Jumaat, Januari 08, 2010

Penggunaan Nama Allah

Terdapat dua pendapat berkaitan penggunaan nama Allah oleh agama-agama selain Islam. Pendapat pertama mengatakan ianya tidak boleh digunakan dan pendapat kedua pula mengatakan ianya dibenarkan.

Hakikatnya kalimah Allah sememangnya digunakan penganut Kristian di Negara-negara Arab. Mereka ini lebih dikenali sebagai ‘Qibti’. Hal ini turut tidak dinafikan penggunaannya sebagaimana yang termaktub dalam Kitab Barnabas iaitu salah satu kelompok Kitab Injil. Bahkan secara total kitab ini menggunakan Allah padanya.

Namun di dalam ‘Holy Bible’ yang lain terdapatnya percampuran penggunaan istilah Allah ini. Ianya disebabkan ada kalanya ia dizahirkan sebagai Tuhan Bapa, tuhan Anak ataupun Ruh al-Qudus.

Justeru penggunaan istilah ini oleh Kristian di Malaysia adalah bercelaru. Mungkin di sana terdapatmuslihat-muslihat lain yang ingin diambil kesempatan oleh mereka. Katakanlah mereka beralasan mahu menggunakan istilah asal sebagaimana yang terdapat di dalam Bible, ianya adalah suatu yang bersalahan kerana bahasa asal Nabi Isa ialah bahasa ‘aramaic’ bukannya bahasa Arab.

Natijah akhirnya mereka cuba menyamakan konsep Allah di dalam Kristian adalah sama konsepnya di dalam Islam.

Kuliah maghrib Prof Madya Ustaz Kamaruddin Salleh 6 Januari 2010

Rabu, Januari 06, 2010

Isnin, Januari 04, 2010

Sekitar Forum Tahun Baru

Pentas Forum

Dataran Surau

Dr Badrulamin Bahrom

Ustaz Shauki Othman

Urusetia Forum Tahun Baru

Pengarah Program

Pengerusi Surau

AJK Surau

Sesi soal jawab

Sidang hadirin

Jumaat, Januari 01, 2010