Rabu, April 08, 2009

Sifat Yang Perlu Dimiliki Imam

Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, April 08, 2009 in | No comments
Dalam sesuatu organisasi, kumpulan mahupun pekerjaan perlu ada seorang ketua. Begitu halnya apabila dalam solat berjamaah memerlukan seorang ketua yang disebut sebagai imam. Jika pemilihan ketua dalam sesuatu organisasi penting bagi membentuk corak pentadbiran dan pengurusan, pemilihan imam di dalam solat adalah lebih penting dari perkara tersebut. Ini kerana solat merupakan tunggak asas bagi kehidupan setiap muslim.

Untuk itu imam yang dipilih bagi mengetuai solat berjamaah memerlikan kriteria yang khusus selaras tuntutan kehendak agama. Muslim meriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud orang yang menjadi imam perlulah yang paling baik bacaannya, jika sama keadaannya dengan yang lain maka hendaklah memilih orang yang paling alim dengan sunnah, jika sama juga dengan yang lain maka pilihlah siapa yang lebih dahulu berhijrah, jika sama juga maka hendaklah memilih orang yang lebih tua.

Berdasarkan perkara di atas kebanyakkan ulamak menetapkan syarat-syarat sifat orang yang menjadi imam adalah seperti berikut;

1. Orang yang paling faqih iaitu orang yang pali dalam pengetahuan ilmu agamanya.
2. Orang yang paling elok bacaannya dalam erti kata betul dengan kehendak tajwidnya berserta dengan kefasihan bacaan.
3. Orang yang mempunyai akhlak yang terpuji, bukan sekadar tonjolan semata-mata tetapi yang sebati dalam diri jiwanya.
4. Orang yang paling tua, namun perlulah diperhalusi iaitu perlu melepasi ketiga-tiga syarat yang telah dinyatakan di atas.

Oleh itu seseorang yang menjadi imam sepatutnya memahami dan mengetahui tentang sifat-sifat yang seharusnya dimiliki oleh imam.

Kuliah Maghrib Ustaz Yaakub 8 April 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan