Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, Februari 25, 2009 in kuliah | No comments
Solat merupakan suatu tuntutan yang amat besar bagi manusia yang menggelarkan dirinya seorang muslim. Dalam ibadat solat perlakuan yang paling hampir seseorang hamba dengan Maha Pencipta adalah kelakuan ketika sujud. Sujud merupakan kedudukan hamba yang paling hampir dengan Allah SWT. Semakin banyak seseorang melakukan sujud kepada Allah semakin meningkat tahap keimanan seseorang. Ini kerana kelakuan sujud yang wajib bagi seseorang hamba adalah ketika melaksanakan ibadah solat.Di sana terdapat jenis sujud yang tidak secara langsung dikaitkan dengan solat iaitu sujud tilawah. Hukum mengerjakan sujud tilawah adalah sunat. Terdapat sebanyak 14 tempat di dalam al-Quran yang mengandungi ayat yang memerlukan seseorang itu melaksanakan sujud tilawah. Antara surah yang paling masyhur yang sentiasa dan biasa diamalkan masyarakat adalah apabila membaca membaca Surah Sajdah di setiap solat subuh pada hari Jumaat.
Hendaklah diingatkan setiap perbuatan yang kita laksanakan terutamanya perlakuan ibadah hendaklah berdasarkan ilmu. Jika perbuatan yang dilaksanakan hanyalah sebagai ikutan semata-mata pasti ianya tidak mendatangkan manfaat yang sepatutnya, perbuatan yang dilaksanakan tersebut tiada ruhnya dan yang pastinya tidak memberikan kekhusyukan kepada orang yang melaksanakannya.
Petikan dari Kuliah Maghrib Ustaz Yaakub pada 25 Feb 2009.
0 ulasan:
Catat Ulasan