Posted by Surau al-Mujahidin on Isnin, Julai 20, 2009 in kuliah | No comments
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Tidak harus darah seseorang muslim kecuali tiga perkara; berzina setelah berkahwin, murtad dari agama Islam dan membunuh manusia bukan kerana hak.
Dari hadith di atas jelas kepada kita Allah SWT telah menetapkan hukum bagi ketiga-tiga perkara di atas. Adalah sangat bersalahan jika manusia yang ada pada hari ini tidak menerima pakai hukum yang telah ditetapkan Allah SWT. Justeru tidak perlu timbul kenapa Allah SWT mewajibkan pemerintah menjalankan hukum hudud, kerana ianya sesuatu hukuman yang telah diwajibkan dan ianya merupakan hak Allah SWT. Amat tidak bertepatan jika ada orang bertanya kenapa Allah SWT mewajibkan solat lima waktu, jawapannya sama dengan hukuman hudud tersebut iaitu hak mutlak Allah SWT.
Apa sebab Allah SWT menentukan hukum hudud? Ianya tiadalah sebab lain kecuali untuk menjaga kehormatan manusia itu sendiri. Ibn Taimiyah menjelaskan melalui perlaksanaan hukum hudud dapat memberi peringatan kepada orang lain agar tidak melakukannya.
Mahu tidak mahu manusia perlu melaksanakannya, ini kerana jika pandangan manusia bercanggah dengan nas ianya menjurus kepada murtad. Dengan mematuhi hukum serta takut pada ketentuanNya, hendaklah kita seboleh mungkin mengikut perintah Allah SWT.
Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Zain 17 Julai 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan