Rabu, September 08, 2010

Lawatan Rasmi YB Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, September 08, 2010 in | No comments

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/09/penduduk-desa-surada-suka-menderma.html


Setiap Ramadhan ADNS Bangi berkesempatan hadir ke Desa Surada menyertai majlis-majlis sempena Ramadhan yang dianjurkan oleh surau tersebut. Pada kali ini tanggal 23 Ramadhan 1431 bersamaan 2 September 2010 ADNS Bangi dijemput ke Majlis Penyampaian Sumbangan kepada faqir miskin di surau tersebut. Apa yang menarik Desa Surada yang mempunyai sebanyak 450 buah rumah dengan penduduk lebih kurang dua ribu orang adalah merupakan penduduk yang bersatu padu dan menjayakan banyak projek secara bersama seperti mendirikan surau, membangunkan waqaf dan mengadakan berbagai kegiatan kemasyarakatan yang kebanyakan digerak melalui surau.

Derma Ramadhan yang dipungut melalui surau pada kali ini berjumlah sebanyak RM33,000. Menurut Saudara Shukor Atan, Pengerusi Surau,

``Daripada kutipan ini diperuntukkan bagi moreh Ramadhan sebanyak RM10,000, manakala bagi penyampaian bantuan pada malam ini diperuntukkan sebanyak RM5,500. Selebihnya digunakan bagi pembangunan surau.``

Pada malam ini seramai 48 orang menerima sumbangan. Mereka terdiri dari ibu tunggal, warga mas, anak yatim dan faqir miskin. Jumlah yang diagih kepada setiap kategori tidak sama, bergantung pada kelayakan dan keperluan.

ADNS Bangi bersama En. Yusof Bachik dan Saudara Shukor Atan sama-sama menyampaikan jumlah agihan yang diperuntukkan di atas bersama sedikit tambahan barangan yang dibawa dari Pejabat ADNS Bangi.


Sementara itu selepas minum dan menjamah moreh yang disediakan ADNS Bangi dan tamu-tamu dibawa melihat Projek Pembinaan waqaf di tepi padang, tidak berapa jauh dari Surau. Waqaf ini hampir siap. Bahan didapati dari bahan-bahan lebihan bangunan dan tambahan. Waqaf kelihatan cantik dan menarik. Waqaf boleh digunakan berbagai tujuan seperti tempat menunggu bas, pentas ceramah, hentian jogger, tempat rehat dan pondok mainan anak-anak. Desa Surada Maju kerana Aktif Pimpinan Masyarakatnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan