Khamis, Mac 04, 2010

Pengajaran Surah al-Hujarat ayat pertama

Posted by Surau al-Mujahidin on Khamis, Mac 04, 2010 in | No comments
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujarat ayat pertama:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Antara pengajaran dari ayat di atas ialah;

1. Tidak boleh membuat sesuatu hukuman sebelum ianya diputuskan Allah SWT dan Rasulnya.
2. jangan bercakap perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ianya mendatangkan akibat yang buruk.
3. Jangan mendahului sesuatu perkara sehinggalah jelas diperkatakan Allah SWT dan Rasulnya.
4. Jangan mendahului pendapat sehingga mengetahui dengan khusus perkara tersebut terdapat di dalam al-Quran mahupun sunnah.

Kuliah maghrib Ustaz Faisol 3 Mac 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan