Posted by Surau al-Mujahidin on Selasa, September 01, 2009 in kuliah | No comments
Ulamak menukilkan Allah SWT menghiasi 10 perkara dengan 10 perkara;1. Langit dihiasi dengan bulan bintang sebagai pelengkapnya.
2. Syurga dihiasi dengan para bidadari sebagai penyerinya.
3. Malaikat dihiasi Jibril sebagai ketuanya.
4. Para nabi dan rasul dihiasi Nabi Muhammad SAW sebagai penutupnya.
5. Segala kitab yang diturunkan dihiasi al-Quran sebagai pengakhirannya.
6. Masjid-masjid yang ada hanya Masjid al-Haram dihiasi darjat yang paling tinggi beribadah di dalamnya.
7. Sungai di dunia dihiasi dengan Sungai Nil yang dimaklumi manfaat dari dahulu kala hingga kini.
8. Kecantikan alam ini dapat digambarkan dengan keadaan Nabi Yusuf AS yang dihiasi Allah SWT personaliti paling cantik.
9. Setiap hari dalam seminggu dihiasi dengan Hari Jumaat sebagai penghulunya.10. Bulan yang ada dihiasi dengan bulan Ramadhan sebagai bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan.
Di samping itu Allah SWT turut menjadikan lima racun dan padanya lima penawar;
1. Dunia, zuhud sebagai penawarnya.
2. Harta, zakat sebagai penawarnya.
3. Nista, zikir sebagai penawarnya.
4. Riya’, ikhlas sebagai penawarnya.
5. Setiap tahun, Ramadhan sebagai penawarnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, senyap orang yang berpuasa adalah tasbih, setiap dosa kecil orang yang berpuasa diampun, amal ibadah orang yang berpuasa diberi ganjaran berganda dan doa orang yang berpuasa diperkenankan.
Diriwayatkan seorang sahabat bermimpi, di dalam mimpinya dia melihat tentang ganjaran amalan yang telah dilakukannya terhadap orang lain. Allah SWT mempertontonkan kepadanya walau dia lakukan sedikit tetapi ganjarannya cukup besar. Mimpinya adalah;
1. Untung kalau banyak kali, ini kerana beliau hanya sekali menolong orang tua yang berada di dalam kesusahan. Alangkah baiknya jika dapat menolong banyak kali.
2. Untung kalau banyak, ini kerana pernah suatu ketika beliau mempunyai segelas susu dan dua buku roti. Pada masa tersebut ada seorang yang sangat memerlukan meminta makanan daripadanya lalu diberikan salah satu roti yang dimilikinya dan susu diminumnya seorang. Alangkah baiknya kalau dia dapat memberi banyak kepada orang tersebut.
3. Untung kalau baru, ianya berlaku ketika mana seorang miskin amat memerlukan pakaian lalu diberikan kepada orang tersebut pakaiannya yang telah terpakai. Sedangkan alangkah baik jika dia memberikan pakaian yang baru dan cantik.
Begitu pula keadaannya suatu ketika Rasulullah SAW menaiki tangga mimbar pertama diucapkan amin, tangga kedua amin dan tangga ketiga amin.
Setelah selesai berkhutbah para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW tentang ucapan aminnya tadi. Rasulullah SAW menjelaskan;
1. Semasa menaiki anak tangga pertama Jibril memberitahunya setiap kali bila nama Rasulullah SAW disebutkan tidak ramai yang mengucapkan selawat ke atasnya.
2. Semasa menaiki anak tangga kedua Jibril menjelaskan ramai di kalangan ibubapa yang anaknya tidak mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa kedua ibubapa mereka.
3. Semasa menaiki anak tangga ketiga Jibril mengatakan manusia bertemu Ramadhan tetapi dosa-dosa mereka tetap tidak terampun.
Itulah sedikit sebanyak yang boleh dimuhasabahkan kepada kita tatkala bertemu Ramadhan yang mana padanya pelbagai kebaikan, kenikmatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah SWT.
Kuliah Ramadhan Ustaz Abu Hasan al-Ash’ari 10 Ramadhan 1430
0 ulasan:
Catat Ulasan