Ahad, Julai 05, 2020

Majlis Tilawah dan Khatam Perdana Kali ke 45

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Ahad, Julai 05, 2020 in | No comments
Alhamdulillah, sekali lagi Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada telah diberi kesempatan untuk menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah dan Khatam Perdana anjuran Halaqah Al Quran Muslimat Bandar Baru Bangi (HAM).

Anjuran kali ini yang ke -45 di adakan pada 1 Februari 2020. Ianya bermula pada pukul 12.30 tengahari hinggalah pada pukul 4.30 petang

Seramai hampir 180 orang peserta dari pelbagai surau dan masjid sekitar Bandar Baru Bangi telah menyertai program ini.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Muslimat Surau Al Mujahidin, Prof Madya Dr. Siti Norul Huda Sheikh Abdullah dan seterusnya ucapan oleh Pn Mastura selaku Pengerusi  HAM.

Majlis diteruskan dengan pembacaan doa pembukaan oleh Pn Zaridah.  Seterusnya majlis Khatam AlQuran diteruskan dengan setiap kumpulan membaca satu juzuk yang diketuai oleh seorang atau dua orang Pembimbing Juzuk.

Dalam pukul 3.30 petang, sesi pembacaan AlQuran telah tamat dan doa Khatam AlQuran dibaca oleh Puan Zaridah. Majlis diteruskan dengan penyerahan banner untuk tuan rumah Majlis Khatam Perdana yang berikutnya. Ia nya diikuti pula dengan penyampaian sijil buat surau kita, Surau Al Mujahidin selaku tuan rumah

Majlis ditutupi dengan bacaan selawat ke atas Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad saw. Para hadirin seterusnya dijemput untuk menjamu selera dengan jamuan ringan yang telah disediakan.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada para petugas yang membantu memudahkan kelancaran program ini. Juga tidak ketinggalan buat para penyumbang yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka dengan rezeki yang melimpah ruah.

0 ulasan:

Catat Ulasan