Rabu, Februari 28, 2018

Pekeliling Urusan Jenazah

Pekeliling Surau Al-Mujahidin (SAM) berkaitan dengan Pengurusan Jenazah, Kos dan Terma. Sebarang pertanyaan atau perjelasan lanjut, sila berhubung dengan Cikgu Johari selaku Ketua Lajnah Kebajikan.

Jumaat, Februari 23, 2018

Mesyuarat Agung ke 13 Surau Al Mujahidin

Info

Tarikh : 23/2/2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Ruang solat surau

Aktiviti bergambar


Banner & E-banner notis mesyuarat

Pendaftaran

Ucapan aluan Pengerusi Surau

Perasmi Tn Hj Mohd Azam Hamzah, Pengerusi PPDSB






Bahas usul

Barisan AJK

Selasa, Februari 20, 2018

Kursus Penyampaian Khutbah Berkesan Daerah Hulu Langat


20-21 Feb 2018
Dewan Melati
ILDAS, Sg Air Tawar
Selangor

Alhamdulillah 2 wakil dari Surau Al-Mujahidin hadir menghadiri kursus iaitu Ust Mohd Gaddafi dan Hj Rosmandi. Tahniah buat kedua2 peserta.

Ahad, Februari 18, 2018

Notis Panggilan Mesyuarat Agung 2017

Assalamualaikum,

Penasihat Surau Al-Mujahidin
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada
Ahli Qariah Taman Desa Surada
Ahli Qariah Taman Melati
Ahli Qariah Taman Seri Mutiara
Ahli Qariah Taman Mutiara Villa
Ahli Qariah Surada Residen
& Ahli Qariah Persekitaran Desa Surada

 Ybhg Dato’/Tuan/Puan,

Notis Mesyuarat Agung  Tahun 2017, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

Merujuk kepada perkara tersebut di atas, Mesyuarat Agung, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 23 hb Februari 2018 (Jumaat), 27 J’ Akhir 1439H
Masa: Selepas Solat Isya’
Tempat: Dewan Solat, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

Sila kemukakan usul-usul (jika ada) secara bertulis kepada Setiausaha sebelum tarikh 18hb Februari 2018 (Isnin) melalui sms / whatsapp (01135396282) atau melalui link di bawah:

https://goo.gl/GXx7uX

Kerjasama dan kehadiran tuan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima  kasih.

Sekian,

Yang menjalankan Amanah. 

   .  tt.
(AZMAN A. RAHMAN)
Setiausaha

Jumaat, Februari 09, 2018

Kursus Muazzin Siri 2

Tarikh : 9/2/2018 (Jumaat mlm lps Isyak)
Pembimbing : Ustaz Muslim