Isnin, April 20, 2009

Islamnya Saidina Umar al-Khattab

Posted by Surau al-Mujahidin on Isnin, April 20, 2009 in | No comments
Firman Allah SWT dalam surah Aali Imran: 110

Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.


Ayat di atas menyeru kita sebagai umat Islam agar sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala keburukan. Itulah merupakan prasyarat beriman kepada Allah SWT. Natijahnya akan menjadi makhluk serta umat yang terbaik. Dari itu setiap muslim mahu atau tidak mesti mempnyai tiga perkara di atas iaitu:
a. Menyuruh kepada kebaikan
b. Mencegah segala keburukan
c. Beriman kepada Allah SWT

Persoalan mungkin timbul, kenapa muslim mesti menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran terlebih dahulu baru dikehendaki beriman kepada Allah? Ulama’ memberi penjelasan iman adalah umpama pokok, akan subur pokok tersebut apabila dijaga dengan selalu memberi baja dan menghindarkannya dari segala makhluk perosak ianya akan subur. Seterusnya dengan adanya masyarakat yang beriman mendatangkan keberkatan.

Dalam menyebar dan menyeru umat sepaya menjadi masyarakat yang beriman perlu menghadapi pelbagai dugaan. Namun Islam mesti dikembangkan dalam apa jua peristiwa dan keadaan yang berlaku.

Rasulullah SAW pernah mendoakan agar salah seorang Umar memeluk Islam. Doa Rasulullah SAW diperkenankan dan Umar yang memeluk Islam ialah Umar al-Khattab bukannya Umar Ibn Hisyam (Abu Jahal). Pengislaman Umar dicatatkan dalam sejarah ketika Umar merasa amat marah kerana pengaruh Islam makin diterima sehinggalah diterima keluarganya sendiri iaitu adiknya Fatimah al-Khattab.

Ketika Fatimah al-Khattab bersama suaminya Saad bin Zaid mempelajari al-Qur’an dengan seorang sahabat yang Habib, Umar datang dan terus menempeleng Saad dan adiknya Fatimah sehingga kedua-duanya berdarah. Kemudian umar melihat cebisan al-Qur’an yang disembunyikan Fatimah, lalu dia membacanya. Setelah itu hatinya terus tetarik dengan kehebatan al-Qur’an. Kemudian dia melafazkan syahadah di hadapan Habib, Fatimah dan Saad bin Zaid.

Khutbah Jumaat Ustaz Shauki Othman 17 April 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan