Posted by Surau al-Mujahidin on Isnin, Julai 13, 2009 in kuliah | No comments
Penentangan Kaum ‘Aad terhadap Nabi Hud AS adalah berterusan. Bahkan setiap seruan yang keluar dari mulut Nabi Hud AS dibalas dan disanggah jua. Antara jawapan yang masyhur Kaum ‘Aad terhadap dakwah Nabi Hud AS adalah sebagaimana tercatat di dalam al-Quran surah Hud: 53-54;
Maksudnya: Mereka berkata: Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!
Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu.
Nyata bahawa Kaum ‘Aad adalah;
1. Menolak hujah-hujah dakwah yang dibawa Nabi Hud AS secara terang-terangan.
2. Mereka konsisten dalam kesesatan tidak sesekali ingin meninggalkan sembahan mereka hanya kerana Nabi Hud AS.
3. Mereka menfitnah Nabi Nuh AS sebagai berpenyakit bahkan gila.Manakala dalam ayat selepasnya, penjelasan al-Quran terhadap jawapan kepada kaumnya disimpulkan seperti berikut;
1. nabi Hud AS berlepas diri dari perkara yang dilakukan kaumnya iaitu mensyirikkan Allah SWT.
2. Nabi Hud AS mencabar kaumnya agar membuat perancangan untuk mengenakannya.
3. Nabi Nuh AS menegaskan sesungguhn ya dia bertawakkal kepada Allah SWT.Kuliah maghrib Ustaz Saifullah 12 Julai 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan