Isnin, Julai 20, 2009

Hukum Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Tidak harus darah seseorang muslim kecuali tiga perkara; berzina setelah berkahwin, murtad dari agama Islam dan membunuh manusia bukan kerana hak.

Dari hadith di atas jelas kepada kita Allah SWT telah menetapkan hukum bagi ketiga-tiga perkara di atas. Adalah sangat bersalahan jika manusia yang ada pada hari ini tidak menerima pakai hukum yang telah ditetapkan Allah SWT. Justeru tidak perlu timbul kenapa Allah SWT mewajibkan pemerintah menjalankan hukum hudud, kerana ianya sesuatu hukuman yang telah diwajibkan dan ianya merupakan hak Allah SWT. Amat tidak bertepatan jika ada orang bertanya kenapa Allah SWT mewajibkan solat lima waktu, jawapannya sama dengan hukuman hudud tersebut iaitu hak mutlak Allah SWT.

Apa sebab Allah SWT menentukan hukum hudud? Ianya tiadalah sebab lain kecuali untuk menjaga kehormatan manusia itu sendiri. Ibn Taimiyah menjelaskan melalui perlaksanaan hukum hudud dapat memberi peringatan kepada orang lain agar tidak melakukannya.

Mahu tidak mahu manusia perlu melaksanakannya, ini kerana jika pandangan manusia bercanggah dengan nas ianya menjurus kepada murtad. Dengan mematuhi hukum serta takut pada ketentuanNya, hendaklah kita seboleh mungkin mengikut perintah Allah SWT.

Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Zain 17 Julai 2009

Mencapai Mujahid

Sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW yang dikategorikan di dalam mujahid ialah orang yang berperang di jalan Allah SWT bagi meninggikan kalimah Allah SWT. Selain itu orang yang sentiasa berusaha menundukkan hawa nafsu tirut digolongkan sebagai mujahid. Manakala golongan yang ketiga adalah golongan yang membuang segala kepentingan peribadi untuk mengikut jalan Allah SWT.

Namun malangnya kebanyakan manusia pada hari ini lebioh sibuk dengan fahaman dan ideologi yang ada kepentingan duniawi semata-mata. Satu bahagian manusia lain pula hanya sibuk dengan urusan mencari rezeki tanpa menghirau tuntutan-tuntutan selainnya.

Al-Syeikh Said Hawa menjelas bagi mencapai maksud mujahid perlu berlandaskan taqwa, dengan taqwa akan menghasilkan hidayah dan dengan hidayah akan menghasilkan mujahadah. Bagi mencapainya hendaklah sentiasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT. Tidaklah orang yang suka berbangga diri dengan berperang sebagai mujahid tetapi setiap apa yang dilaksanakannya bukan kerana ada sebab-sebab lain kecuali kerana Allah SWT.

Kuliah Maghrib Ustaz Khairil Khuzairi 14 Julai 2009

Isnin, Julai 13, 2009

Penentangan Kaum ‘Aad

Penentangan Kaum ‘Aad terhadap Nabi Hud AS adalah berterusan. Bahkan setiap seruan yang keluar dari mulut Nabi Hud AS dibalas dan disanggah jua. Antara jawapan yang masyhur Kaum ‘Aad terhadap dakwah Nabi Hud AS adalah sebagaimana tercatat di dalam al-Quran surah Hud: 53-54;

Maksudnya: Mereka berkata: Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!

Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu.

Nyata bahawa Kaum ‘Aad adalah;

1. Menolak hujah-hujah dakwah yang dibawa Nabi Hud AS secara terang-terangan.
2. Mereka konsisten dalam kesesatan tidak sesekali ingin meninggalkan sembahan mereka hanya kerana Nabi Hud AS.
3. Mereka menfitnah Nabi Nuh AS sebagai berpenyakit bahkan gila.

Manakala dalam ayat selepasnya, penjelasan al-Quran terhadap jawapan kepada kaumnya disimpulkan seperti berikut;
1. nabi Hud AS berlepas diri dari perkara yang dilakukan kaumnya iaitu mensyirikkan Allah SWT.
2. Nabi Hud AS mencabar kaumnya agar membuat perancangan untuk mengenakannya.
3. Nabi Nuh AS menegaskan sesungguhn ya dia bertawakkal kepada Allah SWT.

Kuliah maghrib Ustaz Saifullah 12 Julai 2009

Jumaat, Julai 10, 2009

Kelebihan Surah al-Sajadah & al-Mulk

Imam al-Bukhari meriwayatkan Jabir r.a berkata “Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga membaca dua surah iaitu Surah Sajadah dan Surah al-Mulk”

Berdasarkan hadith di atas dinyatakan barangsiapa yang mengamalkan kedua-dua surah tersebut di malam sebelum tidur akan memperolehi kelebihan sebanyak 70 kebaikan.

Selain itu diangkat baginya 70 darajat serta digugurkan padanya 70 keburukan dalam melepaskan siksaan azab kubur.

Kuliah Subuh Ustaz Gunawan 5 Julai 2009

Khamis, Julai 09, 2009

Isnin, Julai 06, 2009

Kategori Amalan Manusia

Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “setiap amalan manusia akan dituliskan sama ada amalan baik atau tidak baik”.
Dari maksud di atas terdapat empat kategori manusia yang dikira termasuk dalam melakukan perbuatan tersebut iaitu;

1. Orang yang berniat hendak melakukan perbuatan baik tetapi tidak berkesempatan melakukannya disebabkan ada keuzuran tertentu. Niat yang baik tersebut tetap diberi ganjaran sebanyak satu kebajikan.

2. Orang yang berniat dan bercita-cita hendak malakukan kebaikan dan dapat melakukan kebaikan tersebut pasti akan memperoleh ganjaran. Allah SWT akan memberi banyak ganjaran bermula dari 10 kebajikan sehingga mencecah 700 kebajikan bergantung kepada tahap amalan yang dilaksanakannya.

3. Orang yang berniat dan berkemampuan melakukan perkara kejahatan tetapi tidak melakukannya, Allah SWT tetap memberi ganjaran satu kebajikan.
4. Orang yang berniat berbuat kejahatan dan merealisasikan kejahatan tersebut, Allah SWT akan memurkainya dan akan ditulis padanya satu kejahatan.

Betapa Allah SWT melayan manusia sedemikian rupa dan semestinya manusia manusia merebut peluang serta ruang yang diberikan Allah SWT bagi memperoleh ganjarannya.

Kuliah Maghrib Prof Madya Ustaz Kamaruddin Salleh 1 Julai 2009

Renungan Akal

Akal merupakan anugerah yang paling besar Allah SWT menganugerahkan kepada makhluk bergelar manusia. Apabila berfikir pasti menggunakan akal, ini menjadikan akal dalam bentuk fizikalnya otak istimewa bagi setiap manusia. Namun jika otak yang ada pada manusia tidak digunakan untuk berfikir ke arah rasional dan ke arah perkara kebaikan, tarafnya sama dengan otak yang ada pada makhluk lain terutamanya binatang. Bahkan otak lembu lebih baik dari otak manusia jika manusia tidak menggunakan fungsi otak yang dinamakan ‘akal’. Otak lembu boleh dijadikan makanan tetapi otak manusia tidak.

Justeru gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya dengan berfikir perkara-perkara yang dituntut Allah SWT. Antara keperluan akal ialah;

1. Merenung Penciptaan Allah SWT

Jika direnungi ciptaan Allah SWT terhadap binatang telah cukup untuk menginsafkan kita. Nyamuk yang kecil kejadiannya ditakdirkan Allah SWT hidup dalam hidung Namrud selama 400 tahun. Akibat dari gangguan dari nyamuk, Namrud terpaksa mengupah seseorang untuk mengetuk kepalanya apabila nyamuk tersebut mengganggunya.

Begitu jua lebah yang mengambil madu, tidak pernah sesekali merosakkan bunga-bunga dan tanaman malahan tanaman yang dihinggapinya semakin subur. Semut pun sama, apabila semut hitam yang menjumpai gula pasti kawanan semut hitam yang akan mengerumuni gula tersebut. Tidak pernah sesekali semut hitam berebut kawasan yang sama dengan semut merah atau sebaliknya.

Penciptaan unta untuk kegunaan di padang pasir sememangnya besar fungsinya. Ia merupakan binatang utama perjalanan manusia merentasi padang pasir siang mahupun malam. Jika tersesat unta akan berhenti sehingga tuannya memperbetulkan perjalanan. Bahkan dalam keadaan tertentu unta akan disembelih bagi mendapatkan simpanan air yang ada di belakangnya.

2. Merenung Nikmat Allah SWT

Nikmat Allah SWT anugerahkan kepada manusia amat banyak bermula bangun tidur di pagi hari hingga tidur semula di malam hari. Justeru hendaklah kita sentiasa bertaubat, bermuhasabah dan bermuraqabah kepada Allah SWT.

Dari itu dalam mensyukuri nikmat Allah SWT hendaklah sentiasa mengamalkan setiap amalan yang disampaikan Rasulullah SAW. Ia bukan setakat amalan wajib yang menjadi prasyarat utama umat Islam tetapi merangkumi amalan sunat kerana perkara sunat yang banyak memberikan kelebihan kepada manusia di akhirat kelak. Jangan menganggap perkara sunat sebagai ‘sunat jer’.

3. Merenung Syurga Allah SWT

Merujuk kepada syurga semua orang hendak memasukinya. Tetapi amalan yang dilakukannya seharian tidak melambangkan akan membawa kepada syurga Allah SWT. Sepatutnya setiap manusia merebut peluang untuk memasukinya, Allah SWT telah menjanjikan barangsiapa melakukan kebaikan pasti akan dibalas syurga.

Di syurga pelbagai kenikmatan disediakan. Antara yang menjadi dorongan kepada manusia ialah wujudnya bidadari di syurga. Keadaannya cantik rupawan yang akan memikat siapa sahaja yang melihatnya. Namun wujud lagi spesis lain yang lebih hebat dari bidadari iaitu seorang perempuan yang sentiasa beramal, natijahnya ia lebih hebat dari seluruh bidadari.

Di zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang baru berkahwin tetapi tidak sempat bersama dengan isterinya disebabkan mengutamakan seruan ‘jihad fi sabilillah’. Dalam peperangan tersebut beliau syahid, Rasulullah SAW melihat sahabat tersebut syahid lantas tersenyum. Selepas itu Rasulullah SAW memalingkan muka dari melihat mayat sahabat tersebut. Sahabat yang berada di sekitar Rasulullah SAW bertanyakan baginda kenapa memalingkan muka. Rasulullah SAW menjawab “aku malu melihat para bidadari berlari dan terselak kainnya untuk mendapatkan sahabat tersebut”.

4. Merenung Neraka Allah SWT

Allah SWT menjanjikan setiap amalan hamba akan diberi pembalasan sama ada baik atau buruk. Jika dihitung seharian hidup kita, apakah kita yakin kita banyak melakukan kebaikan atau kejahatan. Tempat bagi setiap kejahatan yang dilakukan adalah neraka.

Hendaklah sentiasa berdoa dan ampun dari Allah SWT dari segala kesilapan yang telah dilakukan. Antara doa yang perlu diamalkan ialah:
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة
Ceramah Bulanan al-Fadhil Dato’ Ismail Kamus 30 Jun 2009

Jumaat, Julai 03, 2009

Rabu, Julai 01, 2009

Karnival Desa Surada

Oleh: Urusetia Program Karnival

prihatin09@gmail.com

Julung kali dalam sejarah di Taman Desa Surada diadakan Karnival 10 Tahun PAS Desa Surada. Program karnival ini yang bertemakan ‘PAS Pemimpin Perubahan’ diadakan pada Ahad 28 Jun 2009. Karnival ini pada sebelah siangnya diadakan aktiviti permainan dan jualan, manakala malamnya diadakan ceramah dan nasyid.

Mulai seawal jam 9 pagi program bermula dengan ucaptama dan majlis perasmian disempurnakan ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang. Turut mengiringi beliau ialah En Shukor Atan selaku Ketua Cawangan PAS Desa Surada dan Ketua Muslimat PAS Serdang. Antara perkara yang diketengahkan Dr Shafie semasa majlis perasmian ini ialah menjadikan Bangi sebagai hub bagi memperluaskan pengaruh PAS di bahagian Selatan tanah air. Ini dapat direalisasikan lantaran Bangi merupakan DUN paling Selatan dan memperoleh majoriti paling besar di Selangor.

Sambutan masyarakat setempat amat membanggakan dan antara kaunter yang paling sibuk melayan pelanggan adalah kaunter pendaftaran ahli PAS. Khidmat penerangan serta penjelasan terhadap kerajaan Pakatan turut diberikan. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan tentang program ini.

Di sebelah malamnya diadakan acara berhibur sambil belajar yang mana ceramah dan nasyid diselang-selikan. Penceramah jemputan yang hadir Saudara Sany Hamzan, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor dan Dr Badrulamin Bahron mewakili PKR. Persembanhan nasid diserikan Saudara Azhan Atan, juara Akademi Nasyid 2008 anjuran TV9. Karnival 10 Tahun PAS Desa Surada secara rasminya menutup tirai tepat jam 12 tengah malam selepas alunan zikir munajat gandingan Dr Badrulamin dan Azhan selesai.