Sabtu, Februari 03, 2024

Rejab Al Mujahidin dihiasi Tadarus & Majlis Khatam Perdana Muslimat Bandar Baru Bangi

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Sabtu, Februari 03, 2024 | No comments


                          


┏━•⊰✿🍀🍁🍀🍁🍀🍁 🍀✿⊱•━┓⁣⁣
 Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran
                Perdana Muslimat
                 Anjuran Bersama
    HAM & SURAU AL-MUJAHIDIN
              Siri 89.0/2016-2024
┗━•⊰✿🍀🍁🍀🍁🍀🍁☘✿⊱•━┛

📆: 3 Februari 2024 (Sabtu)
       [22 Rejab 1445H]
⏰: 8.00 - 11.45 a.m
🏘: Secara bersemuka
       @ Surau Al-Mujahidin
📡: Secara maya
       @ Google Meet
https://meet.google.com/vkb-pgue-qtr
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=692423279760599&id=100000816464482&mibextid=Nif5oz 
🌱Tentatif Program🌱
8.00 a.m - Pendaftaran Peserta
                - Montaj Pendaftaran  HAM       
8.30 a.m - Kata Alu²an Pengerusi Majlis
                - Montaj Aktiviti HAM
8.40 a.m - Ucapan Pengerusi HAM
(Pn Hjh Mastura Bt Abdullah)

8.50 a.m - Ucapan Perasmian
Pengerusi Surau  Al-Mujahidin 
{Ustaz Hj. Mohd. Gaddafi Bin Ibrahim } 

9.00 a.m - Tazkirah Ringkas 
La Tahzan : Al-Quran Ada Jawapannya
(Ustazah Syarifah Zahidah  Bt Syed Nooh)

9.45 a.m - Majlis Tadarus &  Khatam Al-Quran
{Ustazah Zaridah Bt Dolmat}
             🩸Bacaan 3 Qul, S. Al Fatihah,  S.  Baqarah:1-5
             🩸Doa Khatam Al- Quran
11.00 a.m - Penyampaian Cenderahati
                 - Penyerahan Banner 
11.30 a.m - Makan tengah hari (packing)
11.45 a.m - Tamat & Bersurai           
#AlQuranKompasKehidupan

AJK PELAKSANA HAM
AJK SURAU AL-MUJAHIDIN

Coretan dari Pengerusi HAM,  yang telah menyatakan bahawa ini Surau Al Mujahidin telah menganjur program ini bermula 2018 dan sehingga kini sebanyak 5 kali. Tahun 2025 masih mempunyai kekosongan  sekiranya ada Surau sekitar Bandar Baru Bangi yang berminat utuk menjadi penganjur. Pengerusi Surau Al Mujahidin, Ustaz Ghadafi mengharapkan selepas ini peserta qariah yang mengikuti program sebegini akan menjadi lebih ramai bilangannya. Dengan izin Allah, pada pengajuran ke 100, surau ini akan muncul dengan imej baharu.  Ustazah Syakirah membaca dan menjelaskan bahawa hikmah Al Quran itu adalah berkat. Berkat bermaksud sesuatu yang mempunyai kebaikan. Kebaikan Al Quran yang bersifat melimpah ruah ini akan mengalir kepada manusia bagi mereka yang membacanya. Sesiapa sahaja mengaitkan diri dengan  bacaan Al Quran, maka semua kesedihan yang dihadapinya itu akan membina ketaqwaan diri kepada Allah. Apabila kita mendekati Al Quran, ia akan mengubah hati manusia yang keras kepada tunduk kepada kehendak Allah. Nabi SAW mempunyai akhlak dan perbuatan yang mulia seperti yang diterjemahkan dalam Al Quran.  Sekeras-keras batu atau setinggi-tinggi gunung pun jika diletak Al Quran, kalam Allah ini boleh menghancurkamnya  dengan izin Allah. Selain itu, Al Quran juga mengandungi segala bukti dan fakta yang lengkap. Sebelum mukjizat Al Quran diturunkan, masyarakat membunuh anak perempuan dan perempuan dijadikan hamba, malah kota Mekah menjadi pusat maksiat. Sekiranya kita membaca AQuran kerana terpaksa, maka kita sukar menerima hubungan atau bonding dengan Allah. Oleh itu, bertadabur dengan ayat-ayat suci AlQuran adalah penting supaya kita dapat terus memahami isi kandungan AlQuran serta dapat menjalin hubungan dengan Allah secara terus.

The nature of conflict is that you believe in yourself rather than believing in Allah.  Tetapi yakin pada pertolongan Allah, maka Allah akan tolong kepada kita dengan syarat menggunakan mata hati. 

Kehadiran seramai 245 orang telah mencetuskan inspirasi kepada peserta untuk terus mengamal bacaan AlQuran secara harian. Antara amalan bacaan doa dimulai dengan  memuji "Ya Allah engkau adalah al hak, wahai hamba-hambaku yang telah membuat kesilapan dalam dunia, jangan berputus asa dengan rahmatKu dan kata-kataMu adalah kebenaran". Nabi Musa suruh pengikutnya bersabar kerana Allah akan membantu kita. Mukjizat Nabi Isa matanya buta dan akhirnya boleh lihat semula.  Al Quran adalah mukjizat yang ada di hujung tangan dan lidah kita. Apabila kita bercerita pasal Al Quran, semua akan tunduk pada Allah termasuk Firaun mengaku bahawa Allah adalah Esa ketika berada dalam keadaan gentir atau nazak. Apabila ingin berbicara, eloklah berdoa supaya Ya Allah, aku yang meminjam lidah kurniaan Allah ini dapat menyampaikan ilmu Al Quran dengan lancar dan baik.

Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.


 




Tahniah diucapkan kepada Surau Al Amin dan Masjid Al Falah telah memenangi tempat pertama dan kedua bagi peserta teramai yang hadir ke program ini. Sudah pasti kemenangan ini dapat memotivasikan qariah Surau Al Amin untuk mengadakan penganjuran kali ke 90 yang lebih menarik. Majlis ditutup dengan bacaan bacaan Juz 30 bermula Surah  3 Qul dan seterus diikuti Al Baqarah 1-5  dan  doa 
oleh Ustazah Zaridah Dolmat. 


0 ulasan:

Catat Ulasan