Posted by Surau al-Mujahidin on Jumaat, Mac 20, 2009 in khutbah | No comments
Firman Allah SWT;124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, Mengapa Engkau menghimpunkan Aku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"
126. Allah berfirman: "Demikianlah, Telah datang kepadamu ayat-ayat kami, Maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari Ini kamupun dilupakan".
Jelas dalam al-Quran terdapat banyak peringatan kepada manusia agar manusia sentiasa ingat hak dan ketentuan Allah SWT. Melalui peringatan yang telah dinyatakan dalam al-Quran tiada lagi sebab bagi manusia untuk mendakwa bahawa tidak mengetahui tentang peringatan Allah SWT.
Alangkah malangnya manusia pada hari ini yang tidak mengetahui dan mengetahui tentang peringatan Allah SWT. Tidak cukup dengan itu mereka mengagung-agungkan akal fikiran yang ada pada mereka. Hakikatnya akal tidak akan mencapai tahap yang dapat membezakan antara hak dan batil tanpa hidayah petunjuk dari Allah SWT. Berbangga dengan kebijaksanaan akal sepenuhnya adalah bersalahan kerana manusia adalah makhluk yang lemah.
Dari itu manusia yang tidak mendengar peringatan dari Allah SWT dengan membutakan hati dari mengikut petunjuk akan buta di akhirat kelak. Tiada lagi pilihan bagi setiap manusia mesti mengikut ajaran Islam. Ikutan selain dari Islam pasti membawa kesusahan, kesusahan di dunia mahupun kesusahan di akhirat kelak.
Khutbah Jumaat Ustaz Khairil Khuzairi 20 Mac 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan