Isnin, April 27, 2009

Kekufuran Anak Nabi Nuh AS

Al-Qur’an mencatatkan anak Nabi Nuh AS kufur ingkar seruan dan ajakan Nabi Nuh AS. Walau Nabi Nuh AS menyeru umatnya selama 950 tahun namun anaknya sendiri tidak mengikuti ajarannya.Ibn Kathir menjelaskan kedudukan budak ini (anak Nabi Nuh AS) memang telah ditakdirkan kufur kepada ajakan Nabi Nuh AS.Kisah yang berlaku ke atas Nabi Nuh AS ini memberi kefahaman di dalam Islam keimanan seseorang ayah...

Tuntutan 'Aqidah

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 133 yang bermaksud “Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia Berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq,...

Isnin, April 20, 2009

Kewafatan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Peristiwa kewafatan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, khalifah Islam pertama berlaku pada bulan Rabi’ al-Akhir. Beliau merupakan seorang sahabat yang paling ulung dan paling dikasihi Rasulullah SAW. Beliau merupakan orang yang awal memeluk Islam, bersama Rasulullah SAW tatkala senang mahupun susah, orang...

Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud; dan tidaklah sekali-kali akan merehdai engkau oleh orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan mereka.Hari ini kita dihebohkan dengan pelbagai masalah sosial terutamanya melibatkan golongan muda dan remaja. Bermula dari tidak mendengar cakap ibu dan bapa, ponteng sekolah, hisap rokok, hidu gam, bohsia, punk, mat rempit, minum arak, hisap...

Islamnya Saidina Umar al-Khattab

Firman Allah SWT dalam surah Aali Imran: 110Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.Ayat di atas menyeru kita sebagai umat Islam agar sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala...

Jumaat, April 17, 2009

Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khadhir (خَضِر )

Nabi Musa AS merupakan salah seorang nabi Ulu al-‘Azmi. Kisah Nabi Musa AS banyak terdapat dalam al-Quran, antara yang masyhur adalah pertemuannya dengan Nabi Khadhir. Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan dalam kebanyakan kitab hadith kisah ini diletakkan dalam bab menuntut ilmu. Ini kerana di sana terdapat tuntutan menuntut ilmu seperti sanggup bernusafir, keinginan untuk belajar, ketaatan...

Khamis, April 16, 2009

Ceramah & Tayangan Slide

Ceramah & Tayangan SlideGejala Sosial Masa Kini Pengisian oleh al-Fadhil Ustaz Kamaruddin KassimKordinator Urusetia Menangani Gejala SosialKerajaan Negeri Kedah akan diadakan pada 17 April 2009 (Jumaat) Selepas Solat Maghrib di Surau al-Mujahidin, Desa Surada,Bandar Baru Bangi. Semua Dijemput Hadir...

Selasa, April 14, 2009

Solat Berjamaah

Para sahabat Rasulullah SAW apabila tertinggal satu waktu dari mengerjakan solat secara berjamaah dirasakan seolah-olah ditimpa satu musibah dan akan menyesal di sepanjang hari tersebut. Perasaan ini timbul disebabkan mereka sentiasa mengerjakan solat secara berjamaah.Tuntutan dalam mengerjakan solat berjamaah ada banyak antaranya ialah; 1. Rasulullah SAW akan merapatkan bahu para sahabat apabila...

Kelebihan Solawat dan Hak Sesama Muslim

Antara kelebihan solawat adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud ;1. “ sesiapa yang bersolawat ke atas aku satu solawat, Allah SWT bersolawat ke atasnya 10 solawat”.2. “sesiapa yang bersolawat ke atas aku seribu solawat, tidak akan mati orang tersebut sehingga diperlihatkannya syurga”.3. “sesiapa yang bersolawat ke atas aku pada setiap hari Jumaat sebanyak 40 solawat, Allah SWT mencegahnya...

Sabtu, April 11, 2009

Keadaan Orang Yang Tidak Menerima Peringatan Dari Allah SWT

Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk: 6-11 yang bermaksud;6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. dan Itulah seburuk-buruk tempat kembali.7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,8. Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan...

Jumaat, April 10, 2009

Pengertian Dunia

Sabda Rasulullah SAW:الدنيا مزرعة الأخرةMaksudnya: dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam bagi akhirat.Dunia perkataan asalnya diambil dari دنو yang memberi maksud dekat, ataupun diambil dari perkataan دناءة yang membawa maksud hina. Dari mana asal sekalipun kedua-duanya adalah sesuai bagi penggunaan maksud bagi dunia. Dari segi istilahnya dunia membawa maksud segala makhluk yang ada di atas muka...

Menurut Kepimpinan Rasulullah SAW

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab : 21Maksudnya “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa...

Rabu, April 08, 2009

Sifat Yang Perlu Dimiliki Imam

Dalam sesuatu organisasi, kumpulan mahupun pekerjaan perlu ada seorang ketua. Begitu halnya apabila dalam solat berjamaah memerlukan seorang ketua yang disebut sebagai imam. Jika pemilihan ketua dalam sesuatu organisasi penting bagi membentuk corak pentadbiran dan pengurusan, pemilihan imam di dalam solat adalah lebih penting dari perkara tersebut. Ini kerana solat merupakan tunggak asas bagi kehidupan...

Isnin, April 06, 2009

Masyarakat Masa Kini

Sedar mahupun tidak kita semakin ke hadapan, banyak perkara yang perlu ditempuhi. Namun kadang-kadang kita lupa ke mana arah tuju yang sebenarnya. Kita sebenarnya lupa dan alpa dengan dunia kita sendiri. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan kita di dunia ini mahupun di akhirat kelak.Michael Jackson, seorang penyanyi terkenal dunia dikatakan telah memeluk Islam. Berita tersebut benar atau tidak tidak...

Ahad, April 05, 2009

Mencari Sahabat

Ibn Qayyum al-Jauzi menjelaskan; sebaik-baik perkara makruf adalah menegakkan agama Allah SWT dan seburuk-buruk perkara mungkar ialah meninggalkan hukum Allah SWT.Dalam menegakkan hukum Allah SWT merangkumi pelbagai aspek. Bermula dari menegakkan daulah Islamiyah hinggalah kepada bab persahabatan. Persahabatan merupakan sesuatu yang keperluan bagi setiap manusia. Tiada manusia yang tidak mempunyai...

Sabtu, April 04, 2009

Hari Jumaat

Firman Allah SWT dalam Surah al-Juma’at: 9Maksudnya: 9. Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli[1475]. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.[1475] Maksudnya: apabila imam Telah naik mimbar dan muazzin Telah azan di hari Jum'at, Maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi...

Khamis, April 02, 2009

Mukjizat Hissiyyah Rasulullah SAW

Rasulullah SAW merupakan ikutan bagi seluruh makhluk di dunia ini. Bukan setakat makhluk yang bergelar manusia, makhluk-makhluk lain meliputi binatang, tumbuhan dan benda-benda persekitaran turut mengakui Rasulullah sebagai utusa Allah SWT. Hal ini dapat disaksikan berpandu mukjizat yang diberi kepada Rasulullah SAW terutamanya yang bersifat hissiyyah (dapat dilihat).Antara mukjizat hissiyyah yang...

Rabu, April 01, 2009

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besarKurangkan makan berempahKurangkan makan ketumbar keringKurangkan menonton hiburanKurangkan membaca majalah hiburanKurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahakKurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2Jangan makan kepala ikanJangan minum air yang ada semutJangan tidur selepas subuhJangan tidur selepas...