Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk tuhanmu dan berkorbanlah"
(Al-Kauthar : 2)
Bersempena dengan perayaan Aidiladha yang dijangka pada 27 Nov 2009 bersamaan 10 Dzulhijjah 1432 Hijrah, pihak Masjid Al-Mujahidin bercadang untuk melaksanakan program Ibadah Korban.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan dari seluruh warga Desa Surada dan taman-taman berhampiran untuk turut sama menjayakan program korban ini.
Banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT dalam melakukan ibadat ini antaranya ialah mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT, dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat manakala bulu binatang yang dikorbankan itu juga
adalah satu kebajikan.
Namun, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadat korban ialah agar ia dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu.” (Surah al-Hajj ayat 37)
Menyedari akan kelebihan ibadat korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan segera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
Justeru pihak Masjid amat mengharapkan penyertaan dari tuan puan sekelian.

0 ulasan:
Catat Ulasan