PROGRAM DAURAH PERDANA FIQH WANITA
Ahad, September 27, 2020
Program daurah yang telah dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari muslimat Taman Desa Surada dan juga kariah sekitar. Program yang julung kali diadakan ini memberikan manfaat yang sangat besar kepada semua peserta kerana dapat menjawab segala persolan yang berkaitan dengan darah wanita. Perkongsian dari Yang Berbahagia Ustaz Hazim Haznan sangat mudah dan terperinci. Program dijalankan mengikut SOP norma baharu. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada peserta, AJK program dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jazakallahu khairan khathira.
Sabtu, September 05, 2020
🌸Majlis Bacaan Yasin Muslimat-5 Sept 2020🌸
AJK Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan program di atas, mengikut ketetapan berikut:
🗓️ : 5 September 2020 ( Sabtu)
🕰️ : 3.00 petang
🧕🏻 : Pn. Zaridah bt Dolmat
🕌 : Surau Al Mujahidin
Program ini telah menyediakan air mineral dan keraian mengikut kaedah norma baharu. Program ini juga hanya dihadiri muslimat berumur 15 tahun ke atas seiring dengan seruan kerajaan seramai 40 orang yang dibimbing oleh Pn Zaridah Dolmat. Ini adalah program pertama yang dibuat secara kelompok yang bersemuka setelah 5 bulan program muslimat dibekukan oleh pihak kerajaan kerana pandemik COVID19. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan meskipun dengan konsep norma baharu.
Ahad, Julai 05, 2020
Merisik Lembu Korban - Olak Lempit Banting
Alhamdulillah 6 ekor telah ditempah untuk acara korban bagi raya haji pada tahun ini. Walaupun dalam suasana dan syarat yang ketat, insyaAllah kita akan cuba sebaik mungkin bagi memenuhi hajat para jemaah yang ingin menjalankan ibadah korban pada tahun ini.
Minum dulu...
dah marking... S @surada
Majlis Tilawah dan Khatam Perdana Kali ke 45
Alhamdulillah, sekali lagi Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada telah diberi kesempatan untuk menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah dan Khatam Perdana anjuran Halaqah Al Quran Muslimat Bandar Baru Bangi (HAM).
Anjuran kali ini yang ke -45 di adakan pada 1 Februari 2020. Ianya bermula pada pukul 12.30 tengahari hinggalah pada pukul 4.30 petang
Seramai hampir 180 orang peserta dari pelbagai surau dan masjid sekitar Bandar Baru Bangi telah menyertai program ini.
Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Muslimat Surau Al Mujahidin, Prof Madya Dr. Siti Norul Huda Sheikh Abdullah dan seterusnya ucapan oleh Pn Mastura selaku Pengerusi HAM.
Majlis diteruskan dengan pembacaan doa pembukaan oleh Pn Zaridah. Seterusnya majlis Khatam AlQuran diteruskan dengan setiap kumpulan membaca satu juzuk yang diketuai oleh seorang atau dua orang Pembimbing Juzuk.
Dalam pukul 3.30 petang, sesi pembacaan AlQuran telah tamat dan doa Khatam AlQuran dibaca oleh Puan Zaridah. Majlis diteruskan dengan penyerahan banner untuk tuan rumah Majlis Khatam Perdana yang berikutnya. Ia nya diikuti pula dengan penyampaian sijil buat surau kita, Surau Al Mujahidin selaku tuan rumah
Majlis ditutupi dengan bacaan selawat ke atas Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad saw. Para hadirin seterusnya dijemput untuk menjamu selera dengan jamuan ringan yang telah disediakan.
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada para petugas yang membantu memudahkan kelancaran program ini. Juga tidak ketinggalan buat para penyumbang yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka dengan rezeki yang melimpah ruah.
Jumaat, Julai 03, 2020
Solat Jumaat & Subuh Pertama Kali Selepas PKP
Alhamdullillah, jemaah muslimin Surau Al-Mujahidin dibenarkan kembali ke surau untuk menunaikan ibadah solat fardhu 5 waktu dan solat fardhu jumaat. Selepas solat subuh pertama pada 3 Julai 2020, imam meminta semua makmum untuk sama-sama sujud syukur kerana telah diberi kesempatan oleh Allah SWT dapat kembali ke surau walaupun pada peringkat awal ini hanya 40 jemaah dibenarkan pada satu-satu masa. Sama-sama kita berdoa semoga wabak Covid19 diangkat sepenuhnya dan segala aktiviti dapat kembali seperti sediakala. Ameen.
Solat Subuh 3/7/2020
Solat Jumaat 3/7/2020
Khatib: Ust Syibree
Bilal : Tn Hj Rosmandi
Pekeliling dari JAIS
Jumaat, Jun 12, 2020
NOTIS COVID 19 - PKPB, JUMAAT 12 JUN 2020.
Ruj Kami: SU/SAM-TDS/2020-2022(28) 12 hb Jun 2020
بِسْمِ الله اِِلرَّحْمَنِ اارَّحِيم 20 Syawal 1441H
KENYATAAN RASMI SURAU AL-MUJAHIDIN BERKAITAN PERINTAH KERAJAAN BERKENAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA PEMULIHAN SERTA PENGUATKUASAAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT, SOLAT BERJEMAAH, PROGRAM PENGIMARAHAN DAN KEMASYARAKATAN DI SEMUA MASJID, SURAU SERTA MUSOLLA DI NEGERI SELANGOR
Berikutan Kenyataan YAB Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada hari Khamis 11 Jun 2020 bersamaan 19 Syawal 1441H, yang telah membenarkan perlaksanaan Solat Jumat dan solat waktu berjamaah serta aktiviti pengimarahan dibeberapa Masjid dan surau bermula pada 12 Jun 2020. Juga dimaklumkan pihak JAIS/PAID Hulu Langat masih belum mengumumkan pendirian berkenaan perkara ini, maka pihak AJK Surau diminta meneruskan mengguna-pakai arahan yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor pada 17hb MAC 2020 bil JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.2(13), Pengurusan Surau Al-Mujahidin mengambil ketetapan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan, seperti berikut;
1) SOLAT JUMAAT, solat waktu berjamaah, aktiviti ceramah di Surau Al-Mujahidin masih DITANGGUHKAN sehingga pengumuman selanjutnya. Walau bagaimanapun Solat Jumaat ini wajib digantikan dengan Solat Zohor berjamaah di rumah masing-masing.
2) Hanya Imam, Bilal dan Siak sahaja yg dibenarkan masuk ke surau pada setiap waktu solat. Namun, para pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yg bertugas serta sebahagian kecil AJK untuk berada di surau untuk menjalankan tugas tertentu di surau. 3) Sebarang urusan jenazah akan diuruskan oleh Biro Kebajikan dan Pengurusan Jenazah Surau Al-Mujahdin mengikut arahan daripada pihak JAIS/MAIS/KKM 4) Seluruh kawasan Surau Al-Mujahidin akan tetap dibersihkan sepenuhnya menggunakan bahan yang dicadangkan oleh KKM. 5) Pihak Surau akan memaklumkan kepada para ahli kariah jika terdapat sebarang perubahan dan perkembangan terkini berkaitan isu ini.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
‘BERKHIDMAT KERANA ALLAH’
Yang benar,
………………………………………………..
(DR SABRI BIN DEWA)
SETIAUSAHA SURAU AL MUJAHIDIN, TAMAN DESA SURADA

Selasa, Mei 26, 2020
Jualan Buku As-Syifa dan Al- Asmaul Al-Husna Penerbit Surau Al Mujahidin
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam dan tuhan yang maha
penyayang dan pengasihani terhadap makhluknya. Selawat
dan salam atas junjungan nabi kita nabi Muhammad SAW
kerana dengan usaha dan tabahnya baginda dalam
menyampaikan wasilah agama Islam dapatlah kita merasai dua
nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Buku kecil ini disusun untuk menyempurnakan sebahagian
hidup kita yang kadang kala kita alpa dan tenggelam dengan hal-hal
duniawi. Dengan disebabkan itu kita sering menjadi tidak terkawal
oleh emosi dan hawa nafsu sendiri. Sebahagiannya pula akan
mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi seperti
darah tinggi, depresi dan sebagainya.
Untuk itu buku ini disusun dengan harapan dapat membantu
mencantikkan rutin harian dan supaya setiap amalan harian kita
mendapat keredhaan Allah. Isi kandungan buku ini mempunyai
Asmaul Husna, ayat Manzil dan doa-doa pilihan yang mana dengan
izin Allah SWT ia akan dapat memberi ketenangan dalam jiwa dan
makin dekat kita kepada Allah makin Allah permudahkan urusan kita
dunia dan akhirat.
Kami ingin memohon maaf jika ada sebarang kelemahan di
dalam buku ini kerana kami insan biasa dan masih belajar dalam
memperoleh keredhaan Allah SWT juga. Dengan itu kami berharap
dengan buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk
didunia dan akhirat. Tidak lupa kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak, keluarga, sahabat dan ahli
jawatan kuasa Surau al-Mujahidin yang telah mendukung bersama
hingga dapat diterbitkan buku ini.
Hasil Jualan Buku RM20 senaskah ini disalurkan sepenuhnya ke Tabung Pembangunan Surau AL Mujahidin.
Nama Penerima: Surau Al Mujahidin Surada
Nama Bank: Bank Muamalat (Cawangan Bandar Baru Bangi)
No akaun: 12100000238717
Kami turut menyediakan jualan e-book. Kepada mereka yang ingin menempah, boleh menghubungi melalui emel masjidalmujahidin@gmail.com, atau ajk lajnah ekonomi norhayatisulaiman3@gmail.com.
[Buku Terbitan Pertama telah habis dijual]
Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
LinkedIn
RSS
Pengunjung
Post Popular
-
Sabda Rasulullah SAW: الدنيا مزرعة الأخرة Maksudnya: dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam bagi akhirat. Dunia perkataan asalnya diambil ...
-
Juraish yang merupakan seorang abid yang terkenal dalam kaum Bani Israel sentiasa mendirikan ibadah di tempat peribadatan yang diterimanya. ...
-
Ceramah & Tayangan Slide Gejala Sosial Masa Kini Pengisian oleh al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Kassim Kordinator Urusetia Menangani Geja...
Kategori
- AGM
- album
- Belajar Jawi
- Bubur Lambuk
- ceramah
- Ceramah Perdana
- covid 19
- Gotong Royong
- hebahan
- israk mikraj
- Kem Tahfiz
- Kembara Dakwah
- khatam
- khatib
- khutbah
- korban
- kuliah
- Kursus Bilal
- Lajnah Muslimat
- Lajnah Pemuda
- Maulid Rasul
- Outdoor
- Pekeliling
- Pembangunan Surau
- program
- PT3
- Remaja
- semasa
- solat gerhana bulan
- solat hajat
- SPM
- suntingan
- tadarus
- Tahlil
- tazkirah
- Yasin
Blog Arkib
-
2024
(20)
- Disember (3)
- Oktober (2)
- September (3)
- Ogos (1)
- Mei (1)
- April (1)
- Mac (3)
- Februari (2)
- Januari (4)
-
2021
(31)
- Disember (1)
- November (3)
- Oktober (7)
- September (4)
- Ogos (6)
- Julai (2)
- Jun (2)
- Mei (1)
- April (2)
- Mac (1)
- Februari (2)
-
2018
(22)
- Disember (2)
- November (1)
- September (3)
- Julai (1)
- Jun (1)
- Mei (3)
- Mac (4)
- Februari (5)
- Januari (2)