Isnin, Mac 22, 2010

Bahang Maulid Rasul

Posted by Surau al-Mujahidin on Isnin, Mac 22, 2010 in | 1 comment
Pelbagai cara dan kaedah dilakukan bagi memperingati Rasulullah SAW, ada yang menganjurkan ceramah, tazkirah, berdiskusi, mengadakan perarakan dan majlis kenduri memperingati baginda Rasulullah SAW. Namun realitinya yang dilaksanakan seolah-olah hanyalah sahaja tidak lebih dari itu.

Sepatutnya disematkan dalam diri sejauhmanakah penghayatan terhadap nikmat pengutusan Rasulullah SAW diterjemahkan di dalam kehidupan seharian. Apa perasaan kita jika apabila selepas makan hendaklah menjilat jari? Kemudian apa perasaan kita jika melihat orang apabila selesai makan menjilat jari? Realitinya pasti akan merasakan sesuatu yang menjijikkan. Bagaima pula jika KFC dalam mempromosikan keluarannya berslogankan ‘sehingga menjilat jari’, apakah perasaan kita?

Demikian jua Rasulullah SAW menjelaskan bahawa baginda makan tiga jari tetapi syaitan makan dua jari. Apakah menjadi suatu kesalahan jika kelakuan makan dan minum kita mengikut sunnah Nabi SAW? Sunnah nabilah sepatutnya yang dilaksanakan sebagai menyatakan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang kita kasih. Kerana setiap apa yang datang dari Rasulullah SAW adalah sesuatu yang sempurna sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup mahupun setelah wafat. Sebagaimana sabdanya “ حياتي خيرلكم ومماتي خيرلكم ” yang bermaksud; hidupku adalah kebaikan bagi kamu dan matiku adalah kebaikan bagi kamu. Ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW sentiasa mahu merasakan dirinya di kalangan kita .

Rasulullah SAW menyeru umatnya berdoalah memohon syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi nikmatnya. Tetapi hakikatnya kita pada hari ini syurga yang paling rendah sekali pun melihat kepada apa yang dilakukan tidak layak bagi kita. Eloklah dipohon kepada Allah SWT agar elakkan dari api neraka, kerana serendah-rendah azab api neraka sebagaimana yang diterima Abu Thalib adalah apabila diberi pakai sepatu maka menggelegak kepalanya. Permohonan agar dijauhkan azab api neraka hendaklah menjadi rutin kita sebab di antara empat perkara yang doa Rasulullah SAW selepas tayhat akhir adalah melepas dari azab api neraka Jahannam.

Ketikamana malaikat dan iblis diperintahkan sujud kepada Nabi Adam AS, semuanya sujud kecuali iblis. Diriwayatkan para malaikat sujud disebabkan di dahi Nabi Adam AS terdapat Nur Muhammad. Bahkan semasa Nabi Adam AS di alam ruh, Nabi Muhammad SAW pun telah wujud sama. Apabila ruh dan jasad Nabi Adam AS wujud sudah melihat olehnya perakataan لا إله إلا الله محمد رسولالله .

Jika Nabi Adam AS bermunajat dengan Rasulullah SAW, kita bagaimana?
Khutbah Jumaat Ustaz Kusyairi 19 Mac 2010

1 ulasan:

  1. Terima Kasih diatas Maklumat yang dipaparkan.
    Insyallah, mudah-mudahan.

    BalasPadam