Jumaat, Februari 27, 2009

Konsep Ketaatan

Ketaatan menurut Islam suatu perkara jelas yang perkatakan di dalam Islam. Ketaatan yang hakiki adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul, manakala ketaatan yang lainnya adalah bergantung sejauh mana ianya menuruti perintah dan larangan dari Allah SWT dan Rasul. Dari itu tidak dapat tidak seseorang muslim mesti menuruti sepenuhnya ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Berlawanan dengan ketaatan ialah ‘derhaka’. Hakikat menderhaka seseorang hamba Allah adalah apabila ianya tidak menuruti kehendak Allah SWT sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Apabila perkara ini berlaku pasti seseorang itu menderhaka. Justeru amat malanglah jika kita dengan mudah menghukum seseorang sebagai penderhaka sedangkan orang tersebut tidaklah menderhaka kepada Allah mahupun Rasul tetapi, tetapi hanya disebebkan pergeseran politik lantas dikatakan ‘penderhaka’.

Salah fahaman konsep derhaka atau taat ini berkisar di sekeliling masyarakat kini. Hanya dua golongan dalam masyarakat yang mampu memperbetulkan kesilapan ini, mereka adalah golongan ‘ulama’ dan umara’. Jika pemimpin yang megatasi ulamak, natijahnya adalah sebagaimana berlakunya krisis perlembagaan di Perak kini. Begitu juga apabila ulamak lebih mementingkan keduniaan, maka mudahlah golongan pemimpin membeli para ulamak.

Mahu ataupun tidak, hendaklah kita sebagai muslim kembali kepada landasan yang hak. Jangan membiarkan ketidakfahaman di kalangan masyarakat terus berleluasa, akibatnya ia akan membawa kepada kehancuran. Carilah pemimpin yang boleh membawa ke jalan sirat al-mustaqim dan ulamak yang sentiasa dengan haq walaupun perit

Sedutan Khutbah Jumaat Ustaz Hasbullah 27 Feb 2009

Rabu, Februari 25, 2009

Sujud Tilawah

Solat merupakan suatu tuntutan yang amat besar bagi manusia yang menggelarkan dirinya seorang muslim. Dalam ibadat solat perlakuan yang paling hampir seseorang hamba dengan Maha Pencipta adalah kelakuan ketika sujud. Sujud merupakan kedudukan hamba yang paling hampir dengan Allah SWT. Semakin banyak seseorang melakukan sujud kepada Allah semakin meningkat tahap keimanan seseorang. Ini kerana kelakuan sujud yang wajib bagi seseorang hamba adalah ketika melaksanakan ibadah solat.

Di sana terdapat jenis sujud yang tidak secara langsung dikaitkan dengan solat iaitu sujud tilawah. Hukum mengerjakan sujud tilawah adalah sunat. Terdapat sebanyak 14 tempat di dalam al-Quran yang mengandungi ayat yang memerlukan seseorang itu melaksanakan sujud tilawah. Antara surah yang paling masyhur yang sentiasa dan biasa diamalkan masyarakat adalah apabila membaca membaca Surah Sajdah di setiap solat subuh pada hari Jumaat.

Hendaklah diingatkan setiap perbuatan yang kita laksanakan terutamanya perlakuan ibadah hendaklah berdasarkan ilmu. Jika perbuatan yang dilaksanakan hanyalah sebagai ikutan semata-mata pasti ianya tidak mendatangkan manfaat yang sepatutnya, perbuatan yang dilaksanakan tersebut tiada ruhnya dan yang pastinya tidak memberikan kekhusyukan kepada orang yang melaksanakannya.

Petikan dari Kuliah Maghrib Ustaz Yaakub pada 25 Feb 2009.

ALLAH AL-MUSAWWIR

Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Saban hari kita berkunjung ke tempat-tempat awam untuk beriadhah, menenangkan fikiran serta menjalankan lain-lain aktiviti sosial. Adakah kita sentiasa memerhatikan wajah-wajah manusia di sekitar kita? Apakah wujudnya persamaan atau kelainan antara mereka? Subhanallah, hanya Allah Yang Maha Menciptakan Segala Rupa Bentuk (al-Musawwir) sahaja yang bebas dan berkuasa menentukan rupa bentuk manusia mengikut kehendak dan ketentuan-Nya.
Seorang ibu yang baru melahirkan anak pasti mengharapkan anaknya comel dan cantik. Namun dia tiada upaya menentukan rupa bentuk anaknya tersebut. Urusan menentukan rupa bentuk seseorang manusia hanyalah terserah kepada Allah.
Manusia tidak sesekali boleh mencampuri urusan Allah dalam segala hal sekalipun. Tiada keupayaan manusia untuk campur tangan dalam urusan Allah. Sebagai contoh tarikh kematian seseorang hanya Allah sahaja yang tahu, tiada sesiapa yang boleh meminta ditangguhkan atau sebagainya.
Maha Suci Allah Yang Maha Menciptakan Segala Rupa Bentuk (al-Musawwir). Kita tidak boleh mengubah rupa bentuk atau wajah yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Jika dilakukan juga sama ada melalui teknik pembedahan atau kaedah teknologi moden yang lain ianya dikira mengubah ciptaan Allah. Melainkan jika pembedahan atau kaedah yang dilakukan tersebut untuk tujuan kesihatan.
Sepatutnya perkara yang perlu diubah dalam diri manusia adalah perangai dan akhlak, bukannya merubah rupa bentuk zahiriah yang Allah ciptakan. Daripada perangai yang berada di tahap mazmumah (buruk) kepada tahap mahmudah (baik) dan daripada seorang yang tidak berakhlak kepada seorang yang berakhlak mulia. Allah Yang Maha Menciptakan Segala Rupa Bentuk (al-Musawwir) mencakupi seluruh makhluk ciptaannya. Allah menjadikan haiwan ada yang bengis, hodoh dan manja. Allah menjadikan pantai dan lautan sentiasa memberikan ketenangan apabila mengunjunginya. Allah menjadikan bunga-bungaan dengan pelbagai warna menjadikan ianya sentiasa menarik perhatian dan Allah menjadikan manusia rupa yang pelbagai supaya manusia mensyukuri nikmat-Nya. – Asuh April 2007.

Selasa, Februari 24, 2009

Fikir-Fikirkan

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hashr:

öqs9 $uZø9t“Rr& #x‹»yd tb#uäö�à)ø9$# 4’n?tã 9@t6y_ ¼çmtF÷ƒr&t�©9 $Yèϱ»yz %YæÏd‰|ÁtF•B ô`ÏiB ÏpuŠô±yz «!$# 4 š�ù=Ï?ur ã@»sVøBF{$# $pkæ5ÎŽôØtR Ĩ$¨Z=Ï9 óOßg¯=yès9 šcrã�©3xÿtGtƒ ÇËÊÈ

21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Merujuk kepada ayat di atas jelas Allah SWT memberi peringatan kepada manusia bahawa al-Quran merupakan satu anugerah yang amat besar. Ianya merupakan suatu amanah kepada umat manusia. Bukit-bukau, gunung-ganang yang besar dan keras pun tidak sanggup menanggung al-Quran, tetapi manusia yang hanya mempunyai sekeping hati yang fizikalnya cukup lembut sanggup menerima al-Quran.

Namun jika dilihat secara mendalam, hati manusia yang lembut sebenarnya adalah lebih keras dari batu yang berada di bukit dan gunung sekiranga mereka tidak mengikut dan menuruti kandungan ayat-ayat al-Quran. Jika tidak kerana hati yang keras pasti tiada di atas dunia ini manusia yang kufur ingkar dengan perintah Allah SWT.

Segala perumpamaan dan kenyataan yang terdapat di dalam al-quaran tiada memberi apa-apa manfaat jika manusia tidak memikirkannya dengan akal yang sihat dan waras. Jika pemikiran yang digunakan secara rasional pasti natijah akhirnya akan membawa manusia ke arah positif yang sedar dan takut akan suruhan dan larangan Allah SWT.

Sedutan dari Kuliah Maghrib Datuk Dr Sidik Fadhil 24 Feb 2009