neraka dan syurga, azab bagi mereka yang tidak mempercayai Hari Kiamat (Hari Pembalasan) dan juga sindiran buat mereka yang meragui tentang Hari Pembalasan.

Dalam Surah Al Mursalat, ayat 1-11 diceritakan tentang keadaan di neraka dan syurga dan

ayat ke-13, cerita tentang hari keputusan (Kiamat).

Dalam Surah An Naba', ayat 17-30, diperincikan tentang Hari Kiamat.

Surah Al Mursalat, ayat 15-17. diceritakan azab buat mereka yang tidak percaya pada hari Kiamat iaitu kaum-kaum yang mendapat azab Allah seperti  Aad dan Tsamud. Manakala bagi kaum yang terkemudian adalah Kaum Musyrikin. Ini adalah peringatan buat mereka yang sering bertanya bilakah Hari Kiamat itu.

Surah Al Mursalat di akhiri dengan sindiran buta mereka yang tidak percayakan Hari Kiamat - jika bukan pada Al Quran, pada apa mereka mahu percaya?

Manakala dalam awal Surah An Naba', ia menyindir mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat  


Segmentasi Surah   




1. Ayat 1-5

- jangan tidak percaya kepada Hari Kebangkitan

- kaum Musyrikin sangat tidak percaya/ragu-ragu tentang Hari Kiamat


2. Ayat 4-5

- cerita tentang orang yang menyesal  (tidak percaya kepada Hari Kiamat)

- penyesalan dan pengakuan mereka tentang Hari Kiamat


3. Ayat 6-16

- bukti kebesaran dan kebijaksanaan Allah (Al Mulk, ayat 15 cerita tentang bumi)

- bumi yang berpusing, gunung sebagai pasak, pasangan hidup, waktu siang dan malam, kejadian langit, matahari, hujan dan sebagainya adalah tanda kekuasaan Allah.

- Ini juga menunjukkan bahawa kehidupan manusia di dunia ini sangat singkat.

- Surah An Naziat, ayat 40, hidup di dunia ini sangat sekejap.


4. Ayat 17-20

- cerita tentang hari keputusan

- keadaan muka bumi ketika berlaku kiamat - langit terbelah, gunung ganang hancur seperti debu 


5. Ayat 21-30

- akibat buruk bagi mereka yang ingkar dan melampaui batas (diberi peringatan tetapi tidak mahu mendengar).

- mereka kekal di dalamnya - Allah berkuasa menghidup dan mematikan makhluk. Tetapi di akhirat kelak, Allah tidak akan mematikan makhluk. Maka kekallah mereka di syurga/neraka.

- Di dalam neraka, ia sangat panas, penghuninya diberikan air yang mendidih dan dari nanah yang jijik.

- Balasan ini semua untuk mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat dan ayat-ayat Al Quran.


6. Ayat 31-37

- bercerita tentang ganjaran bagi mereka yanag bertaqwa - kebun anggur, bidadari yang cantik, gelas-gelas minuman

- bagi kebaikan yanag dibuat, balasanya adalah berlipat kali ganda

- bagi setiap kejahatan yang dibuat, balasannya adalah yang setimpal.


7. Ayat 38-40

- Allah berkuasa menolak segala pembelaan dan pertimbangan, semuanya dengan keizinanNya.

- Allah ingatkan bahawa peringatan telah diberikan, maka pilihan kita untuk mahu menuju ke syurga atau ke neraka.


Kesimpulan


Tanda-tanda kekuasaan Allah sangat jelas - gunung, kejadian siang dan malam, pasangan hidup, tumbuh-tumbuhan.

Ia perlu dlihat dengan matahati.

Adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita mempercayai hari Kiamat di mana azab Allah adalah sangat berat.

Jadikan syurga itu suatu motivasi untuk beramal dan berakhlak dengan sebaiknya.

Yakin pada Allah, takuti balasan Allah dan taat pada Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan