Ahad, April 05, 2009

Mencari Sahabat

Posted by Surau al-Mujahidin on Ahad, April 05, 2009 in | No comments
Ibn Qayyum al-Jauzi menjelaskan; sebaik-baik perkara makruf adalah menegakkan agama Allah SWT dan seburuk-buruk perkara mungkar ialah meninggalkan hukum Allah SWT.

Dalam menegakkan hukum Allah SWT merangkumi pelbagai aspek. Bermula dari menegakkan daulah Islamiyah hinggalah kepada bab persahabatan. Persahabatan merupakan sesuatu yang keperluan bagi setiap manusia. Tiada manusia yang tidak mempunyai sahabat.

Kewajipan mencari sahabat merupakan salah satu tuntutan dalam Islam. Islam menganjurkan dendaklah kita berkasih sayang kerana Allah SWT. Saidina Umar menjelaskan mempunyai sahabat merupakan suatu kebanggaan ketika senang dan bekalan di waktu susah. Bahkan jika kita ingin melihat keadaan seseorang itu lihatlah kepada keadaan kawannya.

Intipati persahabatan dapat juga dilihat perlakuan di dalam solat berjamaah. Antaranya ketika di dalam saf. Jika keadaan saf betul dan sama mengikut sebagaimana saranan Rasulullah SAW ianya akan membentuk kesatuan hati-hati satu sama lain. Ini kerana mana mungkin seseorang yang mengaku bersahabat tetapi di dalam solat keadaan safnya renggang dan tidak sempurna. Sedangkan kesempurnaan saf dapat memperkuatkan lagi hubungan sesama muslim.

Kuliah Subuh Ustaz al-Kauthar 4 April 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan