Posted by Surau al-Mujahidin on Jumaat, Februari 27, 2009 in khutbah | No comments
Ketaatan menurut Islam suatu perkara jelas yang perkatakan di dalam Islam. Ketaatan yang hakiki adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul, manakala ketaatan yang lainnya adalah bergantung sejauh mana ianya menuruti perintah dan larangan dari Allah SWT dan Rasul. Dari itu tidak dapat tidak seseorang muslim mesti menuruti sepenuhnya ketaatan kepada Allah dan Rasul.Berlawanan dengan ketaatan ialah ‘derhaka’. Hakikat menderhaka seseorang hamba Allah adalah apabila ianya tidak menuruti kehendak Allah SWT sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Apabila perkara ini berlaku pasti seseorang itu menderhaka. Justeru amat malanglah jika kita dengan mudah menghukum seseorang sebagai penderhaka sedangkan orang tersebut tidaklah menderhaka kepada Allah mahupun Rasul tetapi, tetapi hanya disebebkan pergeseran politik lantas dikatakan ‘penderhaka’.
Salah fahaman konsep derhaka atau taat ini berkisar di sekeliling masyarakat kini. Hanya dua golongan dalam masyarakat yang mampu memperbetulkan kesilapan ini, mereka adalah golongan ‘ulama’ dan umara’. Jika pemimpin yang megatasi ulamak, natijahnya adalah sebagaimana berlakunya krisis perlembagaan di Perak kini. Begitu juga apabila ulamak lebih mementingkan keduniaan, maka mudahlah golongan pemimpin membeli para ulamak.
Mahu ataupun tidak, hendaklah kita sebagai muslim kembali kepada landasan yang hak. Jangan membiarkan ketidakfahaman di kalangan masyarakat terus berleluasa, akibatnya ia akan membawa kepada kehancuran. Carilah pemimpin yang boleh membawa ke jalan sirat al-mustaqim dan ulamak yang sentiasa dengan haq walaupun perit
Sedutan Khutbah Jumaat Ustaz Hasbullah 27 Feb 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan