Jumaat, November 08, 2013

Ahad, Oktober 13, 2013

Ucapan Pengerusi Surau Sempena Idul Adha

Tn Hj Yazid Ansilin, Pengerusi Surau al-Mujahidin Desa Surada

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, dapat dipertemukan buat julung kalinya ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 18:
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Justeru amanah memakmurkan Rumah Allah adalah suatu yang besar dan berat, tanpa dinafikan disini jualah merupakan ladang untuk mendapatkan sebanyak mungkin pahala dari-Nya. Bermula dari melaksanakan solat secara berjamaah hinggalah kepada mendengar dan menyebarluaskan ilmu dan dakwah yang diperoleh darinya.
Kesempatan ini juga bersama kita mendoakan saudara-saudara kita yang menunaikan Ibadah Haji agar mereka memperolehi haji yang mabrur, manakala bagi yang belum melaksanakannya pasanglah niat tatkala usia masih muda moga-moga ianya dimakbulkan Allah SWT.
Sekian, wassalam.


Isnin, Oktober 08, 2012

Jemputan Ibadah Korban 1433 H

Surau al-Mujahidin akan mengadakan Program Ibadah Korban pada 10 Zulhijjah 1433 bersamaan 26 Okt 2012 (Jumaat). Harga satu bahagian RM 300.00 - RM 400.00 bergantung pada tempat yang hendak dilakukan ibadah tersebut. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan En. Daud (012 3326602), En Idris (013 3455163) dan Tn Hj Majron (017 3389312)


Jumaat, Mei 18, 2012

Khutbah Jumaat 8 tuntutan bersih

18 Mei 2012 Khatib Jemputan al-Fadhil Ustaz Jamir Saad

Selasa, Oktober 25, 2011

Selasa, April 19, 2011